• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jalan Utama ke Masjid Darul Ibadah Batu Kawa Akan Ditutup Selama 4 Minggu Mulai Esok

Oleh
Farisha
28 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Masjid Darul Ibadah Batu Kawa akan ditutup mulai 29 April sehingga 27 Mei 2025, ini apa anda perlu tahu

Jalan Utama ke Masjid Darul Ibadah Batu Kawa Akan Ditutup Selama 4 Minggu Mulai Esok. Kalau anda selalu lalu jalan utama ke Masjid Darul Ibadah Batu Kawa, ini berita penting: mulai 29 April 2025, jalan utama ke masjid itu akan ditutup sementara selama empat minggu. Penutupan ini dijangka berakhir pada 27 Mei 2025.

Kenapa tutup? Ini semua sebab ada projek naik taraf besar-besaran untuk sistem saliran di kawasan Batu Kawah. Projek ini di bawah fasa pertama Infrastructure Improvement Project, yang diselia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak.

Jalan Utama ke Masjid Darul Ibadah Batu Kawa Akan Ditutup Selama 4 Minggu Mulai Esok
Jalan Utama ke Masjid Darul Ibadah Batu Kawa Akan Ditutup Selama 4 Minggu Mulai Esok. Sumber foto: Dayakdaily

Apa Yang Sedang Berlaku?

Menurut notis yang dikeluarkan oleh DID Sarawak, kerja-kerja naik taraf ini melibatkan menaik taraf longkang tepi jalan sepanjang laluan utama ke masjid. Dengan kata lain, nak pastikan sistem saliran lebih mantap dan kurang risiko banjir di masa depan.

Jadi sepanjang tempoh ini, memang akan ada penutupan penuh. Tapi jangan risau, pengguna jalan akan diberikan laluan alternatif seperti yang dinyatakan dalam Appendix A (kalau anda perlukan info lanjut, mungkin boleh semak dengan pihak berkenaan).

Pemandu, Sila Berhati-Hati

Semua pemandu yang melalui kawasan pembinaan diminta untuk:

  • Berhati-hati ketika memandu berhampiran tapak projek,
  • Ikut arahan pengurusan trafik yang telah disediakan,
  • Rancang perjalanan lebih awal supaya tidak terperangkap dalam kesesakan.

DID Sarawak juga pesan: kalau ada perubahan dari segi tarikh, masa, atau kawasan yang terlibat, mereka akan maklumkan secepat mungkin.

Ada Sebarang Pertanyaan?

Kalau anda ada soalan, aduan atau perlukan info lanjut, boleh hubungi:

  • DID Sarawak di 082-243241, atau
  • Wawasan Capital Sdn Bhd di 082-577798 (waktu pejabat sahaja).

Kalau anda ada urusan ke Masjid Darul Ibadah Batu Kawa dalam tempoh 29 April hingga 27 Mei nanti, rancang perjalanan anda lebih awal ya! Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda sepanjang tempoh naik taraf ini.

Baca juga artikel yang berkaitan projek naik taraf di Sabah dan Sarawak:

Projek Naik Taraf Jalan Donggongon–Tambunan Dijangka Siap Oktober 2026
Kuching Civic Centre Bakal Dinaik Taraf Mulai Bulan Julai Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jambatan Rambungan Dijangka Siap Julai 2026, 9 Bulan Lebih Awal Daripada Jadual Asal Jambatan Rambungan Dijangka Siap Julai 2026, 9 Bulan Lebih Awal Daripada Jadual Asal
Next Article Banduan Bintulu Terima Pengampunan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Banduan Bintulu Terima Pengampunan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?