• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guru Dan Petugas Kesihatan Mohon Jalan Teruk Tidak Rata Di Lusong Laku Diperbaiki Segera

Oleh
Nazihah AN
11 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Guru Dan Petugas Kesihatan Mohon Jalan Teruk Tidak Rata Di Lusong Laku Diperbaiki Segera

Jalan yang digunakan becak, tanah merah yang berlubang dan tidak rata

Guru Dan Petugas Kesihatan Mohon Jalan Teruk Tidak Rata Di Lusong Laku Diperbaiki Segera. Dalam usaha menyara hidup dan memberikan khidmat kepada komuniti pedalaman, penduduk, guru, serta petugas kesihatan di Lusong Laku terpaksa meredah jalan tanah merah yang berlubang, becak dan amat berbahaya setiap hari.

Keadaan ini bukan sahaja mencabar mental dan fizikal, malah boleh mendatangkan risiko nyawa.

Guru Dan Petugas Kesihatan Mohon Jalan Teruk Tidak Rata Di Lusong Laku Diperbaiki Segera

Guru, petugas kesihatan dan penduduk terpaksa guna jalan rosak teruk di Belaga

Satu hantaran Facebook yang tular dari pengguna bernama Jenifer Lawrence menerusi kumpulan Sarawak Awareness Group memaparkan gambar-gambar terkini keadaan jalan pada 8 dan 9 April 2025. Jalan yang berlumpur dan rosak teruk itu menjadi laluan utama keluar masuk ke bandar dari kawasan Lusong Laku, Belaga.

“Tiada pilihan lain. Demi sesuap nasi, kami tempuh juga jalan yang mencabar ini,” luah seorang warga pendidik SK Lusong Laku.

Jalan ‘hidup atau mati’ untuk ke bandar

Dalam hantaran berkenaan, turut disebut bahawa guru-guru dari SK Lusong Laku dan kakitangan Klinik Kesihatan Lusong Laku (KKLL) menggunakan jalan ini saban minggu untuk keluar ke bandar Bintulu dan kembali bertugas ke sekolah atau klinik masing-masing. Dengan tiada jalan alternatif yang lebih selamat, laluan ini menjadi nadi perhubungan mereka – walaupun penuh risiko.

Jalan yang berlumpur, bertakung air dan ada sebahagian struktur kayu yang sudah reput digambarkan sebagai “jalan yang sering berlaku kemalangan” oleh warga tempatan.

Tuntutan tindakan segera: “Kami tidak minta kemewahan, hanya keselamatan“

Aduan itu ditujukan kepada pihak berkuasa termasuk YB Datuk Wilson Ugak Kumbong, ADUN Murum Chuk Pai Ugon Kennedy serta Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, agar segera memperbaiki laluan ini demi keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

Pengguna media sosial turut menyuarakan kekesalan terhadap kelewatan tindakan pihak bertanggungjawab.

“Minta jasa baik menteri2 dahulukan kawasan perdalaman spt tok..” ujar seorang netizen.

“Kalau di beri contractor company china gerenti dapat di buat walaupun selicin atau sempit pasti jalan. Ini dari zaman moon masih jalan mcm ini sampai sekarang,” tambah seorang lagi secara sinis.

Rakyat terus tabah, pemimpin perlu peka

Walaupun dihimpit kesukaran, penduduk Lusong Laku kekal tabah dan terus berbakti. Namun, kesabaran mereka jelas kian teruji. Hantaran yang tular ini menjadi simbol suara rakyat luar bandar yang selama ini kurang mendapat perhatian.

Persoalannya kini: sampai bila perlu redah lumpur demi amanah dan sesuap nasi?

Baca juga cerita semasa di bawah:

Ayah Maut, Anak Cedera Parah Ketika Cuba Bantu Mangsa Kemalangan Jalan Tun Jugah
Pertandingan Teluwaih Jinih Sempena Pesta Kaul 2025 Kembali Dianjurkan Di Mukah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ditahan Miliki 7 Kilogram Serbuk Daun Dan Air Ketum Di Tawau
Next Article Ramai Sangka Murid Rupanya Guru Besar Di Sarawak, Wajah Baby Face Cikgu Elrine Curi Perhatian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?