Tahniah diucapkan kepada anak-anak muda ini!
Inovasi Sabun Pencuci Pasukan KV Keningau Menang Pingat Emas. Pasukan program Seni Kulinari Kolej Vokasional (KV) Keningau yang terdiri daripada seorang guru dan tiga pelajar telah berjaya memenangi pingat emas di pertandingan inovasi yang dikenali sebagai International Invention, Innovation & Design Competition (i3DC) 2024 anjuran KV Tanah Merah dan UiTM Cawangan Kelantan.
Keputusan pertandingan itu telah diumumkan pada 21 April 2024 dan inovasi pasukan ini yang dinamakan Used Oil Clean Soap ataupun lebih dikenali sebagai UOC Soap telah diiktiraf sebagai penerima pingat emas dalam pertandingan tersebut.


Inovasi Sabun Pencuci Pasukan KV Keningau Menang Pingat Emas
Pasukan ini telah dibimbing oleh Saumon Maliki, guru cemerlang subjek seni kulinari yang juga merupakan ketua program bidang tersebut di kolej itu, dan dianggotai oleh tiga pelajar seni kulinari berumur 17 tahun iaitu Thiery Christian Thomas, Judd Ryan Marcelinus dan Allyssa Amu Ronnie.
Pasukan ini telah mencipta sabun pencuci pinggan yang dihasilkan dari minyak masak terpakai dimana ianya mampu memaksimakan penggunaan minyak masak sambil mengurangkan pembelian sabun pencuci pinggan.
Ianya selaras dengan konsep kelestarian dalam kehidupan seharian memandangkan ianya membantu memelihara alam sekitar. Guru penasihat pasukan tersebut, Saumon Maliki, menyatakan rasa berbangga dengan pencapaian pasukannya dan ini menambah keyakinan dia bahawa para pelajar dan guru program seni kulinari mampu menerapkan amalan kelestarian dalam bidang penyediaan makanan dan perkhidmatan hospitaliti.
Pengarah KV Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada pasukan ini kerana pencapaian ini boleh menjadi inspirasi bagi program-program lain agar sentiasa mencari idea baru yang mampu membantu memelihara alam sekitar dan mengoptimumkan penggunaan bahan yang berpotensi untuk digunakan semula.
Lihat rakaman penyertaan pasukan KV dalam pertandingan inovasi, di sini:
