I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nestle Lancar KitKat Dark Borneo Dari Biji Koko Premium Sabah Dan Sarawak

Oleh Farisha
7 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kerjasama Nestle-LKM memperkenalkan KitKat Dark Borneo untuk meningkatkan pengeluaran koko Malaysia

Nestle Lancar KitKat Dark Borneo Dari Biji Koko Premium Sabah Dan Sarawak. Nestle Malaysia dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah memperkenalkan produk baharu KitKat Dark Borneo.

Produk ini dihasilkan secara eksklusif menggunakan 100% biji koko premium dari Sabah dan Sarawak. Inisiatif ini selaras dengan usaha Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk meningkatkan pengeluaran koko Malaysia.

Nestle Lancar KitKat Dark Borneo Dari Biji Koko Premium Sabah Dan Sarawak
Nestle Lancar KitKat Dark Borneo Dari Biji Koko Premium Sabah Dan Sarawak

Pekebun kecil koko Malaysia berpeluang tingkatkan hasil dan pendapatan

Kolaborasi jenama terkemuka ini memberi peluang kepada pekebun-pekebun koko Malaysia untuk meningkatkan hasil dengan menampilkan keunikan biji koko melalui pengurusan tanaman mampan yang menguntungkan semua pihak.

Menurut sumber, LKM juga akan melaksanakan projek penanaman koko baharu seluas 350 hektar dan projek pemulihan kebun koko seluas 2,126 hektar dengan peruntukan RM9.5 juta.

Harga koko yang tinggi pada masa ini berpotensi memberi pulangan kepada 5,317 pekebun kecil yang mewakili 89% (5,445 hektar) daripada kawasan penanaman koko di Malaysia. Pekebun kecil digalakkan memanfaatkan peluang ini untuk meningkatkan pengeluaran dan pendapatan mereka.

Kolaborasi komersil mampan manfaatkan pekebun dan pengisar koko tempatan

Inisiatif ini mampu mewujudkan kesan limpahan ekonomi dan mengaktifkan semula aktiviti ekonomi dalam rantaian bekalan sektor koko di Malaysia. Pengisar di Eropah turut bergantung kepada negara tropika seperti Malaysia untuk membekalkan biji koko premium berkualiti tinggi seperti yang digunakan dalam KitKat Dark Borneo.

Malaysia perlu merebut peluang ini untuk meningkatkan hasil dan pengeluaran biji koko, terutamanya biji premium bernilai tinggi. Industri koko menyumbang RM8.2 bilion kepada eksport negara. Pada 2023, sebanyak 370,207 tan biji koko dikisar di Malaysia, menjadikan negara pengisar koko ke-5 terbesar di dunia.

Hasrat Malaysia adalah untuk meningkatkan hasil koko untuk dieksport dan mengurangkan pergantungan kepada import biji koko ke dalam negara.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Andrewson Beri Tempoh 7 Hari Tarik Balik Lagu Bekikis Bulu Betis Sebelum Failkan Saman Andrewson Beri Tempoh 7 Hari Tarik Balik Lagu Bekikis Bulu Betis Sebelum Failkan Saman
Next Article Inovasi Sabun Pencuci Pasukan KV Keningau Menang Pingat Emas Inovasi Sabun Pencuci Pasukan KV Keningau Menang Pingat Emas

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?