• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Mahu ‘Sibu Jaya Water Fiesta’ Jadi Acara Tahunan Di Sibu

Oleh
Aina Musa
17 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Kerajaan Mahu 'Sibu Jaya Water Fiesta' Jadi Acara Tahunan Di Sibu

Bakal jadi tarikan terbaru di Sibu

Kerajaan Mahu ‘Sibu Jaya Water Fiesta’ Jadi Acara Tahunan Di Sibu. Ribuan pengunjung terdiri daripada penduduk Sibu Jaya dan sekitarnya telah memeriahkan acara Water Fiesta Sibu Jaya 2022 diadakan di Jalan boulevard, Sibu Jaya semalam.

Program ini adalah program tahunan untuk tahun ke 3 selepas 2 tahun tertangguh akibat pandemik covid 19. Program seperti ini sebenarnya dapat menarik minat pengunjung untuk datang ke sibu jaya.

Kerajaan Mahu 'Sibu Jaya Water Fiesta' Jadi Acara Tahunan Di Sibu
Kerajaan Mahu ‘Sibu Jaya Water Fiesta’ Jadi Acara Tahunan Di Sibu. Kredit Foto: Info SibuJaya

Turut hadir menyempurnakan Program Water Fiesta iaitu Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Negeri Datuk Seri Abdul Karim Hamzah.

Pesta ini hanya terdapat di Sibu Jaya

Menurut Abdul Karim Sibu Jaya adalah bandar malah daerah pertama di negeri sarawak mengadakan pesta seperti ini dan mendapat sambutan daripada orang ramai.

Abdul Karim juga berkata acara itu merupakan satu-satunya yang diadakan di Sarawak yang disifatkannya unik serta menarik dan perlu diadakan setiap tahun.

Kerajaan Mahu 'Sibu Jaya Water Fiesta' Jadi Acara Tahunan Di Sibu
Kredit Foto: Info SibuJaya

“Saya dapat lihat majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk di sini dan saya berharap acara ini dapat menjadi acara tahunan di Sibu,” katanya.

Mempromosikan bandar Sibu secara langsung

“Kita dapat lihat acara itu semakin diterima ramai bukan sahaja penduduk Sibu Jaya tetapi di luar Sibu Jaya juga.

Kerajaan Mahu 'Sibu Jaya Water Fiesta' Jadi Acara Tahunan Di Sibu
Kredit Foto: Info SibuJaya

“Kita boleh mempromosikan ini sebagai produk pelancongan tempatan dan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi di Sibu Jaya,” katanya.

Untuk rekod, penganjuran pesta air tahun ini telah dikecilkan dalam langkah penganjur untuk menggunakan air secara bertanggungjawab dan bersolidariti dengan penduduk yang terjejas akibat isu tekanan air rendah.

Ambil kesempatan beri sumbangan air kepada penduduk yang terjejas

Pada masa yang sama pihak penganjur telah memberi sumbangan air bersih kepada penduduk flat Sibu Jaya dengan cara mengisi tangki biru di kawasan flat Sibu Jaya.

Kerajaan Mahu 'Sibu Jaya Water Fiesta' Jadi Acara Tahunan Di Sibu
Kredit Foto: Info SibuJaya

Daripada lima trak air yang ditempah untuk membawa air ke festival itu, empat dihantar untuk membantu penduduk di rumah-rumah flat mampu milik dan hanya satu trak sahaja digunakan pada festival itu.

Program ini adalah anjuran daripada Amcorp sdn bhd Sibu Jaya dengan kerjasama Majlis Daerah luar Bandar Sibu ( MDLBS ).

Antara info menarik mengenai Sibu, baca di sini:

Sibu Mungkin Menjadi Amsterdam Dengan Terusan – Abang Jo
Pelancong Iktiraf Sibu Antara 10 Bandar Terbersih Di Malaysia
SUMBER :Sarawak Tribune
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jadi Mangsa Dera, Budak Lelaki Lari Ikut Tingkap Tingkat 4 Bangunan Rumah
Next Article Penonton ’Rindu’ Sampai Naik Atas Pentas, Penyanyi Andi Bernadee Terpaksa Berhenti Nyanyi Di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?