• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disyaki Diletak Dengan Sengaja, Jalan Ke Semporna Dipenuhi Batu Dan Paku

Oleh
Farisha
21 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Pemandu dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, manakala pihak berkuasa diseru untuk mengambil tindakan segera.

Disyaki Diletak Dengan Sengaja, Jalan Ke Semporna Dipenuhi Batu Dan Paku. Sebuah hantaran di media sosial baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna Facebook berkongsi situasi yang cukup mengejutkan.

Dalam video tersebut, individu berkenaan menunjukkan jalan menuju ke Semporna yang didakwa dipenuhi dengan batu, paku, bahkan kayu.

Disyaki Diletak Dengan Sengaja, Jalan Ke Semporna Dipenuhi Batu Dan Paku
Disyaki Diletak Dengan Sengaja, Jalan Ke Semporna Dipenuhi Batu Dan Paku. Sumber foto: Sabah Info

Menurut perkongsiannya, kejadian ini telah menyebabkan ramai pemandu terpaksa berhenti kerana tayar kereta mereka terkena paku dan rosak.

“Hati-hati di kawasan sini,” tulis individu itu, sambil memberikan amaran kepada pengguna jalan raya lain agar lebih berwaspada apabila melalui kawasan berkenaan.

Ramai netizen turut meninggalkan komen dengan pelbagai reaksi, rata-rata meminta pihak berkuasa segera mengambil tindakan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Sindiket la tu. Mcm tak biasa. Sengaja letak di sana,” tulis seorang netizen.

“Hati2 semua ada motif kali, semoga semua dalam keadaan baik-baik,” tambah seorang lagi.

Sehingga kini, masih belum ada langkah-langkah yang akan diambil untuk menyelesaikan isu ini. Namun, kejadian ini jelas menimbulkan rasa bimbang, terutamanya bagi mereka yang sering menggunakan laluan tersebut.

Tip Keselamatan:

  1. Periksa Tayar Secara Berkala – Pastikan tayar anda dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
  2. Bawa Peralatan Kecemasan – Sentiasa sediakan alat ganti seperti tayar spare, jack, dan alat pembaikan mudah.
  3. Berhati-hati Di Laluan Gelap – Kawasan terpencil atau kurang pencahayaan memerlukan perhatian lebih.
  4. Lapor Kepada Pihak Berkuasa – Jika anda menemui halangan seperti ini, segera maklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Harapnya isu ini dapat diselesaikan dengan segera untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Jangan lupa, sentiasa berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga ketika memandu.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kes Khianat Pecah Cermin Kereta Di Jalan BDC Kuching, Suspek Berusia 34 Tahun Ditahan
4 Buah Kereta Kena Pecah Cermin Di Tempat Letak Kenderaan Berhadapan Majma Mall Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bangunan Bersejarah Darul Kurnia Bakal Dijadikan Muzium Di Kuching Bangunan Bersejarah Darul Kurnia Bakal Dijadikan Muzium Di Kuching
Next Article Jakel Bakal Buka Dua Cawangan Di Sarawak, Dijangkakan Di Miri Dan Kuching Jakel Bakal Buka Dua Cawangan Di Sarawak, Dijangkakan Di Miri Dan Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?