• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen

Oleh
ILB - AI
8 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Ada yang menerima bungkusan kosong kerana item mereka disyaki dicuri oleh kakitangan syarikat kurier tersebut

Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen. Sejak kebelakangan ini, syarikat kurier tersebut telah dilanda kritikan kerana netizen mendakwa bahawa bungkusan mereka telah ditahan terlalu lama, atau ‘dihantar’ tetapi sebenarnya tidak, dan yang lebih buruk lagi – barang mereka DICURI dari bungkusan mereka!

Isi Isi Penting
  • Ada yang menerima bungkusan kosong kerana item mereka disyaki dicuri oleh kakitangan syarikat kurier tersebut
  • Sebilangan besar mereka mengadu bahawa barang-barang mereka telah ditahan terlalu lama
  • Ada yang mengadu bahawa barang mereka sudah ‘delivered’ tetapi barang tersebut tidak diterima langsung
  • Boleh-boleh barang dalam parcel DICURI pula?!
  • “Tak guna kalau ada saluran mengadu kalau itu pun tak dapat guna,” – Netizen
  • Syarikat kurier tersebut perlu mula mengambil inisiatif

Dengan rasa ingin tahu, kami menuju ke laman Facebook syarikat kurier tersebut dan apa yang kami dapati adalah, hampir SEMUA ORANG tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka!

Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen
Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen

Sebilangan besar mereka mengadu bahawa barang-barang mereka telah ditahan terlalu lama

Tinjauan pada ruangan komen beberapa post yang dimuat naik ke Facebook mereka baru-baru ini mendapati bahawa kebanyakan pengguna mengadu bahawa bungkusan mereka telah ditahan terlalu lama. Malah, ada yang perlu bertunggu sehingga sebulan demi untuk menerima bungkusan mereka.

Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen
Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen
Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen
Kredit: Facebook

Terdapat juga yang mengadu bahawa mereka ingin mengambil bungkusan mereka sendiri tetapi dihalang akibat ‘sebab tertentu’.

Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen
Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen
Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen
Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen
Kredit: Facebook

Ada yang mengadu bahawa barang mereka sudah ‘delivered’ tetapi barang tersebut tidak diterima langsung

Sementara itu, terdapat juga pengguna malang yang mengeluh kerana menurut sistem tracking syarikat kurier itu, barang mereka sudah ‘dihantar’ tetapi mereka tidak menerima barang mereka langsung.

Kredit: Facebook

Boleh-boleh barang dalam parcel DICURI pula?!

Tapi yang paling tak dapat diterima adalah barang customer dicuri pula! Macam tak percaya, tapi ya, kalau lebih daripada seorang mengadu…

Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen
Susulan Servis Kurier Sarawak Yang Makin Memburuk, Ruangan Komen Facebooknya Diserang Netizen
Kredit: Facebook

“Tak guna kalau ada saluran mengadu kalau itu pun tak dapat guna,” – Netizen

Di antara banyak aduan-aduan di laman Facebook mereka, ada juga yang memberikan cadangan kepada syarikat kurier tersebut untuk memperbaiki perkhidmatan mereka.

Kredit: Facebook

Syarikat kurier tersebut perlu mula mengambil inisiatif

Berdasarkan aduan-aduan yang telah dibaca dalam Facebook mereka, tidak dinafikan bahawa syarikat kurier Sarawak ini perlu memperbaiki perkhidmatan mereka.

Amat keterlaluan jika pelanggan harus menunggu lama untuk bungkusan mereka, tidak dapat mengambil sendiri, kemudian mengetahui bahawa bungkusan mereka ‘dihantar’ tetapi sebenarnya tidak.

MENCURI barang dari bungkusan pelanggan ADALAH PERILAKU YANG TIDAK DAPAT DITERIMA.

Diharapkan pihak kurier bertanggungjawab ke atas pengurusan penghantaran dan perlu mula bertindak untuk memastikan bungkusan pelanggan dihantar dengan selamat dan tepat.

Sangat jelas bahawa pelanggan semakin kehilangan kesabaran dan kepercayaan mereka. Ingat, jika pelanggan hilang kepercayaan, maka yang menanggung kerugian adalah syarikat itu serta pekerja lain yang selama ini menjalankan tugas dengan baik.

***Kemas kini : Pihak I Love Borneo telah dihubungi oleh syarikat kurier berkenaan tentang hal ini. Jelasnya, pihak syarikat tersebut telah mengetatkan pemerhatian semasa waktu operasi. Siasatan juga telah dijalankan bagi menyelesaikan masalah ini untuk jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak akan menurunkan artikel ini supaya ia menjadi pengajaran kepada syarikat kurier ini dan juga syarikat kurier yang lain untuk menjalankan amanah dengan lebih cekap, jujur dan efisien.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ayuh Usahawan Startup! Naik Taraf Perniagaan Anda Dengan Menyertai TEGAS Startup Lab Kali Keempat
Next Article Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?