• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tanah Runtuh Di Jalan Serikin, Beberapa Laluan Ditutup Separuh Sementara Waktu

Oleh
Aina Musa
10 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tanah Runtuh Di Jalan Serikin, Beberapa Laluan Ditutup Separuh Sementara Waktu

Ditutup untuk kerja-kerja pembaikan jalan

Tanah Runtuh Di Jalan Serikin, Beberapa Laluan Ditutup Separuh Sementara Waktu. Jalan di sekitar lokasi tanah runtuh di tebingan Sungai Serikin (Jalan Serikin) ditutup separuh kepada orang ramai buat sementara waktu.

Ini bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan bahu jalan, sistem perparitan dan pembentung jalan.

Tanah Runtuh Di Jalan Serikin, Beberapa Laluan Ditutup Separuh Sementara Waktu. Sumber: Facebook

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata kerja-kerja pembaikan itu dijangka siap dalam masa lima bulan.

”Kontraktor memulakan kerja-kerja di lokasi di mana tebingan sungai terhakis dan runtuh akibat hentakan arus sungai.

”Memandangkan jalan ini adalah jalan utama dan satu-satunya jalan ulang alik dari Serikin ke lokasi lain dan harus dibaiki, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) minta agar penduduk serta orang ramai yang sering berpusu-pusu ke Serikin bersabar semasa kerja pembaikan dilakukan,” katanya.

Sementara itu, JKR Sarawak menerusi satu kenyataan berkata penutupan separuh laluan Jalan Serikin itu bermula 7 Disember lalu dan dijangka siap pada 11 Mei 2024.

“Dimohon kepada semua pengguna di jalan raya untuk berhati-hati semasa melalui kawasan tersebut.

”Sila patuhi papan tanda keselamatan yang telah disediakan di sekitar kawasan yang terlibat dan ikuti arahan pekerja untuk melancarkan pergerakan trafik.

“Pihak JKR Bahagian Kuching akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini,” katanya.

Sehubungan itu, sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik di situ, orang ramai boleh menghubungi Pejabat JKR Daerah Bau melalui talian 017-8094271 pada waktu pejabat.

Baca lagi artikel menarik:

Penemuan Mayat Wanita Dalam Simen Rupanya Kekasih Suspek
Sempena Kejohanan DBKU ‘Road Race 1.0’, Beberapa Jalan Di Kuching Bakal Ditutup Esok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura
Next Article Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu 'Breakfast' Kegemaran Penduduk Tempatan Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?