• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Sebab Mengapa Ada Sesetengah Nombor IC Orang Sarawak Bukan 13

Oleh
Ismail NA
27 Januari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Nombor 13 Bukan Satu-Satunya Digit Tengah MyKad Sarawak. Ada Lagi Nombor Lain

Kod MyKad Bukan 13. Usah Risau, Baca Penjelasan Ini

Ini Sebab Mengapa Ada Sesetengah Nombor IC Orang Sarawak Bukan 13. Jika rakyat Sarawak merantau ke Semenanjung atau Sabah, mereka pasti akan dikenali dengan nombor 13 pada digit tengah MyKad. Kebanyakan individu yang dilahirkan di Sarawak bangga memiliki nombor digit tengah ini kerana ia melambangkan identitinya sebagai rakyat Sarawak atau seseorang yang mempunyai tanah tumpah di Sarawak.

Namun demikian, tahukah anda bahawa nombor 13 bukanlah satu-satunya nombor digit tengah untuk individu yang dilahirkan di Sarawak?

Ini Sebab Mengapa Ada Sesetengah Nombor IC Orang Sarawak Bukan 13
Kredit : Jabatan Pendaftaran Negara

Selain 13, Nombor Digit Tengah untuk MyKad Sarawak ialah 50, 51, 52 dan 53

Selain nombor 13, nombor digit tengah untuk MyKad Sarawak ialah 50, 51, 52 dan 53. Nombor digit tengah ini disebut sebagai kod tempat kelahiran atau birth place code (BP code). Umum mengetahui bahawa kod 13 ini digunakan untuk kelahiran di negeri Sarawak sejak tahun 1992. Namun demikian, bermula pada tahun 2001, kod 50,51,52 dan 53 adalah kod baru yang ditetapkan untuk negeri Sarawak sekiranya kuota kod 13 telah habis digunakan. Paduhal.

Kod Negeri Ikut Kuota Rupanya

Ini Sebab Mengapa Ada Sesetengah Nombor IC Orang Sarawak Bukan 13
Ini Sebab Mengapa Ada Sesetengah Nombor IC Orang Sarawak Bukan 13. Kredit : CarSifu
Ini Sebab Mengapa Ada Sesetengah Nombor IC Orang Sarawak Bukan 13
Ciri-ciri keselamatan MyKad Malaysia. Kredit : Daily Rakyat

Kuota kod untuk digit tengah ini telah ditetapkan oleh sistem komputer. Oleh sebab itu, ia akan beralih secara automatik daripada 13 ke kod 50. Sekiranya kuota kod 50 telah habis, kod seterusnya iaitu 51 akan digunakan dan seterusnya. Menurut Jabatan Pendaftaran Negara, negeri-negeri lain selain Sarawak juga mempunyai lebih daripada satu kod negeri utama yang anda tahu selama ini. Contohnya, untuk Sabah, kod negeri ialah 12, 47, 48, dan 49 manakala Johor ialah 01, 21, 22, 23, dan 24.

Status Kerakyatan Sebenar Bukan Pada Kod Negeri, Tetapi Pada Huruf K

Mungkin ramai yang sudah mengetahui info ini, namun masih terdapat kekeliruan dalam kalangan orang ramai tentang status kerakyatan sama ada berdasarkan kod negeri pada MyKad atau pada huruf di hujung penjuru kanan MyKad.

Untuk menentukan status kerakyatan Sarawak, kehadiran huruf K pada MyKad anda adalah ibarat passport untuk mendapatkan segala keistimewaan sebagai anak Sarawak terutamanya dalam urusan imigresen. Bagi rakyat Sabah pula, kerakyatan mereka boleh ditentukan dengan tanda huruf H pada MyKad mereka. Huruf K dan H ini sebenarnya menandakan Sarawak dan Sabah masing-masing merupakan sebuah wilayah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) point 18/20.

Untuk mendapatkan tanda K pada MyKad, ibu bapa anda atau salah seorang daripada ibu bapa anda mestilah anak jati Sarawak. Tidak kiralah sama ada anda lahir di Semenanjung atau luar negara, kod negeri MyKad anda lain daripada yang lain, jika anda memenuhi syarat ini, anda layak untuk mendapatkan tanda K pada MyKad anda. Tak perlulah anda beratur panjang di kaunter imigresen lepas ni.

Rahsia Empat Digit Terakhir MyKad

Ini Sebab Mengapa Ada Sesetengah Nombor IC Orang Sarawak Bukan 13

Info tambahan tentang MyKad ini juga mengatakan bahawa empat digit terakhir dalam dijana secara rawak dalam sistem komputer. Namun, apa yang menarik perhatian adalah nombor terakhir dalam setiap MyKad boleh mengesan jantina pemiliknya. Difahamkan bahawa jika nombor terakhir MyKad adalah nombor genap, maka pemiliknya adalah seorang perempuan manakal nombor terakhir MyKad yang ganjil menandakan bahawa pemiliknya adalah seorang lelaki. Kalau tak percaya, boleh cuba ingat balik nombor MyKad anda.

Anda baru tahu info ini? Jika ada, kongsikan pengalaman anda menukar atau memohon MyKad Sarawak. Jangan lupa like dan share sekali!

Baca lagi fakta menarik tentang kad pengenalan Malaysia dan jenis pasport di sini:

Ini Adalah 4 Fakta Menarik Tentang MyKad Anda Mungkin Tak Tahu
Home New

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bersuka Ria Di Fun Factor Kuching, Taman Permainan Indoor Untuk Orang Dewasa Bersuka Ria Di Fun Factor Kuching, Taman Permainan Indoor Untuk Orang Dewasa
Next Article Satok, Semarak Dan Sukma Ria Dipilih Sebagai Lokasi Bazar Ramadan 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?