• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Kraf Tradisional Yang Unik Hanya Ditemui Di Sabah

Oleh
Nazihah AN
22 Februari 2025
Kongsi
11 Min Bacaan
Ini Kraf Tradisional Yang Unik Hanya Ditemui Di Sabah

Warisan Kraf Tradisional Sabah

Ini Kraf Tradisional Yang Unik Hanya Ditemui Di Sabah. Sabah, negeri di bawah bayu, terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan budaya yang kaya. Selain destinasi pelancongan yang menakjubkan, Sabah juga menyimpan pelbagai warisan kraf tradisional yang unik dan hanya ditemui di negeri ini.

Isi Isi Penting
  • 1. Sulaman Pis
  • 2. Barait (Beg Galas tradisional)
  • 3. Kelarai (Anyaman bilah buluh)
  • 4. Seni Tenunan Dastar
  • 5. Rinago (kraf tenunan)
  • 6. Anyaman serdang
  • 7. Parang Bajau
  • 8. Tenunan Mugah
  • 9. Anyaman Salingkawang
  • 10. Kadazan-Dusun Alang-Alang Hat
  • 11. Tikar/ Tepo Anyaman Pandan
  • 12. Linangkit
  • 13. Gong Bajau
  • 14. Silaung Murut
  • 15. Tangkong
  • 16. Tudung Saji Bajau
  • 17. Wakid
  • 18. Tembikar Kuron
  • 19. Karansang
  • 20. Kalong
  • 21. Tanjadan
  • 22. Buyung
  • 23. Tayen
  • 24. Kapa
  • 25. Gabang (Xylophone)
  • 26. Kikizapan
  • 27. Orot / Hiasan Pinggang
  • 28. Himpogot
  • 29. Sampoi / Hiasan Bahu
  • 30. Pata
  • 31. Takin
  • 32. Siung Papar
  • 33. Sirung Tinombunan
  • 34. Seraung Murut
  • 35. Rong Basung
  • 36. Minangayam

Berikut adalah beberapa contoh:

Sumber gambar: Pusat Kraftangan Sabah

1. Sulaman Pis

Sulaman Pis atau turut dikenali dengan nama Tinohian merupakan teknik sulaman kain yang terkenal di daerah Kudat dan diusahakan dalam kalangan suku Rungus dan Binadan. Berukuran satu meter persegi dan terbuat dalam kombinasi warna oren, hitam atau merah jambu, kain ini disulam tangan dengan tujuh jenis warna benang di bahagian depan dan belakang. Kain ini dapat dipakai pada kedua-dua bahagian dan selalunya dilipat menjadi sigal-perhiasan kepala yang dipakai oleh kaum lelaki suku Rungus.Selain dijadikan perhiasan kepala, kegunaanya juga divariasikan menjadi sapu tangan, sarung kusyen dan dibingkaikan menjadi hiasan dinding.

2. Barait (Beg Galas tradisional)

Barait dikenal sebagai ‘Barazit’ dalam kalangan orang Kadazan Dusun di Keningau. Beg galas ini juga begitu popular di sekitar daerah Tambunan, Kota Marudu, Keningau, Penampang, Putatan dan Kudat.

Bentuknya yang unik dan praktikal seakan beg galas moden, masih menjadikannya produk kraftangan yang popular di kalangan penggemarnya. 

3. Kelarai (Anyaman bilah buluh)

Kelarai bermaksud anyaman bilah buluh yang diraut halus dan dijalin hingga membentuk motif-motif tertentu. Anyaman kelarai ini amat popular dalam kalangan Etnik Murut dan Dusun. Setiap motif anyaman ini mempunyai makna yang tersendiri .

Satu lagi ciri istimewa anyaman dari kawasan Pedalaman Sabah ialah penggunaan salingkawang sebagai pengikat atau “finishing” bagi produk anyaman seperti bakul,beg ataupun bekas simpanan . Salingkawang merupakan tumbuhan dari spesis paku – pakis yang serat dalamannya diambil untuk dijadikan bahan pengikat anyaman.

Hasil tenunan dastar oleh Kamariah. Gambar ihsan Kamariah Binti Masdid.

4. Seni Tenunan Dastar

Kain Dastar merupakan hasil tenunan yang sinonim dengan kaum Iranun Di Sabah. Dikenali sebagai Tubau, kain ini tidak hanya dipakai oleh kaum Iranun tetapi menjadi kain ikatan kepala yang popular dalam kalangan pelbagai suku di Sabah, misalnya lelaki suku Dusun menggayakannya sebagai perhiasan kepala yang dikenali sebagai sigar. Suku Bajau pula menggelarnya podong atau tanjak.

5. Rinago (kraf tenunan)

Rinago ialah produk kraf tenunan tangan masyarakat Rungus Kudat, Sabah. Pakis yang digunakan untuk menganyam produk rinago adalah daripada lingkong (istilah Rungus) atau ribu-ribu, secara saintifiknya dikenali sebagai lygodium. Ribu-ribu yang ditanam secara liar di daerah ini ditenun dengan gentian rotan rotan atau pulur rotan untuk menghasilkan kraf rinago.

6. Anyaman serdang

Ia produk kebanggaan kaum Bajau di Kota Belud kerana mencerminkan identiti kaum berkenaan. Produk popular yang dihasilkan daripada anyaman itu ialah penutup makanan dan boleh dijadikan bekas membawa makanan jika diterbalikkan.

Anyaman serdang sering digunakan pada musim perayaan untuk membawa dan menutup makanan yang dihantar ke masjid.

Sumber gambar: Free Malaysia Today

7. Parang Bajau

Kota Belud popular dengan parang kerana keunikan tersendiri parang berkenaan yang dihasilkan kaum Bajau. Parang itu berbeza dengan parang dari daerah lain di Sabah dari segi ukiran, jenis mata parang dan ukiran di mata parang yang hanya terdapat di Kota Belud.

Kayu nangka sering menjadi pilihan untuk dibuat sarung dan hulu parang kerana ia lebih tahan lama. Manakala besi untuk membuat mata parang pula menggunakan besi spring kereta kerana tahan lama.

Mata parang diukir dengan ukiran bermotifkan daun paku pakis yang dipanggil corak Bajau bagi memberi identiti kepada senjata tradisional masyarakat Bajau.

8. Tenunan Mugah

kain Tenunan Mugah diusahakan oleh suku kaum Irranun di Sabah. Ianya diusahakan di beberapa buah kampung di Kota Belud, satu daripadanya adalah Kampung Merabau, satu daerah yang terkenal dengan keluaran hasil tenunan seperti kain Dastar, Mugah, Baraguru, Sambitan, Ampik dan Tapak Sila.

Sumber gambar: Eksentrika

9. Anyaman Salingkawang

Anyaman salingkawang merupakan kraf unik yang dihasilkan oleh masyarakat di Kampung Batu Lunguyan, Keningau. Ia menggunakan teknik anyaman buluh yang diikat dengan urat pokok salingkawang, sejenis paku pakis. Produk ini termasuk beg tangan, dompet, dan kotak tisu yang dihiasi dengan motif tradisional suku kaum Dusun dan Murut.

10. Kadazan-Dusun Alang-Alang Hat

Topi alang-alang ialah topi anyaman tradisional masyarakat Kadazan-Dusun yang diperbuat daripada daun alang-alang. Topi ini digunakan sebagai pelindung daripada matahari ketika bertani atau berkebun. Ia juga menjadi simbol penting dalam pakaian tradisional Kadazan-Dusun, terutama semasa perayaan Kaamatan.

11. Tikar/ Tepo Anyaman Pandan

Tikar Bajau, atau dikenali sebagai tikar pandan, merupakan hasil anyaman daun pandan oleh masyarakat Bajau di Sabah. Tikar ini dihiasi dengan corak tradisional berwarna-warni yang menggambarkan keindahan dan kreativiti masyarakat Bajau. Ia sering digunakan dalam acara adat dan perayaan.

Sumber gambar: Kosmo

12. Linangkit

Linangkit adalah seni sulaman tradisional masyarakat Lotud yang menggunakan benang berwarna terang untuk mencipta corak yang rumit dan indah. Biasanya, linangkit digunakan untuk menghias pakaian tradisional seperti kain sarung dan baju kurung.

13. Gong Bajau

Gong Bajau adalah alat muzik tradisional yang dihasilkan daripada tembaga oleh masyarakat Bajau. Proses pembuatan gong ini memerlukan kemahiran tinggi dan setiap gong menghasilkan nada yang berbeza. Gong ini sering digunakan dalam upacara adat dan perayaan, seperti majlis perkahwinan.

14. Silaung Murut

Silaung ialah bakul tradisional yang dianyam oleh masyarakat Murut menggunakan rotan dan buluh. Bakul ini digunakan untuk membawa hasil hutan seperti buah-buahan, sayuran, dan hasil buruan. Rekaan bakul ini sangat tahan lasak dan dihias dengan corak tradisional.

15. Tangkong

Tangkong adalah perhiasan tradisional masyarakat Kadazan-Dusun yang diperbuat daripada manik. Ia biasanya dipakai di pinggang semasa perayaan dan majlis rasmi. Corak pada tangkong sering melambangkan kepercayaan dan simbolisme adat.

Sumber gambar: Sabahan.FM

16. Tudung Saji Bajau

Tudung saji yang dianyam oleh masyarakat Bajau terkenal dengan keunikan rekaannya. Tudung saji ini dihias dengan corak anyaman yang rumit, menggunakan daun pandan atau rotan sebagai bahan asas.

17. Wakid

Wakid mempunyai fungsi yang sama seperti barait tetapi bersaiz lebih besar. Ia digunakan untuk memungut hasil tuaian padi dan hasil-hasil pertanian lain. Wakid dihasilkan dengan corak unik yang menyerupai bentuk ketupat, menggunakan bahan seperti rotan dan kulit buluh.

18. Tembikar Kuron

Tembikar Kuron ialah warisan tradisi masyarakat Kadazan Dusun, khususnya etnik Dusun Tindal di Kampung Melangkap, Kota Belud. Diperbuat daripada tanah liat tempatan, tembikar ini digunakan untuk memasak dan menyimpan makanan.

19. Karansang

Karansang adalah sejenis bakul anyaman tradisional yang dihasilkan oleh etnik Dusun Tindal. Ia digunakan dalam kehidupan seharian untuk mengangkut dan menyimpan barangan harian.

20. Kalong

Bakul galas yang digunakan oleh masyarakat Murut untuk mengangkut kayu api. Ia diperbuat daripada anyaman rotan atau buluh dan direka agar mudah dibawa.

21. Tanjadan

Bakul tradisional masyarakat Rungus di Kudat yang diperbuat daripada anyaman rotan dan digunakan untuk membawa hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

22. Buyung

Bakul galas etnik Murut yang diperbuat daripada rotan. Ia digunakan untuk mengangkut barang dan menyimpan biji padi yang dituai.

23. Tayen

Bakul rotan tradisional masyarakat Lundayeh dan Lun Bawang, digunakan untuk membawa hasil tani serta sebagai tempat penyimpanan padi.

24. Kapa

Beg siku yang diperbuat daripada rotan dan dipakai oleh lelaki zaman dahulu untuk menyimpan bekal makanan ketika pergi memburu.

25. Gabang (Xylophone)

Alat muzik tradisional dari kayu saraman atau sadaman yang terdiri daripada sembilan kepingan kayu dengan nada yang berbeza, dimainkan oleh suku Kadazan Dusun dalam upacara tradisional.

26. Kikizapan

Alat tradisional masyarakat Kadazan Dusun untuk membersihkan padi sebelum adanya teknologi moden. Ia menggunakan kipas kayu yang diputar untuk menghasilkan angin bagi mengasingkan padi daripada hampas.

27. Orot / Hiasan Pinggang

Tali pinggang tradisional wanita suku Rungus yang diperbuat daripada tembaga dan dihiasi dengan manik. Ia dipakai dalam majlis adat dan perkahwinan.

28. Himpogot

Tali pinggang syiling perak yang terdiri daripada syiling British Trade Dollars yang disambungkan dengan rantai. Ia merupakan aksesori berharga dalam budaya Kadazan Dusun.

29. Sampoi / Hiasan Bahu

Hiasan bahu masyarakat Murut Tahol yang diperbuat daripada manik berwarna-warni dan sering dipakai dalam upacara serta perayaan.

30. Pata

Perhiasan kepala wanita kaum Lundayeh dan Lun Bawang yang menentukan status perkahwinan dan pangkat dalam masyarakat.

31. Takin

Aksesori manik yang digantung pada bahagian leher wanita Murut Bookan, terdapat dalam pelbagai corak seperti takin binangkawot, takin sinopo, takin inambau, dan takin binulan.

32. Siung Papar

Topi anyaman masyarakat Kadazan Dusun yang digunakan untuk melindungi kepala daripada matahari ketika bekerja di ladang.

33. Sirung Tinombunan

Pelindung kepala wanita Dusun di daerah Tambunan yang diperbuat daripada buluh dan rotan serta digunakan dalam tarian budaya dan Pesta Kaamatan.

34. Seraung Murut

Pelindung kepala tradisional suku Murut di daerah Tenom, diperbuat daripada buluh dan rotan dengan corak inspirasi dari alam semula jadi.

35. Rong Basung

Pelindung kepala kaum Lundayeh dan Lun Bawang yang menggunakan pewarna semula jadi dari buah kurad (merah), tarak kiran (getah terap), dan adang (arang). Ia juga digunakan sebagai barang hantaran pengantin perempuan.

36. Minangayam

Motif anyaman tradisional suku Murut yang diinspirasikan daripada tapak kaki burung helang, dikenali sebagai corak Minangayam.

Baca juga cerita menarik di Sabah, di bawah:

Ketahui Monsopiad, Legenda Pemburu Kepala Di Sabah
Legenda Arung Salamiah, Kisah Cinta Pilu Pulau Bohey Dulang Sabah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rakyat Sarawak Kini Boleh Dapat Insurans Hayat Serendah RM 25 Dengan i-MULA 50
Next Article Sama Tapi Tak Serupa, Ketahui Persamaan Bahasa Melayu Sambas Dan Bahasa Melayu Sarawak Sama Tapi Tak Serupa, Ketahui Persamaan Bahasa Melayu Sambas Dan Bahasa Melayu Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?