I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus

Artikel Ini Dibawakan Oleh
Kongsi
9 Min Bacaan
Artikel Ini Dibawakan Oleh

Sesuai untuk pengembara yang inginkan keseronokan Korea dalam masa yang singkat

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus. Kalau korang peminat tegar Kdrama dan Kpop, pasti ada di dalam impian anda untuk menjejakkan kaki ke Korea Selatan kan? Digelar the land of morning calm, Korea Selatan adalah salah satu negara yang wajib dikunjungi bagi anda di luar sana yang ingin melakukan percutian ke luar negara.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda itinerari ringkas 2 hari 1 malam, pengalaman kali pertama menjelajah ke Korea Selatan dari kaca mata orang Borneo. Dalam percutian 2 hari 1 malam ini, kami memanfaatkan masa sepenuhnya untuk meneroka ibu negara Korea Selatan iaitu Seoul!

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus. Kredit gambar: KTO

Checklist Sebelum Ke Korea

Untuk ke Korea Selatan ini, anda perlu memastikan anda sudah menyediakan semua kelengkapan seperti:

  • K-ETA (perlu dicetak)
  • Passport (wajib) dan;
  • Perlu memiliki itinerari lengkap perjalanan bagi mengelak sebarang kesulitan apabila menjalani pemeriksaan imigresen kelak.
Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

Hari 1 – Menjelajah Landmark Utama Kota Seoul

Bandar yang penuh dengan pembangunan pesat, budaya, makanan, tarikan menarik, ini senarai tempat menarik yang anda wajib lawati jika berada di Seoul:

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: G3 Hotel

1. Check-in ke G3 Hotel

Terletak di Jung-gu, Seoul, G3 Hotel merupakan sebuah Hotel Butik baharu yang sangat strategik lokasinya dan amat dekat dengan stesen subway Chungmuro yang menghubungi Line 3 dan Line 4 dalam sistem subway Seoul. Penginapan di sini memudahkan pergerakan kami ke destinasi tumpuan pelancong seperti Myeongdong Street yang hanya mengambil masa 15 minit berjalan kaki sahaja.

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo
Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

2. Blue House (Cheong Wa Dae)

Kami memulakan penerokaan kami dengan persinggahan ke Blue House (Cheong Wa Dae), salah satu tempat wajib singgah jika anda penggemar sejarah dan politik Korea Selatan.

Berlatarbelakangkan Gunung Bugaksan, Cheong Wa Dae ini merupakan pejabat dan kediaman rasmi Presiden Korea dari tahun 1948 hingga 2022. Kini, Cheong Wa Dae telah dibuka untuk lawatan orang ramai dan para pelancong boleh melihat sendiri kemegahan struktur bangunan ini di samping boleh belajar sejarah mengenai Korea Selatan.

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo
Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

3. Mukho Sashimi Restaurant

Untuk makan tengah hari, ini adalah menu yang mesti dicuba. Uniknya sup ikan di Mukho Sashimi Restaurant di Seoul ini, mereka menggunakan semua bahagian ikan untuk memastikan tekstur kuah betul-betul rasa kaw, apatah lagi digabungkan dengan sayur-sayuran segar dan bahan perasa istimewa.

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo
Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

4. Hansik Space

Selepas makan tengah hari, kami berpeluang untuk mempelajari sendiri pembuatan pencuci mulut tradisional Korea di Hansik Space. Di sini, kami mempelajari pencuci mulut Gotgam-danji (dried persimmon dengan inti kekacang manis) yang lazimnya hanya dimakan oleh Raja Korea sewaktu era pemerintahan Joseon suatu ketika dahulu. Hansik Space E:eum ini merupakan bangunan khas yang dibuka oleh Korean Food Promotion Institute untuk memperkenalkan orang ramai mengenai makanan dan juga minuman alkoho tradisional di Korea.

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

5. Gyeongbokgung Palace

Kalau ke Korea, sudah tentulah ini adalah destinasi wajib yang mesti dikunjungi. Kalau tak pergi sini, memang tak sah lah lawatan Korea anda. Istana Gyeongbokgung dibina sebagai istana rasmi dinasti Joseon satu masa dahulu. Anda boleh melihat sendiri seni bina istana Korea bersejarah serta bergambar dengan menggunakan Hanbok di sini.

Tahukah anda, jika anda menggunakan Hanbok, bayaran masuk adalah percuma manakala jika anda tidak menggunakan Hanbok, anda perlu membayar 3,000 Won untuk dewasa dan 1,500 Won untuk kanak-kanak. Jadi, lebih baik untuk anda mengenakan Hanbok, sama ada dibawa sendiri atau sewa daripada kedai sewa Hanbok yang berdekatan di kawasan Istana Gyeongbokgung.

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo
Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

6. Hanok Tea House, Bukchon Hanok Village

Setelah selesai mengambil gambar kenangan di hadapan Istana Gyeongbokgung, kami terus ke kafe tradisional Korea iaitu Hanok Tea House. Kafe yang terletak di Bukchon Hanok Village, Seoul ini menawarkan pelbagai pilihan teh, kopi serta pencuci mulut yang menarik.

Antara menu yang memikat hati kami adalah adalah Andong Ginger Jujube Tea, Mugwort Rice Cake Shake dan juga Haenam Sweet Latte. Jika anda berkunjung ke sini pada musim sejuk, memang menu ini mampu memberi kelegaan dan dapat memanaskan badan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo
Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

7. Very Front Seoul Restaurant

Memandangkan kami pergi sewaktu penghujung musim sejuk, minum teh panas sahaja tidak mencukupi. Kami seterusnya menuju ke restoran estetik yang menawarkan menu Italian Korean Fusion yang menjadi hidangan signature mereka. Kami juga sempat menikmati pasta istimewa mereka iaitu Pollack Fish Aglio Olio Pasta dan juga Rose Cream Pasta with Shrimp.

Hari 2 – Meneroka Hotspot Keseronokan Kota Seoul

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo
Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

8. HiKR Ground

Memasuki hari kedua, kami pasti peminat K-pop dan juga K-drama di luar sana akan menyukai destinasi ini. Baru sahaja dibuka pada 2022, HiKR Ground merupakan muzium K-pop interaktif 4 tingkat yang menyediakan para pelancong pelbagai maklumat menarik mengenai dunia hiburan Korea.

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo
Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

9. Lunch at The Makan

Bila tekak ini memang tekak Melayu, tak sampai 2 hari memang dah mengidam makanan Melayu di Korea. Kami singgahlah sebentar di The Makan untuk menikmati sajian tempatan seperti Kuey Teow Goreng, Nasi Goreng Kampung, Teh Tarik dan macam-macam lagi.

Setelah berborak, salah seorang chef restoran The Makan ini rupa-rupanya orang Sabah! Kita-kita juga baini. Hehe.

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: Seoul Sky
Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

10. Lotte World Tower Seoul Sky Observatory

Setelah usai makan tengah hari, kami terus ke bangunan ke-5 tertinggi di dunia iaitu Lotte World Tower Seoul Sky Observatory. Anda boleh melihat pemandangan Bandaraya Seoul dari tingkat 117 hingga 123 bangunan ini.

Paling best dan paling tak sangka di sini adalah mereka juga mempunyai surau yang cantik, luas dan selesa buat yang ingin menunaikan solat, memandangkan bangunan ini bersambung dengan pusat beli-belah Lotte.

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

11. Mangwon Market

Menghampiri penghujung hari, kami pun memulakan misi untuk memburu cenderahati dan barangan yang boleh dijadikan ole-ole untuk dibawa pulang. Untuk itu, kami pergi ke salah satu pasar basah tradisional Korea terkemuka di Seoul iaitu Mangwon Market.

Difahamkan, pasar ini selalu dijadikan tempat penggambaran dalam program variety show Korea seperti Running Man dan 2 Days 1 Night. Pasar basah ini menawarkan pelbagai pilihan hasil laut segar, buah-buahan, snek-snek, makanan panas menarik seperti Tteokbokki, Korean croquettes (Goroke), Eomuk Tang (sup bersama isi ikan), Sosej Darah Khinzir (untuk yang bukan Muslim) dan banyak lagi.

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

12. Hongdae Area

Selain Mangwon Market, kami juga pergi ke kawasan Hongdae di Seoul. Hongdae merupakan daerah yang amat terkenal dalam kalangan generasi muda kerana ia dipenuhi dengan daya tarikan retro. Di sini juga terkenal dengan kafe-kafe unik dan barangan comel dengan harga berpatutan.

Itinerari 2H1M Ke Seoul Korea, Boleh Lawat 13 Tempat Sekaligus
Kredit gambar: I Love Borneo

13. Iftar Restaurant

Sebelum pulang ke tempat penginapan, kami pergi ke restoran yang dijamin Halal di Seoul iaitu Iftar Restaurant. Menu yang paling menarik yang anda boleh cuba adalah Beef Bulgogi serta Samgyetang mereka yang dibuat menggunakan resepi asli Korea.

Kini dengan adanya penerbangan tambang rendah AirAsia terus dari Kota Kinabalu ke Seoul, orang ramai terutamanya dari Borneo tidak perlu lagi bersusah payah untuk transit dari Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum mengambil penerbangan terus ke menuju ke Incheon, Korea Selatan.

Untuk info lanjut mengenai penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Seoul Korea, baca juga artikel berikut:

AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Dari Kota Kinabalu Ke Seoul Korea
Teruja Cuba Makanan Etnik Lunbawang, Reaksi Tiktoker Dari Korea Ini Raih Perhatian Warga Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Resepi Mudah Kuih Takir Berlemak Tradisi Sarawak, Hanya Guna 5 Bahan Sahaja Resepi Mudah Kuih Takir Berlemak Tradisi Sarawak, Hanya Guna 5 Bahan Sahaja
Next Article Ini 8 Tips Bersahur Untuk Elak Lemau Dan Lesu Ketika Puasa Ini 8 Tips Bersahur Untuk Elak Lemau Dan Lesu Ketika Puasa

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?