• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Jadi Mangsa Dera, Budak Lelaki Lari Ikut Tingkap Tingkat 4 Bangunan Rumah

Oleh
ILB - AI
17 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Mangsa kanak-kanak lelaki baru berusia 8 tahun

Jadi Mangsa Dera, Budak Lelaki Lari Ikut Tingkap Tingkat 4 Bangunan Rumah. Tak habis fikir macam mana sampai tergamak nak dera budak. Memang rasa puas ke selepas mendera? Kita nak pukul kucing pun tak sampai hati, ini kan pulak anak manusia.

Baru berusia 8 tahun, seharusnya menikmati zaman kanak-kanak yang penuh suka ria, bermain dengan kawan, ketawa penuh riang tapi untuk kanak-kanak lelaki ini berlaku sebaliknya. Diperlakukan seperti nyawanya sudah tidak berharga.

Jadi Mangsa Dera, Budak Lelaki Lari Ikut Tingkap Tingkat 4 Bangunan Rumah
Jadi Mangsa Dera, Budak Lelaki Lari Ikut Tingkap Tingkat 4 Bangunan Rumah. Sumber gambar: Twitter @redzuanNewsMPB

Terperangkap di belebas tingkap aras 4

Kejadian yang berlaku di sebuah kondominium dekat Jalan Cahaya 13, Taman Cahaya, Ampang itu telah menyaksikan bagaimana usaha seorang budak lelaki yang dipercayai dikurung di dalam bilik kondominium tersebut ingin menyelematkan diri melalui tingkap. Mangsa telah ditemui berada di belebas tingkap namun terperangkap disitu.

Jadi Mangsa Dera, Budak Lelaki Lari Ikut Tingkap Tingkat 4 Bangunan Rumah
Sumber gambar: Twitter @redzuanNewsMPB

Dengan ketinggian belebas tingkap rumah mangsa pada aras 4 dan hal ini yang dikhuatiri jika mangsa nekad, nyawa mangsa sudah pasti menjadi taruhan. Melihat keadaan mangsa terperangkap, orang awam segera melaporkan kejadian kepada pihak Bomba. Pihak Bomba bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan pada pukul 4.41 petang dan telah menyelematkan mangsa.

Diselamatkan dan terbongkar rahsia mangsa termasuk adiknya didera

Setelah berjaya diselamatkan maka terbongkar rahsia bahawa mangsa adalah mangsa dera. Bukan mangsa sahaja, malah adik perempuan mangsa yang baru berusia 6 tahun turut menjadi mangsa dera juga. Hal ini dapat dibuktikan dengan kesan berbirat serta lebam yang terdapat pada tubuh badan kedua-dua mangsa.

Jadi Mangsa Dera, Budak Lelaki Lari Ikut Tingkap Tingkat 4 Bangunan Rumah
Sumber gambar: Astro AWANI

Lagi memilukan, bapa kepada mangsa 2 beradik ini telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu dan ibu mangsa pula enggan menjaga mereka. Oleh itu, hak penjagaan telah diserahkan kepada ibu dan bapa saudara mangsa dimana kedua mereka baru berusia 33 dan 29 tahun dan kini kedua-dua mereka telah ditahan untuk membantu siasatan pihak polis.

Kanak-kanak dengan dera kadang-kadang banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Untuk ibu bapa atau penjaga yang enggan menjaga anak masing-masing, disarankan hubungi pihak yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini adalah tindakan yang lagi afdal berbanding kanak-kanak tersebut didera sehingga mungkin menghilangkan nyawa mereka.

Isu dera atau pukul yang mendatangkan kecederaan sememangnya masih banyak berlaku, tidak kira terhadap kanak-kanak atau orang dewasa juga. Boleh baca artikel selanjutnya:

Wanita Cederakan Anak Teman Lelakinya Kerana Lupa Tutup Peti Sejuk, Didenda RM1.5K Di Kuching
[VIDEO] Tular Individu Dipukul Orang Awam Terlibat Kes Curi Kenderaan Kini Disiasat Pihak Polis
SUMBER :Twitter @redzuanNewsMPBASTRO AWANI
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Patutlah Cepat Habis, Gelagat Budak Kantoi Rembat Susu Adik Buat Ramai Terhibur
Next Article Kerajaan Mahu 'Sibu Jaya Water Fiesta' Jadi Acara Tahunan Di Sibu Kerajaan Mahu ‘Sibu Jaya Water Fiesta’ Jadi Acara Tahunan Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?