• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021

Oleh
Ismail NA
9 Julai 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Khas untuk calon guru Malaysia.

Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang bertanggungjawab menguruskan urusan pelantikan guru-guru baharu di Malaysia telah pun membuka permohonan untuk pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 atau lebih dikenali dengan jawatan guru semalam. Difahamkan, Kementerian Pendidikan Malaysia terdahulu telah mengumumkan pengambilan guru secara besar-besaran tahun ini dengan kekosongan jawatan sebanyak lebih 18,000 untuk diisi oleh calon yang layak di seluruh Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Khas untuk calon guru Malaysia.
  • Langkah 1 : Imbas dokumen penting anda dan letakkan dua palang garis lurus
  • Langkah 2 : Simpan semua dokumen dalam satu fail khas dan namakan mengikut format
  • Langkah 3 : Muat naik dokumen ke Google Drive
  • Langkah 4 : Hantar pautan melalui emel khas opsyen pilihan anda
  • Baca artikel ini bagi menyemarakkan lagi semangat anda untuk menjadi seorang guru :

Namun demikian, pasti ramai yang kurang peka bahawa selain daripada mengisi permohonan di laman sesawang permohonan mySPP, anda juga perlu memuat naik sejumlah dokumen penting bagi memastikan permohonan anda lengkap.

Mari kita ikuti panduan muat naik dokumen SPP yang sistematik ini. Langkah awal hingga akhir telah kami susun semula berdasarkan turutan dan panduan lengkap dari SPP sendiri bagi memudahkan proses muat naik dokumen anda.

Langkah 1 : Imbas dokumen penting anda dan letakkan dua palang garis lurus

Langkah pertama sudah tentu anda perlu menyediakan dokumen penting yang perlu dimuat naik. Pastikan anda mengimbas kesemua dokumen asal BERWARNA seperti berikut :

  1. Kad Pengenalan
  2. Sijil Kelahiran/Sijil Pendaftaran Kelahiran/Sijil Anak Angkat
  3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
  4. Ijazah Sarjana/Ijazah/Diploma
  5. Diploma Pendidikan & Transkrip
  6. Pengiktirafan kelayakan MQA
  7. (*Untuk Calon Dalam Perkhidmatan Awam, termasuk Guru Interim, Kontrak, Sementara, Ganti, GST dan GSTT) : (i) Surat kebenaran cuti belajar (jika ada), (ii) Laporan Khas Temu Duga, (iii) Senarai Tugas dan Ko-Kurikulum)
  8. Sijil Kegiatan Ko-Kurikulum (3 yang tertinggi)
  9. Dokumen Pengesahan Status Orang Kelainan Upaya (OKU) – sekiranya berkaitan

Setelah anda selesai mengimbas dokumen, jangan lupa juga untuk meletakkan palang dua garis dengan tulisan “UNTUK KEGUNAAN SPP SAHAJA’. Amalan ini adalah amalan yang selalu dipraktikkan jika anda menghantar sebarang dokumen penting dan rasmi anda kepada mana-mana pihak bagi tujuan keselamatan agar tidak disalahgunakan.

Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021
Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021
Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021

Langkah 2 : Simpan semua dokumen dalam satu fail khas dan namakan mengikut format

Setelah anda selesai mengimbas semua dokumen anda dan meletakkan garis palang, simpan kesemua dokumen tersebut dalam satu fail yang sama dalam komputer anda. Namakan semula dokumen anda mengikut jenis dokumen. Contohnya seperti berikut;

Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021

Setelah selesai menamakan dokumen anda, seterusnya namakan fail anda mengikut format berikut : <No. Kad Pengenalan_Nama Singkatan Opsyen>

Contoh : 960606XXXXXX_PKAT

Rujuk nama singkatan opsyen seperti dalam lampiran di bawah :

Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021
Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021
Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021

Langkah 3 : Muat naik dokumen ke Google Drive

Setiap calon hendaklah mempunyai akaun Google mereka sendiri. Gunakan alamat emel yang profesional. Muat naik fail berisi dokumen (bukan dokumen satu per satu), ke dalam Google Drive anda.

Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021

Tunggu sehingga muat naik dokumen selesai. Kemudian, pada sisi sebelah kanan atas, tekan ikon seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah dan tukar tetapan pautan Google Drive kepada ‘Sesiapa sahaja dengan pautan’ atau ‘Anyone with the link’.

Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021

Langkah 4 : Hantar pautan melalui emel khas opsyen pilihan anda

Hantar ke alamat emel mengikut opsyen yang anda pilih. Tajuk emel adalah sama seperti nama fail dokumen anda.

Antara isi kandungan yang diperlukan untuk emel tersebut adalah seperti berikut :

  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Negeri kelahiran
  • Opsyen permohonan
  • Nama kelulusan ijazah sarjana muda
  • Major
  • Minor (sekiranya ada)
  • Nama diploma pendidikan/diploma pasca siswazah pendidikan (sekiranya ada)
  • Pautan storan Google Drive atau sewaktu dengannya yang mengandungi dokumen penting yang diperlukan
Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021

Jangan lupa untuk menyemak semula segala butiran dan pastikan semuanya betul sebelum menekan butang hantar. Dengan menghantar dokumen ini, barulah permohonan anda dikira lengkap. Calon hendaklah mengemas kini butir permohonan di https://myspp.spp.gov.my/ DAN mengemukakan dokumen penting melalui alamat emel kepada urus setia selewat-lewatnya 21 Julai 2021 (Rabu) sebelum jam 11.59 malam.

Arahan ini telah dinyatakan dengan jelas dalam laman sesawang SPP melalui pautan berikut (bahagian paling bawah) : https://www.spp.gov.my/hebahan.html

Anda juga boleh menekan butang berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut soalan lazim urusan pengambilan khas ini :

FAQ Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off 2021

Kepada calon-calon guru Malaysia, semoga berjaya dan selamat menjadi warga pendidik yang komited, beriltizam dan berdedikasi tinggi.

Baca artikel ini bagi menyemarakkan lagi semangat anda untuk menjadi seorang guru :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen
Next Article Varian Paling Cepat Menular, Kes Varian Delta Pertama Dikesan Di Kuching Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?