• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jalan Utama Retak Kesan Paip Gas SSGP Meletup Di Lawas, Segera Dibaiki Demi PRU Sabtu Ini

Oleh
ILB - AI
17 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Jalan utama retak akibat letupan gas paip SSGP semalam

Jalan Utama Retak Kesan Paip Gas SSGP Meletup Di Lawas, Segera Dibaiki Demi PRU Sabtu Ini. Sebelum kita digemparkan dengan kejadian letupan paip gas milik Sabah-Sarawak yang terletak di Ulu Berikau, Lawas yang telah menewaskan seorang pekerja Indonesia dan 3 lagi cedera parah.

Kesan daripada letupan tersebut juga, jalan utama yang menjadi nadi pengangkutan darat untuk masyarakat terutamanya masyarakat kaum Lun Bawang di Lawas telah mengalami keretakan yang agak teruk.

Jalan Utama Retak Kesan Paip Gas SSGP Meletup Di Lawas, Segera Dibaiki Demi PRU Sabtu Ini
Jalan Utama Retak Kesan Paip Gas SSGP Meletup Di Lawas, Segera Dibaiki Demi PRU Sabtu Ini. Sumber gambar: BORNEO POST online

Kontraktor giat membaiki jalan kerana tidak dapat dilalui, untuk memudahkan pergerakan juga terutamanya demi kelangsungan PRU Sabtu kelak

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Encik Azman Ibrahim, keretakan yang berlaku di jalan yang berdekatan dengan Berikau, Lawas tersebut dipercayai kerana berlakunya pergerakan tanah di kawasan tersebut kesan daripada letupan paip gas semalam.

Jalan Utama Retak Kesan Paip Gas SSGP Meletup Di Lawas, Segera Dibaiki Demi PRU Sabtu Ini. Sumber gambar: BORNEO POST online

Oleh kerana berlakunya keretakan tersebut, jalan tersebut juga tidak dapat dilalui oleh mana-mana kenderaan. Bahkan, jalan itu juga tidak dapat dilalui kerana pihak kontraktor sedang giat melakukan proses pembaikan jalan.

Memandangkan jalan tersebut merupakan jalan utama menghubungkan bahagian Lawas dengan Ba Kelalan dan kawasan berdekatan, proses pembaikan harus segera dilakukan untuk memudahkan pergerakan masyarakat setempat.

Bukan itu sahaja, pada Sabtu kelak, negara akan menjalankan hari pengundian umum dan ini juga antara sebab mengapa proses pembaikan harus dilaksanakan segera supaya tidak menjejaskan aktiviti pengundian di bahagian Lawas kelak.

Di Sarawak, seperti banyak juga kejadian terputusnya hubungan antara 2 tempat kerana jalan utama yang digunakan mengalami permasalahan dan boleh baca tentang kejadian tersebut di dalam artikel dibawah:

Hujan Berterusan, Jalan Kejapil Di Bekenu Terputus Akibat Tanah Runtuh
Jambatan Runtuh, Hujan Lebat Berterusan Punca Laluan Ke Tanah Tinggi Lawas Terputus
SUMBER :BORNEO POST online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rugi RM850K, Kerani Dari Sibu Ditipu Scam Kereta Terpakai Dalam Talian Rugi RM850K, Kerani Dari Sibu Ditipu Scam Kereta Terpakai Dalam Talian
Next Article Tular Selipar Terpakai Milik Pengasas Apple Dilelong Hampir 1 Juta Tular Selipar Terpakai Milik Pengasas Apple Dilelong Hampir 1 Juta

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?