I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Nasi Lemak Berlauk Padu Yang Mesti Anda Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ini Nasi Lemak Berlauk Padu Yang Mesti Anda Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan

Oleh Nur Afifah 24 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Antara nasi lemak terbaik di Kuching. Serius.

Ini Nasi Lemak Berlauk Padu Yang Mesti Anda Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan. Hidangan nasi lemak adalah sebuah hidangan nasional yang merangkumi zat lengkap seperti sayur-sayuran, protein, karbohidrat dan lemak. Tidak terkecuali juga masyarakat di Sarawak.

Mencari nasi lemak yang kena dengan selera memerlukan penerokaan. Dan kali ini, kami telah menemui sebuah stall nasi lemak yang boleh kami katakan rasanya di tahap 5 bintang!

Ini Nasi Lemak Berlauk Padu Yang Mesti Anda Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan
Ini Nasi Lemak Berlauk Padu Yang Mesti Anda Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan. Kredit: FB Ng Chee Khoon

Terletak di Coffee Talk Kopitiam di Jalan Song, Tabuan Laru Kuching, gerai nasi lemak ini mungkin nampak biasa-biasa sahaja, tapi sekali anda rasa, barulah anda tahu langit tinggi atau rendah. Hehe.

Ini Nasi Lemak Berlauk Padu Yang Mesti Anda Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan
Kredit: FB Perry Lim

Singapore Nasi Lemak, hidangan signature di Coffee Talk

Diberi nama Singapore Nasi Lemak, gerai ini menyajikan hidangan nasi lemak yang lazat. Malah, boleh kami katakan ianya adalah antara nasi lemak paling enak di Kuching dan dikenali dalam kalangan pelanggan setia sebagai hidangan signature di Coffee Talk.

Ciri utama yang membuatkan nasi ini berada di kelas yang cemerlang adalah tekstur nasinya yang berderai atau orang Sarawak memanggilnya dengan istilah ‘sepor’. Rasa lemak nasi yang cun, ditambah pula dengan keenakan sambal nasi lemak yang menepati selera. Tidak terlalu manis, seimbang dengan rasa pedas dan masin.

Ini Nasi Lemak Berlauk Padu Yang Mesti Anda Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan
Kredit: FB Ng Chee Khoon

Kredit juga harus diberikan kepada tukang masak nasi ini kerana turut meletakkan telur mata sebagai pelengkap. Telur matanya juga sangat menggiurkan. Kerat tengah menggunakan garfu atau sudu, maka mengalirlah kuning telur separa masak ke serata nasi lemak, menambahkan rasa berkrim nasi anda.

Pelbagai pilihan lauk ayam sebagai pelengkap

Kelainan gerai ini juga adalah ia bukan setakat menyediakan nasi lemak dengan sambal biasa, tetapi juga menyediakan lauk pauk lain sebagai pelengkap tambahan!

Di sini, anda boleh memilih sama ada untuk memesan nasi lemak bersama ayam goreng, lauk ayam masak merah, rendang ayam, dan ayam kari. Papadom, ikan bilis goreng, kacang goreng dan timun mesti ada punya. Jangan risau!

Ini Nasi Lemak Berlauk Padu Yang Mesti Anda Cuba Di Coffee Talk Kopitiam Tabuan
Kredit: FB Madeline

Jika anda tidak berkesempatan untuk pergi ke kedai ini, nasi lemak ini juga tersedia di platform Grab dan Foodpanda. Taip sahaja “Singapore Nasi Lemak Coffee Talk” dan anda akan dapat melihat menu yang boleh anda pesan.

Gerai ini dibuka mengikut waktu operasi Coffee Talk Kopitiam iaitu seawal jam 8 pagi. Lokasi penuh gerai ini adalah seperti berikut:

Coffee Talk Kopitiam
Lorong Setia Raja, Tabuan Desa Commercial Centre, 93350 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (tutup Isnin), seawal jam 8 pagi

Pautan Google Maps: https://goo.gl/maps/egdYuMg8WHYNt5kW7

Kalau anda dah cuba, jangan lupa untuk tag kami dan beri komen, okay?

Lagi port nasi lemak yang boleh anda cuba di Kuching:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Terhibur Dengan Barangan 'Kepunyaan' Billie Eilish Dijual Online, Siap Ada Botol Air Bernilai RM1.2K Netizen Terhibur Dengan Barangan ‘Kepunyaan’ Billie Eilish Dijual Online, Siap Ada Botol Air Bernilai RM1.2K
Next Article Sindiket Curi Kenderaan Untuk Diseludup Ke Negara Jiran, 'Geng Oscar' Di Kuching Berjaya Ditumpas Sindiket Curi Kenderaan Untuk Diseludup Ke Negara Jiran, ‘Geng Oscar’ Di Kuching Berjaya Ditumpas

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?