• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jadikan Karung Guni Sebagai Bagasi, Menteri Pendidikan Ambil Tindakan Segera Bantu Pelajar UMS

Oleh
Farisha
30 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelajar UMS daftar masuk bawa bagasi karung guni buat ramai sebak

Jadikan Karung Guni Sebagai Bagasi, Menteri Pendidikan Ambil Tindakan Segera Bantu Pelajar UMS. Baru-baru ini tular kisah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang membawa barang-barangnya dalam karung guni semasa pendaftaran telah menarik perhatian ramai, termasuk Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek. Pelajar tersebut, Rafida Zaiddin, berasal dari Sandakan, Sabah dan kini mengambil jurusan perakaunan di UMS.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Menteri Pendidikan telah bertindak segera setelah mengetahui keadaan Rafida. Beliau telah menghubungi Rafida secara peribadi dan mengambil langkah untuk menguruskan segala keperluan kewangan dan material yang diperlukan untuk meneruskan pengajiannya.

Jadikan Karung Guni Sebagai Bagasi, Menteri Pendidikan Ambil Tindakan Segera Bantu Pelajar UMS
Sumber foto: Sabah Info. Jadikan Karung Guni Sebagai Bagasi, Menteri Pendidikan Ambil Tindakan Segera Bantu Pelajar UMS

Menteri Pendidikan jamin pengajian pelajar UMS sehingga tamat pengajian

YB Fadhlina Sidek memuji Rafida sebagai seorang pelajar yang cerdik, dengan keputusan peperiksaan yang membanggakan semasa di Matrikulasi Labuan. Beliau juga menyatakan bahawa kisah Rafida ini amat dekat di hatinya, terutamanya kerana pada hari yang sama, beliau juga menghantar anak sulungnya ke universiti.

Menteri Pendidikan memberi jaminan bahawa Rafida tidak perlu risau tentang pengajiannya. Semua keperluan telah diuruskan dengan baik sehingga beliau tamat pengajian. YB Fadhlina Sidek turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam melaporkan keadaan Rafida, termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Cikgu Rahman, dan Dr Abdullah Bade, seorang pensyarah UMS.

Kisah Rafida ini telah menjadi peringatan penting tentang perjuangan pendidikan yang manusiawi sebagai kekuatan Malaysia. Menteri Pendidikan mengakhiri pesanannya dengan kata-kata semangat kepada Rafida, “Fly high, stand tall Rafida”.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Terpaksa Redah Becak Dan Banjir, Kisah Pelajar Di Pedalaman Sabah Ini Raih Simpati Netizen
Hutang Jiran Demi Teman Anak Ambil ‘Result’ STPM, Kisah Pelajar Cemerlang Dari Sabah Ini Sentuh Hati Netizen
SUMBER :Sabah Info
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih 20 Laluan Penerbangan Antarabangsa Baharu Bakal Dibuka Untuk Tarik Pelancong Ke Malaysia
Next Article Fasa Pertama Projek Jalan Samaram - Kapit Dijangka Siap Menjelang 2026 Fasa Pertama Projek Jalan Samaram – Kapit Dijangka Siap Menjelang 2026

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?