I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Air Terjun Lusong Laku Lubuk Memancing Ikan Kayangan Empurau

Oleh Aina Musa
16 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Air Terjun Lusong Laku Lubuk Memancing Ikan Kayangan Empurau

Air terjun Lusong Laku lubok bagi kaki pancing ikan air tawar

Air Terjun Lusong Laku Lubuk Memancing Ikan Kayangan Empurau. Pasti ramai kaki pancing tidak mengetahui, air terjun Lusong Laku ini merupakan lubok bagi mendapatkan ikan empurau.

Air terjun Lusong Laku ini terletak di Ulu Belaga. Untuk sampai ke air terjun ini bukanlah sesuatu yang mudah. Perjalanan ke air terjun ini memakan masa sekitar tujuh jam perjalanan dari Bintulu.

Air Terjun Lusong Laku Lubok Memancing Ikan 'Kayangan' Empurau
Air Terjun Lusong Laku Lubok Memancing Ikan Kayangan Empurau

Pengunjung akan menggunakan jalan biasa terlebih dahulu selama empat jam dan tiga jam menggunakan jalan balak untuk tiba di lokasi.

Air Terjun Lusong Laku Lubok Memancing Ikan 'Kayangan' Empurau
Kredit foto: Richard Jeyz

Kaum Penan jana pendapatan dengan memancing ikan empurau.

Majoriti penduduk di kampung ini terdiri daripada kaum Penan. Mereka menjana pendapatan tambahan dengan memancing dan menjual ikan emparau kepada peraih.

Kawasan tersebut dikatakan lubok untuk memancing ikan ‘kayangan’ empurau kerana ikan tersebut hanya hidup di kawasan air deras seperti air terjun Lusong Laku ini.

Ikan ini digelar sebagai ikan ‘kayangan’ kerana harganya yang mahal sehingga boleh mencecah RM 250 sekilogram bergantung kepada saiz.

Manakala bagi pasaran luar, ikan ini mampu mencecah antara RM 700 hingga RM 1200 sekilogram.

Selain ikan empurau, ikan air tawar seperti ikan baong dan ikan semah juga boleh didapati di sini.

Air Terjun Lusong Laku Lubok Memancing Ikan 'Kayangan' Empurau
Ikan Semah. Kredit foto: Richard Jeyz

Air terjun Lusong Laku turut terkenal sebagai destinasi pelancongan.

Selain dikenali sebagai lubok memancing ikan empurau, air terjun Lusong Laku ini juga turut terkenal sebagai destinasi pelancongan di Sarawak.

Pelancong memilih untuk berkunjung ke sini kerana air terjun ini menyerupai Niagara Falls yang terletak di Kanada.

Mendapat jolokan Air Terjun Niagara Malaysia, khazanah alam yang tersembunyi jauh dari bandar Bintulu ini memiliki ketinggian lebih 20 kaki dan 50 meter lebar.

Secara tidak langsung, air terjun Lusong Laku ini sangat sesuai dilawati oleh penggemar sukan lasak.

Pengunjung dinasihatkan untuk menaiki pacuan empat roda memandangkan laluan yang digunakan agak mencabar.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengapa air terjun Lusong Baku ini digelar Niagara Falls, baca artikel ini pula:

https://www.iloveborneo.my/digelar-niagara-falls-malaysia-kenali-air-terjun-wong-pejik-lusong-laku-di-belaga

Ini pula sebab mengapa ikan empurau merupakan ikan ‘kayangan’ :

Sekilo Cecah Ribuan Ringgit, Ikan Empurau Adalah Ikan Paling Mewah di Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemilik Kedai Mohon Maaf, Insiden Penari Singa Dibaling Mercun Selesai Secara Baik Di Sandakan
Next Article Hanya Di Sabah, Tengah Bulatan Ada Replika Gergasi Pelbagai Bentuk Hanya Di Sabah, Tengah Bulatan Ada Replika Gergasi Pelbagai Bentuk

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?