• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pergerakan Semasa Hari Raya Penyebab Kuching Jadi Penyumbang Terbesar Kes Positif COVID19 Sarawak Hari Ini

Oleh
ILB - AI
22 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak catat 749 kes baharu positif COVID19 hari ini

Pergerakan Semasa Hari Raya Penyebab Kuching Jadi Penyumbang Terbesar Kes Positif COVID19 Hari Ini. Sarawak mencatatkan 749 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah
446 atau 59.55 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching, Sibu, Miri dan Mukah, menurut siaran media rasmi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak.

Kes yang tinggi di Daerah Kuching adalah terdiri daripada kes-kes yang dikesan mempunyai kontak dengan kes-kes positif sebelum ini (melebihi 95 peratus) yang kebanyakannya merupakan ahli keluarga melibatkan pergerakan semasa Hari Raya yang lalu.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kuching (149), Sibu (125), Miri (93), Mukah (79), Kanowit (49), Bintulu (48), Belaga (37), Sri Aman (24), Samarahan (21), Kapit (20), Selangau (16), Serian (11), Betong (11), Sebauh (10), Pakan (10), Subis (10), Tatau (7), Beluru (5), Asajaya (5), Bau (3), Pusa (3), Bukit Mabong (2), Saratok (2), Julau (2), Daro (2), Sarikei (1), Dalat (1), Lundu (1), Song (1) dan Meradong (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 41,620 kes.

Daripada 749 kes baharu yang dilaporkan, seramai 80 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan. Manakala, seramai 615 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

Hari ini juga Sarawak mencatatkan 2 kes kematian baharu akibat COVID19. Kedua dua kes tersebut dicatatkan di Hospital Miri melibatkan warga emas yang berusia lebih dari 70 tahun. Sementara itu, 769 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 80 kluster. Sebanyak 13 kluster telah merekodkan 52 penambahan kes baharu manakala 67 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

13 kawasan termasuk kampung dan rumah rumah panjang pula akan dikenakan PKPD selama 2 minggu, 1 kawasan pula disambung dan 1 kawasan lagi telah ditamatkan hari ini.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jaga-Jaga, Sarawak Kesan Kes Varian Afrika Selatan Yang Jadi Kebimbangan WHO
Next Article Sambutan Hari Raya Dan Gawai Di Sarawak : 1 Hari Sahaja, Maksima 20 Orang 1 Hari TERKINI : 2 Kluster Hari Raya Aidilfitri Dicatatkan Di Sarawak Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?