• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Laluan Alternatif Disediakan Susulan Penutupan Jalan Di The Northbank

Oleh
Husna Hazmi
29 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Projek ART di Kuching menyebabkan lalauan di kawasan The Northbank ditutup

Laluan Alternatif Disediakan Susulan Penutupan Jalan Di The Northbank. Dilaporkan, penutupan jalan di kawasan The Northbank telah menyebabkan beberapa laluan alternatif disediakan bagi memudahkan pergerakan penduduk setempat, menurut Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro).

Penutupan ini diperlukan untuk pembinaan stesen Autonomous Rapid Transit (ART) di kawasan berhampiran Avona Residence serviced apartments. Sarawak Metro memaklumkan bahawa penutupan tersebut akan kekal sehingga pembinaan Stesen SM07 selesai.

Laluan Alternatif Disediakan Susulan Penutupan Jalan Di The Northbank
Laluan Alternatif Disediakan Susulan Penutupan Jalan Di The Northbank

Sebahagian Projek KUTS Blue Line

Stesen ART ini adalah sebahagian daripada pembangunan Blue Line Package 1 di bawah Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS). Kontraktor utama projek ini, iaitu usaha sama antara Ibraco Construction Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (ICJV), telah bertemu dengan beberapa penduduk yang terjejas untuk memberikan penjelasan tentang penutupan jalan dan laluan alternatif yang disediakan.

Penduduk yang terlibat termasuklah penghuni Avona Residence dan pengendali perniagaan di kawasan kedai berhampiran. Sarawak Metro memberi jaminan bahawa mereka bersama kontraktor projek akan berusaha mengurangkan gangguan lalu lintas sepanjang tempoh pembinaan.

Laluan Alternatif Disediakan Susulan Penutupan Jalan Di The Northbank

Usaha Melibatkan Penduduk Setempat

Sarawak Metro turut menekankan bahawa mereka akan terus berkomunikasi dengan penduduk yang terkesan untuk memastikan semua pihak mendapat maklumat terkini tentang perkembangan projek ini.

“Blue Line dari Rembus di Kota Samarahan ke Hikmah Exchange sedang dibangunkan dalam dua pakej. Package 1 melibatkan kerja-kerja pembinaan infrastruktur dari Rembus ke Stutong, manakala Package 2 dari Stutong ke Hikmah Exchange di pusat bandar,” jelas Sarawak Metro.

Projek ini juga merangkumi pelebaran jalan dan penambahbaikan infrastruktur lain bagi meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya.

Laluan Alternatif Disediakan Susulan Penutupan Jalan Di The Northbank

Keluhan Netizen

Dalam sesi siaran langsung Datuk Wee Hong Seng, Datuk Bandar Kuching Selatan, bertajuk Shall WEE Talk, beberapa netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penutupan jalan di kawasan The Northbank. Wee mengakui bahawa penutupan ini menimbulkan ketidakselesaan, terutamanya kepada pengguna jalan raya yang terjejas.

Walaubagaimanapun, Sarawak Metro menegaskan bahawa langkah ini penting untuk menjayakan pembinaan stesen dan lorong khas ART, yang dijangka meningkatkan sistem pengangkutan di Kuching pada masa hadapan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Majlis Olimpik Malaysia Mahu Lokasi Pertandingan Sukan SEA Dihimpunkan Di Kuching
Suspek Ragut Rempuh Pagar Besi, Maut Dalam Cubaan Melarikan Diri Di Batu Kawa

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Syurga Alam Untuk Ditakluki, Ini 5 Destinasi Gunung Tertinggi Di Sabah Syurga Alam Untuk Ditakluki, Ini 5 Destinasi Gunung Tertinggi Di Sabah
Next Article 7 Unit Kuarters Di Kem PGA Lanang Sibu Hangus Dijilat Api

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?