I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Jadi Penyebab Kanser, Elak Guna Straw Kertas
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Jadi Penyebab Kanser, Elak Guna Straw Kertas

Oleh iloveborneo 17 September 2023
Kongsi
5 Min Bacaan

Straw kertas dikesan mengandungi bahan kimia sebabkan kanser

Jadi Penyebab Kanser, Elak Guna Straw Kertas. Penyelidik memberi amaran bahawa penyedut minuman kertas yang dikenali sebagai ‘mesra alam’ dilaporkan mengandungi bahan kimia yang tahan lama serta tidak baik untuk alam sekitar berbanding straw plastic, memetik siakap keli.

Bahan kimia tahan lama itu dikatakan berpotensi mendatangkan bahaya kepada manusia, hidupan liar dan alam sekitar. Penyelidik Belgium mendapati bahan kimia itu telah ditemui dalam 18 daripada 20 jenama penyedut minuman kertas.

Jadi Penyebab Kanser, Elak Guna Straw Kertas
Sumber: facebook

Banyak negara mengharamkan penggunaan produk plastik

Bagaimanapun, menurut Bernama pula, banyak negara antaranya UK dan Belgium telah mengharamkan penjualan produk plastik sekali guna termasuk penyedut minuman.

Difahamkan, para penyelidik telah menguji sebanyak 39 jenama straw untuk kumpulan bahan kimia sintetik. Bahan itu dikenali sebagai bahan poli dan perfluoroakyl (PFAS), menurut analisis pertama seumpamanya di Eropah.

PFAS ditemui dalam kebanyakan straw yang diuji dan paling banyak dikesan adalah dalam straw yang dibuat daripada kertas dan buluh. Kajian itu telah diterbitkan dalam jurnal peer-reviewed Food Additives and Contaminants.

Manakala, seorang saintis alam sekitar di Universiti Antwep, Thimo Groffen menyatakan bahawa pasukan penyelidikan ingin mengetahui sama ada PFAS ada dalam straw yang dijual di Belgium.

Pasukan tersebut telah membeli sebanyak 39 jenama straw yang diperbuat daripada lima bahan iaitu kertas, buluh, kaca, keluli tahan karat dan plastik. Penemuan mendapati, majoriti jenama iaitu sebanyak 27 daripada 39 jenama atau 69 peratus jenama straw yang diuji mengandungi PFAS.

Bahan kimia dikesan di penyedut minuman kertas

Penyedut minuman kertas kebanyakannya dilaporkan mengandungi PFAS dengan bahan kimia dikesan dalam 90 peratus daripada jenama yang diuji. Selain itu, PFAS juga dikesan dalam empat daripada lima straw buluh, tiga daripada empat jenama straw plastik dan dua daripada lima straw kaca.

Jadi Penyebab Kanser, Elak Guna Straw Kertas
Sumber: facebook

Penemuan bahan kimia dalam hampir setiap jenama straw kertas berkemungkinan digunakan sebagai salutan kalis air. Kajian itu bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada PFAS akan meresap keluar dari penyedut minuman ke dalam bentuk cecair atau tidak.

Menurut sumber, PFAS yang paling biasa ditemui adalah asid perfluorooctanoic (PFOA) dan ia telah diharamkan di seluruh dunia sejak 2020 lalu.

Turut dikesan ialah asid trifluoroacetic (TFA) dan asid trifluoromenthanesulfonic (TFMS). PFAS dikesan sangat mudah larut dalam air dan ia mungkin telah meresap keluar daripada penyedut minuman lalu bercampur dengan minuman.

Jangan guna selalu, jadi risiko kesihatan tidak begitu teruk

Penyelidik turut menyatakan bahawa, disebabkan pengguna kebanyakannya menggunakan penyedut minuman sekali sekala, risiko kepada kesihatan manusia tidak begitu teruk.

Namun, PFAS dikatakan boleh kekal di dalam badan manusia selama bertahun-tahun dan kepekatannya boleh meningkat dari semasa ke semasa. PFAS digunakan untuk membuat produk harian, daripada pakaian luar hingga kuali tidak melekat, tahan air, haba dan noda.

Digelar bahan kimia selama-lamanya, boleh mendatangkan banyak penyakit

Ia rosak dengan sangat perlahan dari semasa ke semasa dan boleh bertahan selama beribu-ribu tahun dalam alam sekitar. Sifat ini telah menyebabkan ia dikenali sebagai “bahan kimia selama-lamanya”.

Malah, ia juga dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan, termasuk tindak balas yang lebih rendah terhadap vaksin, kadar kelahiran rendah, penyakit tiroid, peningkatan paras kolesterol, kerosakan hati, kanser buah pinggang dan kanser testis.

“Sebilangan kecil PFAS, walaupun tidak berbahaya ia boleh menambah beban kimia yang sedia ada di dalam badan,” ujar Groffen menurut sumber.

“Kami tidak mengesan sebarang PFAS dalam penyedut keluli tahan karat, jadi saya akan menasihati pengguna untuk menggunakan penyedut minuman jenis ini atau elakkan menggunakan penyedut minuman sama sekali.

Sumber: google

“Straw yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan, seperti kertas dan buluh, sering diiklankan sebagai lebih mampan dan mesra alam berbanding yang diperbuat daripada plastik.

“Bagaimanapun, kehadiran PFAS dalam penyedut minuman ini bermakna itu tidak semestinya benar,” kata Groffen lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pelaksanaan Kempen Bebas Beg Plastik, Diharamkan Sepenuhnya 2025
Straw Bakal Dilarang Di Kuching? Ini Adalah 7 Straw Alternatif Yang Anda Boleh Guna
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pantas Dan Mudah, Individu Ini Kongsi 4 Kad Untuk Pembayaran ‘Cashless’ Ketika Melancong
Next Article Siap Ada Pesta Air Dan Pelbagai Aktiviti Menarik, Karnival Sibu Jaya Berlangsung Hingga 8 Oktober Ini

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?