I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Varian Paling Cepat Menular, Kes Varian Delta Pertama Dikesan Di Kuching Sarawak

Oleh Husna Hazmi
9 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Varian Delta, Beta, Theta, Eta telah dikesan di Sarawak.

Varian Paling Cepat Menular, Kes Varian Delta Pertama Dikesan Di Kuching Sarawak. Varian Covid-19 Delta (B. 1.617.2), yang merupakan antara varian yang paling bahaya telah dikesan di Sarawak buat pertama kalinya semalam membabitkan seorang lelaki berusia 56 tahun. Varian Delta juga telahpun dikesan di 96 negara dan baru-baru ini menular di Sabah dan sekarang di Sarawak pula.

Varian Paling Cepat Menular, Kes Varian Delta Pertama Dikesan Di Kuching Sarawak
Varian Paling Cepat Menular, Kes Varian Delta Pertama Dikesan Di Kuching Sarawak

Kes positif yang melibatkan varian Beta (B.1.351) dan Theta (P.3) juga telah dikesan di Sarawak

Dipetik daripada laporan Utusan Borneo, kes Import B ini telah dikesan dengan varian tersebut pada 18 Jun lalu. Menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dalam satu kenyataan, selain daripada varian ini, kes positif yang melibatkan varian Beta (B.1.351) dan Theta (P.3) juga telah dikesan di Sarawak.

Pengarah IHMC Prof Dr David Perera memaklumkan kes tersebut telah dikesan hasil daripada pengawasan dan pengesanan secara berterusan UNIMAS, membabitkan varian SARS-COV-2 di Sarawak.

Beliau menjelaskan bahawa, sejumlah 59 kes melibatkan Varian Yang Membimbangkan (VOC) dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) telah dikesan dalam kes positif hingga 26 Jun 2021.

Varian Paling Cepat Menular, Kes Varian Delta Pertama Dikesan Di Kuching Sarawak

Varian Delta, Beta, Theta dan Eta

Varian Delta merupakan varian yang amat cepat menular, dan ianya dikesan buat pertama kali di India sementara varian Beta pula di Afrika Selatan dan Theta di Filipina.

Dr David juga turut memberitahu untuk Beta, terdapat 34 kes yang telah dikesan di Kuching, tiga di Bau dan masing-masing satu di Lundu, Serian, Simunjan dan Sibu manakala terdapat tiga kes lain yang dikategorikan sebagai Import B di bawah varian sama.

Bagi varian Theta pula, enam kes telah dikesan di Kuching dan tujuh di Kota Samarahan manakala satu untuk Eta (B.1.525) yang merupakan kes import A.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Panduan Sistematik Untuk Muat Naik Dokumen Permohonan Khas Guru One-Off KPM 2021
Next Article JKNS Sahkan Pemuda Menyamar Doktor Palsu Tidak Pernah Suntik Vaksin Kepada Orang Awam Di PPV

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?