• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura

Oleh
Ismail NA
10 Disember 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura

Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang kala bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Kalau dah datang homesick, memang tak keruan dibuatnya. Lagi-lagi mengidam makanan yang susah nak dapat kat tempat orang.

Di Singapura, ramai juga anak Sarawak yang bekerja, malah berhijrah ke sana. Sekali sekala, tentunya rindu ingin menikmati hidangan Laksa Sarawak yang rasanya sama seperti yang pernah dijamu di rumah sendiri. Dalam artikel kali ini, kami senaraikan gerai yang menawarkan hidangan Laksa Sarawak yang anda boleh cuba di Singapura.

1. Sarawak Delicacy Laksa & Kolo Mee

Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura
Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kredit foto : misstamchiak.com

Gerai yang terletak di Bedok ini dimiliki oleh Agnes, seorang rakyat Sarawak yang berasal dari Sarikei. Keluarganya memiliki sebuah kedai kopi di bandar nanas itu. Meskipun telah menetap di Singapura selama 30 tahun, namun beliau seringkali rindu akan rasa makanan Sarawak seperti yang selalu dinikmatinya sewaktu masih berada di negeri Kenyalang. Memahami akan kerinduan anak perantau dan komuniti kecil orang Sarawak yang ada di Singapura, beliau membuka sebuah gerai laksa dan mi kolok di Bedok sejak lima tahun lalu bersama-sama anaknya.

Laksa Sarawak Aunty Agnes ini boleh dinikmati dengan harga serendah 5 hingga 7 dolar Singapura untuk setiap satu mangkuk yang lengkap dengan udang segar, limau dan sambal belacan.

Sarawak Delicacy Laksa & Kolo Mee

Alamat : Blk 204 Bedok North Street 1, #01-435, Singapore 460204
Waktu Operasi : 9 pagi sehingga 7 petang (Tutup hari Isnin)
Facebook : Sarawak Delicacy Laksa & Kolo Mee

2. Zhong Pin Noodle House @ Bukit Merah

Laksa Sarawak di kedai ini sedikit berbeza daripada Laksa Sarawak ori yang anda mungkin rasai. Pemiliknya, Xan Tan dan Roy Ong menjelaskan bahawa Laksa Sarawak yang dihidangkan di sini adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka berdasarkan selera orang Singapura. Oleh itu, Laksa Sarawak yang ada disini digelar sebagai Sarawak Laksa Fusion. Laksa Sarawak di sini dikatakan tidak terlalu pedas dan tidak terlalu berminyak jika dibandingkan dengan Laksa Sarawak tulen. Bagi anda yang tidak memakan makanan yang mengandungi MSG, ini adalah kedai yang tepat untuk anda menjamu juadah Laksa Sarawak jika berada di Singapura.

Roy yang pernah mengembara ke seluruh negeri Sarawak juga sempat mempelajari tips dan trik memasak daripada tukang masak tempatan.

Zhong Pin Noodle House @ Bukit Merah

Alamat : 163 Bukit Merah Central, #02-04, Singapore 150163
Waktu Operasi :
11 pagi sehingga 7 petang setiap hari
8 pagi hingga 3 petang hari Ahad
Tutup hari Sabtu
Facebook : Zhong Pin Noodle House 众品麵萬家

3. Tracy’s Sarawak Kitchen

Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura
Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Sumber foto : FB 品記小厨 Tracy’s Sarawak Kitchen

Restoran ini baru sahaja dibuka pada 31 Disember 2021 yang lalu. Sebelum ini, Tracy’s Sarawak Kitchen hanya mengambil pesanan pre-order sekiranya ada pelanggan yang ingin menikmati Laksa Sarawak. Sedikit berbeza dengan Laksa Sarawak tipikal yang lain, Laksa Sarawak di Tracy’s Sarawak Kitchen ini dihiasi dengan telur dadar bulat dan tidak dihiris. Bukan itu sahaja, Laksa Sarawak nya juga turut dihidangkan dengan gabungan sambal, tauge, hirisan daging khinzir, bebola daging, udang dan sambal.

Zhong Pin Noodle House @ Bukit Merah

Alamat : E-Centre @ Redhill, Wincafe 3791 Jalan Bukit Merah, #01-03, Singapore 159471 Singapore
Waktu Operasi :
11 pagi sehingga 7 petang setiap hari (Tutup Sabtu dan Ahad)
Facebook : 品記小厨 Tracy’s Sarawak Kitchen

Baca juga artikel yang berkaitan dengan Laksa Sarawak:

Ini 5 Gerai Laksa Sarawak Padu Di Kuching Untuk Anda
Siap Buat Pes Sekali, Resipi Terperinci Laksa Sarawak Oleh Daphne Iking Ini Buat Ramai Kagum
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ayam Gepuk Di Kuching, Nikmati Menu Lazat Ini Di Char Kway Teow Tapak Kuning Satok
Next Article Tanah Runtuh Di Jalan Serikin, Beberapa Laluan Ditutup Separuh Sementara Waktu Tanah Runtuh Di Jalan Serikin, Beberapa Laluan Ditutup Separuh Sementara Waktu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?