• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar Aquaman di Sabah

Oleh
Ismail NA
7 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

‘Aquaman’ Benar-Benar Wujud? Biar Betul!

Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar Aquaman di Sabah. Masyarakat Bajau Laut merupakan masyarakat yang hidup nomad dan sering berpindah-randah di kawasan laut. Golongan ini turut dipanggil dengan gelaran Pala’u, ‘nomad laut’ atau ‘gipsi laut’ disebabkan cara hidup yang mereka amalkan. Namun, tahukah anda mengapa masyarakat Bajau Laut ini digelar ‘Aquaman’?

Isi Isi Penting
  • 1.Mampu Menahan Nafas Selama 13 Minit Di Dalam Air
  • 2.Mempunyai Limpa Yang Lebih Besar Daripada Manusia Biasa
  • 3.Dikatakan Sebagai Antara Penyelam Paling Elit Di Dunia
  • 4.Hidup Turun-Temurun di Kawasan Laut Sejak 1000 Tahun Yang Lalu
  • Kebanyakan Masyarakat Bajau Laut Tinggal di Daerah Semporna, Sabah

1.Mampu Menahan Nafas Selama 13 Minit Di Dalam Air

Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar Aquaman di Sabah
Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar Aquaman di Sabah

Oleh kerana cara hidup mereka yang sudah biasa berada di laut, masyarakat Bajau Laut mampu menahan nafas selama lebih kurang 13 minit ketika berada di dalam air. Malah, etnik ini juga menghabiskan masa sehingga lebih 5 jam sehari di dalam air untuk menangkap hasil laut.

2.Mempunyai Limpa Yang Lebih Besar Daripada Manusia Biasa

Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar "Aquaman" di Sabah
Kredit : Twitter @IsskndarAriffin

Limpa bertindak sebagai gudang yang menyimpan sel darah merah yang membawa oksigen. Menurut sekumpulan saintis dari Universiti of Copenhagen, etnik Bajau Laut mempunyai saiz limpa sehingga 50 peratus lebih besar daripada manusia biasa. Malah, limpa yang besar ini juga terdapat pada individu Bajau Laut yang tidak menyelam. Saintis ini menyimpulkan bahawa ia bukan disebabkan oleh rutin menyelam, sebaliknya memang terdapat pada genetik masyarakat Bajau Laut.

3.Dikatakan Sebagai Antara Penyelam Paling Elit Di Dunia

Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar "Aquaman" di Sabah
Kredit : Twitter @IsskndarAriffin

Bayangkan jika anda menyelam tanpa peralatan menyelam yang moden? Mampukah anda bertahan selama yang mungkin di dalam laut? Agak susah untuk anda tetapi bagi etnik Bajau Laut, ia adalah perkara yang normal. Mereka boleh menyelam ke dalam laut hanya dengan menggunakan seluar pendek dan berjalan di lantai laut. Apa yang paling mengagumkan, mereka boleh menyelam dengan kedalaman melebihi 230 kaki dan mampu menangkap ikan dan sotong sehingga 8 kilogram sehari.

4.Hidup Turun-Temurun di Kawasan Laut Sejak 1000 Tahun Yang Lalu

Ini Sebab Mengapa Masyarakat Bajau Laut Digelar "Aquaman" di Sabah
Kredit : Claudio Sieber

Untuk pengetahuan anda, etnik Bajau Laut ini telah menjadikan kawasan perairan laut sebagai rumah utama mereka kerana mereka sangat bergantung kepada aktiviti menyelam untuk mendapatkan sumber makanan. Oleh itu, masyarakat Bajau Laut dipercayai telah mengalami satu proses evolusi pada sistem pernafasan dan limpa yang menyebabkan mereka dapat bertahan lama di dalam air. Mereka akan naik ke darat untuk mendapatkan bekalan sumber air bersih untuk minuman dan membeli barang keperluan runcit. Selebihnya, masa mereka banyak dihabiskan di laut.

Kebanyakan Masyarakat Bajau Laut Tinggal di Daerah Semporna, Sabah

Kebanyakan masyarakat Bajau Laut ini mendiami kawasan perairan Sabah, terutamanya di daerah Semporna seperti di perkampungan air Bangau-Bangau, Labuan Haji (Pulau Bum-Bum), Pulau Gusungan dan Pulau Mabul, dan Taman Marin Tun Sakaran. Mereka masih tinggal di dalam bot atau rumah perahu. Namun demikian, mereka sangat peka akan masa, musim dan tempoh sesuatu waktu disebabkan pengetahuan mereka yang luas tentang pergerakan laut.

Ini barulah ‘aquaman’ sejati. Pilihan mereka untuk hidup di kawasan laut adalah salah satu cara untuk mengekalkan tradisi nenek moyang mereka sejak dulu lagi. Apa pandangan anda?

Jangan lupa like dan share post ini!

Baca juga artikel lain :

Perlu Lalu Laluan Antarabangsa, Ini Sebab Harga Tiket Ke Sabah dan Sarawak Lebih Mahal
Lagi Tular Pelajar Sanggup Taruh Nyawa Untuk Ke Sekolah Menyeberangi Sungai Di Pitas Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rupanya Ini Sebab Harga Tiket Sabah dan Sarawak Lebih Mahal Walaupun Dalam Malaysia Perlu Lalu Laluan Antarabangsa, Ini Sebab Harga Tiket Ke Sabah dan Sarawak Lebih Mahal
Next Article Kenali Gula Mitai, Cotton Candy Unik Versi Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?