• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar KV Keningau Penerima Geran Amal Fund Untuk Projek Komuniti

Oleh
Nazihah AN
25 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pelajar KV Keningau Penerima Geran Amal Fund Untuk Projek Komuniti

Program Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau telah berjaya dipilih sebagai penerima Amal Fund

Pelajar KV Keningau Penerima Geran Amal Fund Untuk Projek Komuniti. Sebuah kumpulan pelajar dari program Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau telah berjaya dipilih sebagai penerima Amal Fund, menerima dana sejumlah RM 500 untuk menyebarkan inisiatif mereka dalam aktiviti-aktiviti pendidikan untuk kanak-kanak pra-sekolah.

Amal Fund merupakan peluang permohonan geran yang diperkenalkan oleh Nurul Amalina Che Ariffin, seorang warganegara Malaysia yang kini menetap di Hawaii, Amerika Syarikat.

Pelajar KV Keningau Penerima Geran Amal Fund Untuk Projek Komuniti

Pelajar KV Keningau Penerima Geran Amal Fund Untuk Projek Komuniti

Beliau melancarkan dana ini pada awal tahun ini khusus untuk pelajar-pelajar sekolah bagi membolehkan mereka menjalankan khidmat komuniti untuk masyarakat setempat.

Kumpulan ini dipimpin oleh Jyfreena Ryzza, seorang pelajar tahun akhir, bersama dengan empat ahli yang lain; Dg Salma Atika, Musfirah Nasyitah, Nur Aishya Sibi dan Jeorgiena Dyvette.

Projek mereka yang dikenali sebagai Wonder Zone terdiri daripada aktiviti-aktiviti menarik untuk kanak-kanak prasekolah bagi memperkukuhkan asas literasi dan pengetahuan am. Mereka telah menghasilkan beberapa alat bantu mengajar untuk projek ini yang telah dilaksanakan di taska Sinar Anak Permata, Keningau pada 12 Mac 2024.

Pelajar KV Keningau Penerima Geran Amal Fund Untuk Projek Komuniti

Kumpulan ini bercadang menggunakan geran ini untuk meneruskan projek mereka di taska yang lain. Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada kumpulan ini atas kegigihan mereka menjadikan projek ini kenyataan. Menurut beliau, pencapaian seperti ini membuktikan keupayaan pelajar dalam mencetuskan perubahan positif dalam komuniti.

Jyfreena Ryzza, yang merupakan bekas ahli majlis perwakilan pelajar kolej itu, mengungkapkan rasa bangganya atas pencapaian kumpulannya dan menganggap geran yang diterima dari Amal Fund sebagai dorongan untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam usaha ini.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Graduan KV Keningau Terima Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Sabah Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Pelajar Maut Dipukul Rakan Asrama Polis Sabah Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Pelajar Maut Dipukul Rakan Asrama
Next Article Curi Produk Kosmetik Di Kuching, Wanita Indonesia Dipenjara Dua Bulan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?