• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Inilah Kelainan Tradisi Raya Aidilfitri Di Sarawak dan Sabah

Oleh
Ismail NA
23 April 2023
Kongsi
5 Min Bacaan

Apa yang best sangat raya kat Sabah dan Sarawak ni?

Inilah Kelainan Tradisi Raya Aidilfitri Di Sarawak dan Sabah. Kemeriahan raya Aidilfitri di Sabah dan Sarawak juga tidak kurang hebatnya. Tapi, jika anda bertandang ke negeri ini sewaktu hari raya Aidilfitri, ada beberapa perkara menarik dan unik yang boleh anda rasai ketika berada di sini.

Isi Isi Penting
  • Apa yang best sangat raya kat Sabah dan Sarawak ni?
  • Jika anda beraya di Sarawak
  • Jika anda beraya di Sabah/Labuan
  • Sebelum ini, kami juga pernah kongsikan amalan-amalan hari raya yang semakin dilupakan:

Jika anda beraya di Sarawak

Sekiranya anda beraya di negeri Kenyalang ini, pasti anda akan rasa kemeriahannya lain daripada yang lain. Perkara yang paling ketara yang boleh anda amati ketika beraya di negeri ini adalah;

  1. Pemakaian baju raya selama 7 hari 7 malam
Inilah Kelainan Tradisi Raya Aidilfitri Di Sarawak dan Sabah
Inilah Kelainan Tradisi Raya Aidilfitri Di Sarawak dan Sabah

Situasi ini sememangnya tidak asing lagi bagi penduduk asal Sarawak yang menyambut Aidilfitri di negeri ini. Sepanjang tempoh ini, baju raya baharu mahupun lama diguna pakai sepenuhnya untuk memberi vibe atau suasana raya yang meriah.

Jangan terkejut pula kalau anda lihat ramai yang pergi menonton wayang berpakaian baju Melayu lengkap bersampin dan berbaju kurung. Itu perkara biasa!

2. Aneka jenis Kek Lapis Sarawak untuk jamuan tetamu

Inilah Kelainan Tradisi Raya Aidilfitri Di Sarawak dan Sabah

Dah nama pun Kek Lapis Sarawak, tak sah lah kalau rumah orang Sarawak tak ada kek lapis ini sewaktu raya. Lazimnya, sebuah rumah akan menyediakan sekurang-kurangnya 3 jenis kek lapis Sarawak sewaktu hari raya.

Kalau ada rezeki lebih, boleh jadi sampai 10 hingga berbelas jenis kek lapis Sarawak ada atas meja sampai seminggu raya. Kadang kala, inilah masanya untuk tuan rumah mencuba resepi kek lapis baharu dan dikongsikan bersama tetamu.

3. Air ’lemenet’/ air gas

Inilah Kelainan Tradisi Raya Aidilfitri Di Sarawak dan Sabah
Kredit: udakdilah.blogspot.com

Air ‘lemenet’ atau air gas ini merupakan air berkarbonat yang beraneka perisa. Nak lagi ’legend’, anda akan jumpa tuan rumah yang menghidangkan anda air lemenet dalam botol kaca. Uniknya, botol kaca ini akan dikitar semula dan perlu dipulangkan kepada pengeluar untuk mereka menghasilkan air lemenet yang baru.

4. Tradisi bertuntong

Inilah Kelainan Tradisi Raya Aidilfitri Di Sarawak dan Sabah
Kredit: Utusan Sarawak

Pasang pelita di malam raya itu biasa. Lain pula dengan tradisi bertuntong. Tradisi bertuntong adalah tradisi di mana pelita raya dipasang dikeliling rangka pintu gerbang. Pintu gerbang berpelita raya ini pula akan menghiasi di bahu jalan kampung atau di simpang masuk kampung bermula malam 10 terakhir Ramadan sehingga raya Aidilfitri.

Kampung yang masih mengamalkan tradisi ini memang kaw-kaw punya meriah.

Jika anda beraya di Sabah/Labuan

Beraya di Sabah pula lain ceritanya. Selain keramahan serta gurauan warga Sabah yang menghiburkan, ini pula keunikan raya di Sabah yang boleh anda lihat;

  1. Hidangan kelupis
Inilah Kelainan Tradisi Raya Aidilfitri Di Sarawak dan Sabah

Jika ketupat dan lemang merupakan hidangan wajib ada semasa perayaan Aidilfitri di Semenanjung dan Sarawak, lain pula ceritanya bagi masyarakat Sabah terutamanya bagi kaum Bisaya dan Melayu Brunei.

Kelupis, sejenis nasi pulut bersantan yang dibalut dalam daun lirik adalah hidangan wajib ada menggantikan ketupat dan lemang. Kelupis ini pula kebiasaannya dimakan bersama serunding kelapa.

Hidangan kelupis ini adalah suatu kelaziman buat penduduk di kawasan pantai barat Sabah seperti Membakut, Menumbok, Kuala Penyu, Papar dan Sipitang.

2. Tradisi ‘Miyolon Ensambiyan’, aktiviti bertukar barang

Inilah Kelainan Tradisi Raya Aidilfitri Di Sarawak dan Sabah

Barang kali tradisi ini tidak diamalkan di seluruh Sabah, namun rutin ini adalah rutin yang amat popular di pagi hari raya Aidilfitri atau Aidiladha di Kampung Darau, Menggatal.

Miyolon Ensambiyan ini merupakan aktiviti bertukar barangan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, di mana masyarakat Kadazan Dusun akan membawa hasil tani dari Menggatal, Inanam dan Kota Kinabalu untuk ditukarkan dengan juadah tradisi raya daripada suku kaum Bajau Sama sewaktu Aidilfitri mahupun Aidiladha.

3. Tradisi bercucul dan memasang pancut (pintu gerbang)

Inilah Kelainan Tradisi Raya Aidilfitri Di Sarawak dan Sabah
Kredit: FB Jesselton Sabah

Tradisi bercucul ini adalah tradisi memasang pelita dan mendirikan pintu gerbang. Tradisi ini menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan terutamanya di Labuan.

Menurut penduduk di sana, tradisi bercucul ini bertujuan untuk menyerikan lagi suasana kampung sambil menyambut tetamu dari luar selain sebagai simbolik menyambut kepulangan anak perantau yang kembali pulang ke desa.

Bah, kalau anda tiba-tiba beraya di Sabah dan Sarawak satu hari nanti, inilah keunikan yang anda boleh jumpa di sini. Apa lagi tradisi unik yang anda pernah rasai sepanjang berada di Sabah dan Sarawak?

Kongsikan kepada kami di ruangan komen. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Sebelum ini, kami juga pernah kongsikan amalan-amalan hari raya yang semakin dilupakan:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula
Next Article 'Support Local!' Netizen Terharu Lihat Menteri Pendidikan Guna Handbag Buatan Sarawak ‘Support Local!’ Netizen Terharu Lihat Menteri Pendidikan Guna Handbag Buatan Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?