• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jaguh Bina Badan Sarawak Rangkul 2 Pingat Emas di Maldives

Oleh
Aina Musa
23 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Jaguh Bina Badan Sarawak Rangkul 2 Pingat Emas di Maldives

Tahniah diucapkan kepada para atlet kita!

Jaguh Bina Badan Sarawak Rangkul 2 Pingat Emas di Maldives. Menerusi Kejuaraan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia Kali Ke-54 di Republik Maldives baru-baru ini, pasukan Malaysia telah berjaya memperoleh dua pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa.

Pingat emas itu telah disumbangkan oleh anak kelahiran Sarawak, Buda Anchah.

Jaguh Bina Badan Sarawak Rangkul 2 Pingat Emas di Maldives
Jaguh Bina Badan Sarawak Rangkul 2 Pingat Emas di Maldives. Kredit Foto: Utusan Sarawak

Pada kejuaraan itu, Buda telah merangkul pingat emas dalam dua acara iaitu kategori 65 kilogram (kg) dan kategori masters (50-60 tahun dengan berat sehingga 80kg).

Hadiah untuk Sarawak

Jaguh bina badan kelahiran Sarawak itu menyifatkan dua pingat emas yang dirangkulnya baru-baru ini sebagai hadiah untuk Sarawak sempena Hari Sarawak kelmarin.

Beliau menyifatkan, kemenangan itu amat bermakna bagi diri beliau kerana banyak rintangan dan halangan yang perlu dihadapi sepanjang melakukan persiapan sebelum pertandingan itu diadakan.

Jaguh Bina Badan Sarawak Rangkul 2 Pingat Emas di Maldives
Jaguh Bina Badan Sarawak Rangkul 2 Pingat Emas di Maldives. Kredit Foto: FB Ronny Buda

Tambah beliau, kemenangan tersebut turut dirai bagi memadam kekecewaan yang dialaminya dalam Sukan SEA Vietnam pada Mei lalu.

Atlet Sarawak lain turut membanggakan nama Sarawak

Selain Buda Anchah, Dr Malvern Abdullah yang turut berasal daripada Sarawak berjaya menyumbangkan pingat perak menerusi 2 kategori iaitu kategori Senior Men’s Bodybuilding up to 65kg dan kategori Men’s Master Bodybuilding 40-49 years up to 80 kg.

Philomena Dexclyn Siar yang juga merupakan anak kelahiran Sarawak turut berjaya meraih kedudukan “top 5” dalam acara Kategori Model Fizikal Wanita (Womens Model Physique).

Jaguh Bina Badan Sarawak Rangkul 2 Pingat Emas di Maldives
Kredit Foto: Suara Sarawak

Semoga lebih banyak lagi atlet kelahiran Sarawak pada masa hadapan sehingga mampu membanggakan nama Sarawak di mata dunia.

Kenali atlet Sarawak yang lain yang pernah mengharumkan nama Sarawak:

SUMBER :FB Suara SarawakUtusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Tahan Majikan Dera Anak, Netizen Bersyukur 5 Remaja Ini Risikokan Diri Ambil Tindakan
Next Article Pelajar SMK Methodist, Sibu Antara Wakil Malaysia Ke Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 Di Myanmar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?