• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rakyat Sarawak Kini Boleh Dapat Insurans Hayat Serendah RM 25 Dengan i-MULA 50

Oleh
Husna Hazmi
22 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Insurans khas buat rakyat Sarawak yang pertama kali membeli insurans

Rakyat Sarawak Kini Boleh Dapat Insurans Hayat Serendah RM 25 Dengan i-MULA 50. Dilaporkan, kini, rakyat Sarawak boleh menikmati perlindungan insurans hayat serendah RM25 setahun melalui i-MULA 50 Starter Pack! Inisiatif ini diperkenalkan oleh Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) khas untuk pembeli insurans kali pertama di Sarawak.

Rakyat Sarawak Kini Boleh Dapat Insurans Hayat Serendah RM 25 Dengan i-MULA 50
Rakyat Sarawak Kini Boleh Dapat Insurans Hayat Serendah RM 25 Dengan i-MULA 50. Sumber gambar: The Borneo Post

RM 500,000 diperuntukkan khas untuk Sarawakians

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya RM500,000 telah diperuntukkan untuk rakyat Sarawak di bawah program bernilai RM5 juta secara nasional. Inisiatif ini diperkenalkan sempena ulang tahun ke-50 LIAM.

Melalui program ini, setiap individu layak menerima subsidi RM50, membolehkan mereka membeli polisi insurans hayat pertama pada harga lebih rendah.

“Dengan hanya RM25 setahun selepas subsidi RM50, anda boleh mendapatkan perlindungan insurans untuk kematian, hilang upaya, perbelanjaan perubatan dan banyak lagi. Tapi jangan tunggu lama-lama, ambil tindakan segera untuk masa depan diri sendiri dan keluarga!” katanya dalam satu video di Facebook pada 20 Februari.

Rakyat Sarawak Kini Boleh Dapat Insurans Hayat Serendah RM 25 Dengan i-MULA 50

Tarikh tamat tawaran 30 Jun 2025

Tawaran ini hanya sah sehingga 30 Jun 2025 atau sehingga dana habis digunakan. Program i-MULA 50 di Sarawak pertama kali diperkenalkan semasa Karnival Celik Kewangan Sarawak yang berlangsung pada 15-17 November 2024.

Berapa Perlu Bayar?
✅ Premium tahunan antara RM75 hingga RM600
✅ Selepas subsidi, anda hanya perlu bayar minimum RM25 untuk layak!

Untuk maklumat lebih lanjut dan senarai syarikat insurans yang terlibat, layari laman web LIAM dan cari bahagian i-MULA 50.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Rakyat Sarawak Kini Boleh Semak Kelayakan Bantuan Khas Sarawak Secara Online Melalui SarawakID
Ini 7 Senarai Inisiatif Kebajikan Untuk Rakyat Sarawak

SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gula-Gula Gummy Kini Dilarang Dijual Di Semua Platform Dalam Talian Dan Pasaran Domestik
Next Article Ini Kraf Tradisional Yang Unik Hanya Ditemui Di Sabah Ini Kraf Tradisional Yang Unik Hanya Ditemui Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?