• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Projek Jambatan Batang Lassa Sepanjang 2.43 Kilometer Siap Disember Ini

Oleh
Aina Musa
8 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Projek Jambatan Batang Lassa Sepanjang 2.43 Kilometer Siap Disember Ini

Hubungkan Pulau Bruit dengan Pekan Daro

Projek Jambatan Batang Lassa Sepanjang 2.43 Kilometer Siap Disember Ini. Kerja-kerja pembinaan Jambatan Batang Lassa menghubungkan Pulau Bruit dengan pekan Daro melalui rangkaian jalan pesisir dijangka dapat disiapkan pada Disember ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro Safiee Ahmad berkata setakat 25 Mac lepas, projek Kerajaan Sarawak itu sudah mencapai tahap 91.36 peratus siap.

Projek Jambatan Batang Lassa Sepanjang 2.43 Kilometer Siap Disember Ini. Sumber: Astro Awani

Beliau berkata Jambatan Batang Lassa merupakan antara tiga projek jambatan dibina kerajaan negeri di kawasan pesisir iaitu Jambatan Batang Paloh dalam kawasan DUN Semop dan Jambatan Batang Igan dalam kawasan DUN Jemoreng.

“Insya-Allah sambutan Aidilfitri pada 2025, rakyat tidak perlu lagi menggunakan feri di Muara Batang Lassa seperti sekarang,” katanya kepada Bernama ketika ditanya perkembangan terkini projek pembinaan jambatan berkenaan.

Projek pembinaan Jambatan Batang Lassa menyeberangi Batang Lassa sepanjang 2.43 kilometer merupakan jambatan terpanjang menyeberangi sungai di Sarawak melibatkan kos RM597.58 juta dan telah dirasmikan pembinaannya pada 2019.

Sementara itu, Safiee berkata menjelang Aidilfitri ini, perkhidmatan feri ditambah daripada dua kepada tiga feri manakala waktu operasi juga dilanjutkan dari 4 pagi hingga 12 tengah malam bagi menampung jumlah peningkatan kenderaan.

Beliau berkata dengan penambahan feri dan waktu beroperasi, masa menunggu giliran kenderaan memasuki feri menjadi singkat lebih kurang 30 minit sahaja.

Baca lagi artikel menarik:

Jambatan Marudi Sepanjang 650 Meter Kini Siap 73 Peratus
Rentas Sungai Kemena Bintulu, Jambatan Sebauh Dijangka Siap Ogos 2025
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kecoh Logo Menyerupai Kalimah Allah Di Tapak Kasut, Ini Kenyataan Rasmi Vern's Kecoh Logo Menyerupai Kalimah Allah Di Tapak Kasut, Ini Kenyataan Rasmi Vern’s
Next Article Tular Sekumpulan Lelaki Bertopeng Siap bawa Senjata Di Jalan Stakan Undang Kerisauan Netizen Tular Sekumpulan Lelaki Bertopeng Siap bawa Senjata Di Jalan Stakan Undang Kerisauan Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?