• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

6 Nasi Lemak Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
27 Oktober 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
6 Nasi Lemak Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Penggemar Nasi Lemak boleh parking siap siap

6 Nasi Lemak Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching. Nasi lemak semestinya makanan yang sangat digemari oleh ramai penduduk di serata Malaysia. Pendek cerita, nasi lemak adalah makanan kebangsaan yang dinikmati oleh setiap penduduk tidak kira di mana mereka berada.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 6 nasi lemak yang anda perlu cuba di Kuching.

1. Nasi Lemak Mordiah

Nasi Lemak Mordiah terletak di Petrajaya dan dibuka dari pukul 9 pagi sehingga nasi lemak mereka habis. Jika anda peminat nasi lemak berlauk dan inginkan nasi lemak tersebut untuk brunch, tempat ini sangat sesuai untuk anda.

Nasi Lemak Mordiah

Lokasi: Jalan Astana (Sebelah Taiko Cafe)
Waktu beroperasi: Setiap hari (mula 9 pagi hingga habis jual)

2. Annachi Nasi Lemak Pisang Barat

Annachi Nasi Lemak Pisang Barat terletak di Kuching dan telah menjadi pilihan ramai terutamanya di kalangan penduduk tempatan. Salah satu tarikan utama di Annachi Nasi Lemak Pisang Barat adalah menu lauk mereka yang popular, Signature Lamb Masala Perattal.

Kalau nak rasa hidangan Lamb Masala yang autentik bolehlah singgah sini😍

6 Nasi Lemak Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Annachi Nasi Lemak Pisang Barat

Lokasi: No.195, Jalan Pisang Barat, Kuching Sarawak
Waktu beroperasi: Jumaat – Ahad (mula 6.30 petang)

3. Peanuts and Anchovies

Pada mulanya Peanuts and Achovies mempunyai gerai kecil dan mempunyai dua cawangan yang terletak di Food Emporium, Cityone Mall dan Sin Chong Choon, Green Heights.

Kini, Peanuts and Anchovies Nasi Lemak telah mengambil langkah besar dengan beroperasi penuh di Jalan Tun Jugah. Lokasi ini bukan sahaja strategik tetapi juga memudahkan lebih ramai pelanggan untuk menikmati hidangan nasi lemak yang telah menjadi ikonik.

6 Nasi Lemak Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Antara menu menarik yang anda boleh cuba di sini adalah Nasi Lemak dengan Buttermilk Chicken yang semestinya rare di Bandaraya Kuching.

Untuk pengetahuan anda, Peanuts and Anchovies bakal buka cawangan baharu di Vivacity Megamall.

Peanuts and Anchovies

Lokasi: Ground Floor Lot 429 Sublot 9, Jalan Tun Jugah, 93350 Kuching
Waktu beroperasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

4. Nasi Lemak Ganja

Nasi Lemak Ganja yang terletak di Kubah Ria pastinya sudah dikenali ramai. Mereka menyediakan Nasi Lemak Berlauk dengan pelbagai pilihan seperti sambal kerang, paru dan sebagainya.

Nasi Lemak Ganja, dengan nama yang cukup menarik perhatian, telah membuka tiga cawangan di Jalan Satok, Kubah Ria, dan Waterfront.

Nasi Lemak Ganja

Lokasi: No 22 Gerai Pelbagai Makanan, Kompleks Kubah Ria, Jalan Matang, Kuching
Waktu beroperasi: Satok Bridge 10:30am-7pm/ Kubah Ria Complex 3pm-10pm/ The Meeting Point, Waterfront 3:30pm-11pm

6 Nasi Lemak Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

5. Nasi Lemak Bamboo

Nasi Lemak Bamboo, terletak di Kuching Padungan, telah menarik perhatian pelanggan dalam menyajikan pelbagai pilihan nasi lemak dan hidangan pagi.

Nasi Lemak Bamboo Kuching Padungan telah menjadi pilihan bagi banyak pengunjung yang mencari nasi lemak dengan rasa yang berbeza. Terletak di lokasi yang strategik, ia mudah diakses dan menjadi pilihan utama bagi penduduk tempatan dan pelancong.

6 Nasi Lemak Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Nasi Lemak Bamboo

Lokasi: 39, Jln Padungan, 93100 Kuching
Waktu beroperasi: Setiap hari (10 pagi – 9 malam)

6. Rumah Kopi

Rumah Kopi yang terletak di Jalan Padungan, Kuching menawarkan lebih daripada sekadar kopi. Ia merupakan destinasi kulinari yang menyajikan gabungan unik Nasi Lemak, makanan Dayak, kopi dan Aiskrim Gula Apong.

Tempat ini telah menjadi pilihan bagi mereka yang mencari pengalaman makan yang berbeza dan menyeluruh. Rumah Kopi ini telah membuka dua cawangan di Kuching iaitu di Jalan Padungan dan juga di Galacity.

6 Nasi Lemak Yang Anda Perlu Cuba Di Kuching

Rumah Kopi

Lokasi: 59, Jln Padungan, 93100 Kuching / Jalan Tun Jugah, Kempas Heights, 93350 Kuching
Waktu beroperasi: *Isnin Tutup* Padungan (7am – 11pm) / Galacity (9am – 9pm)

Anda ada lagi port nasi lemak kegemaran anda?Jangan lupa kongsikan kepada kami.

Lagi tempat makan menarik di Kuching, anda boleh baca di bawah:

3 Port Nasi Campur Bajet, Lauk Tanpa Had Bawah RM 10 Sepinggan
13 Alternatif Kedai Kopi Tempatan Setanding Citarasa Antarabangsa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Perkara Menarik Mengenai Signal Hill Kota Kinabalu
Next Article Sultan Johor Dipilih Yang di-Pertuan Agong Ke-17

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?