• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Sebab Mengapa Kenderaan Asing Tidak Boleh Mengisi Petrol RON95 Di Malaysia

Oleh
Ismail NA
2 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Bukan tak boleh tapi…

Ini Sebab Mengapa Kenderaan Asing Tidak Boleh Mengisi Petrol RON95 Di Malaysia. Beberapa hari yang lepas, tular sebuah kenderaan asing yang bernombor plat Kalimantan Barat mengisi minyak petrol RON95 di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Bukan tak boleh tapi…
  • Mengapa harga RON95 lebih murah daripada RON97?
  • Harga minyak RON95 adalah harga minyak SUBSIDI untuk rakyat Malaysia sahaja
  • Ibarat mencuri hak rakyat marhaen di Malaysia
  • Jika anda ketinggalan isu yang tular ini, anda boleh kembali membacanya di sini :

Namun demikian, masih ada segelintir rakyat Malaysia yang mempertahankan tindakan kenderaan asing ini atas dasar belas kasihan dan simpati.

Ini Sebab Mengapa Kenderaan Asing Tidak Boleh Mengisi Petrol RON95 Di Malaysia
Kenderaan bernombor plat Kalimantan Barat mengisi minyak RON95 di Sarawak. Kredit: FB Sarawak Roads Update

Ramai yang ‘husnuzon’ bahawa kenderaan tersebut mungkin kehabisan minyak di tengah jalan dan hanya mahu mengisi minyak tanpa mereka menyedari bahawa isu sebenar bukannya tentang boleh isi petrol atau tidak, tetapi jenis petrol yang diisi ke dalam kenderaan asing ini.

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis minyak petrol yang dijual di stesen minyak di Malaysia iaitu RON95 dan RON97. Namanya pula berbeza mengikut stesen minyak.

Jika di Petronas, RON95 dikenali dengan nama Primax95 manakala RON97 dikenali dengan nama Primax97. Jika di Shell pula, RON95 dikenali dengan nama Shell FuelSave95 manakala RON97 dikenali dengan nama Shell V-Power 97.

Ini Sebab Mengapa Kenderaan Asing Tidak Boleh Mengisi Petrol RON95 Di Malaysia
Ini Sebab Mengapa Kenderaan Asing Tidak Boleh Mengisi Petrol RON95 Di Malaysia. Kredit foto: MUHAMMAD MIKAIL ONG

Mengapa harga RON95 lebih murah daripada RON97?

Beza antara kedua-dua minyak petrol ini adalah kebolehannya untuk mengawal letupan dalam kebuk pembakaran atau disebut sebagai ‘knocking’. ‘Knocking’ yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan pada enjin kenderaan anda.

RON97 mempunyai kebolehan yang lebih baik mengawal ‘knocking’ ini berbanding RON95. Justeru, ciri-ciri ini juga yang membezakan harga di antara kedua-dua minyak petrol ini.

Walau bagaimanapun, mengapa harga RON95 adalah lebih jauh murah berbanding RON97 yang mengalami kenaikan harga tidak terkawal?

Harga minyak RON95 adalah harga minyak SUBSIDI untuk rakyat Malaysia sahaja

Ini adalah disebabkan harga minyak RON95 di Malaysia adalah harga yang telah disubsidikan oleh kerajaan. Sebahagian besar harga sebenar minyak petrol RON95 adalah ditanggung oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat Malaysia.

Ini Sebab Mengapa Kenderaan Asing Tidak Boleh Mengisi Petrol RON95 Di Malaysia
Kredit foto: paultan.org

Subsidi ini pula tentunya tidak lain dan tidak bukan dibiayai menggunakan wang pembayar cukai, iaitu anda.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan larangan mengisi minyak petrol jenis RON95 kepada kereta bernombor pendaftaran negara asing sejak 1 Ogos 2010. Kenderaan bernombor plat asing ini hanya boleh mengisi minyak jenis RON97 dan RON100.

Walau bagaimanapun, tindakan hanya boleh dikenakan terhadap pengusaha stesen minyak. Mereka boleh didakwa kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122). Perlanggaran ini boleh berdepan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya, bagi individu, dan denda tidak melebihi RM2 juta untuk entiti atau syarikat.

Ibarat mencuri hak rakyat marhaen di Malaysia

Jadi, adalah tidak adil sekiranya kenderaan luar negara mengisi minyak petrol RON95 kerana mereka bukanlah pembayar cukai di Malaysia, namun masih boleh menikmati manfaat seperti minyak petrol yang lebih murah berbanding di negara mereka sendiri. Kalau nak isi minyak RON97, tak ada masalah pun sebab harganya tidak disubsidi. Silakan saja.

Justeru, sekiranya anda ternampak kenderaan bernombor plat asing mengisi minyak petrol RON95 di stesen minyak, anda boleh menyalurkan aduan menerusi platform KPDNHEP seperti berikut:

e-Aduan KPDNHEP: https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/

Whatsapp: +6019 2794317 

Talian bebas tol: 1-800-886-800

Jika anda ketinggalan isu yang tular ini, anda boleh kembali membacanya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Unlocking Bengoh’ Ceritakan Kisah Penduduk Terpaksa Berpindah Demi Beri Laluan Pada Empangan Bengoh
Next Article Sibu Mungkin Menjadi Amsterdam Dengan Terusan Sibu Mungkin Menjadi Amsterdam Dengan Terusan – Abang Jo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?