• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Beberapa Jalan Utama Ditutup Pada 19 April Sempena Sambutan Aidilfitri Madani Di Kuching

Oleh
Farisha
15 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Ini laluan alternatif untuk pengunjung

Beberapa Jalan Utama Ditutup Pada 19 April Sempena Sambutan Aidilfitri Madani Di Kuching. Beberapa jalan utama di sekitar Stadium Tertutup Kuching akan ditutup sementara bermula jam 8.30 pagi pada 19 April, sempena sambutan besar-besaran Madani Aidilfitri 2025.

Acara ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan dijangka menarik kehadiran orang ramai dalam jumlah yang besar — jadi, pastikan anda bersedia dari segi perancangan perjalanan.

Beberapa Jalan Utama Ditutup Pada 19 April Sempena Sambutan Aidilfitri Madani Di Kuching
Beberapa Jalan Utama Ditutup Pada 19 April Sempena Sambutan Aidilfitri Madani Di Kuching

Jalan Yang Akan Ditutup

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, penutupan jalan ini akan melibatkan laluan utama termasuk:

  • Bulatan Resort Kesuma
  • Persimpangan dari Wisma Sumber Alam ke Stadium
  • Beberapa pintu masuk ke kawasan Stadium Tertutup

Laluan khusus yang terjejas adalah:

  • Pintu masuk depan dan belakang Jalan Stadium
  • Jalan ke arah Pandelela Rinong Aquatic Centre
  • Jalan menuju ke Padang Gasing dan Jalan Diplomatik (Squash Centre)
  • Kawasan parkir bas (bersebelahan Stadium Sarawak)
  • Jalan Stadium (Ring) ke arah kawasan parkir awam

Laluan Alternatif Untuk Pengunjung

Bagi mereka yang merancang untuk memandu ke lokasi, pihak polis telah menyediakan laluan alternatif untuk mengurangkan gangguan trafik:

  • Kenderaan dari Bulatan Sesco: Digalakkan untuk membuat pusingan-U di Bulatan Casuarina dan masuk ke Jalan Casuarina, sebelum memasuki Jalan Stadium (Ring).
  • Kenderaan dari Jalan Diplomatik: Boleh terus ke kawasan parkir yang disediakan di belakang stadium.

Laluan Keluar Selepas Acara

  • Kenderaan yang keluar dari kawasan parkir Stadium Sarawak akan diarahkan ke Jalan Diplomatik menuju ke Demak.
  • Kenderaan dari Jalan Stadium (Ring) pula akan keluar melalui Jalan Casuarina.

Nasihat Polis: Elak Parkir Di Bahu Jalan

ACP Mohd Farhan turut mengingatkan orang awam supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

“Langkah ini bertujuan untuk melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan yang dijangka semasa acara berlangsung,” ujarnya, menurut laporan media tempatan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching di talian 082-259900.

Maklumat penting

📅 Tarikh: 19 April 2025
🕗 Masa: Bermula jam 8.30 pagi hingga tamat acara
🚫 Jalan Ditutup: Sekitar Stadium Tertutup Kuching dan laluan berdekatan
➡️ Laluan Alternatif: Jalan Casuarina, Jalan Diplomatik
📞 Talian Bantuan Polis: 082-259900

Orang awam dinasihatkan untuk merancang lebih awal dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran sepanjang sambutan Aidilfitri Madani berlangsung.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kuching City FC Tawarkan Tiket Percuma, Seru Penyokong Banjiri Stadium
Tiada Stadium Baharu Di Sarawak Untuk Sukan SEA 2027, Naik Taraf Jadi Pilihan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2025 Kini Dibuka, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Next Article Ini Sumbangan Allayarham Tun Abdullah Ahmad Badawi Kepada Sabah Dan Sarawak Ini Sumbangan Allayarham Tun Abdullah Ahmad Badawi Kepada Sabah Dan Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?