• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Tular Sekumpulan Lelaki Bertopeng Siap bawa Senjata Di Jalan Stakan Undang Kerisauan Netizen

Oleh
Aina Musa
8 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Sekumpulan Lelaki Bertopeng Siap bawa Senjata Di Jalan Stakan Undang Kerisauan Netizen

Kelibat lelaki disyaki perompak

Tular Sekumpulan Lelaki Bertopeng Siap bawa Senjata Di Jalan Stakan Undang Kerisauan Netizen. Semalam, satu kejadian yang mengejutkan telah menggemparkan penduduk di sekitar Jalan Stakan apabila sebuah video yang menunjukkan empat lelaki bertopeng dengan membawa senjata tersebar melalui media sosial.

Video yang dikongsikan oleh Sarawak Roads Update (SRU) di laman Facebook mereka telah menyebabkan kebimbangan di kalangan orang awam.

Tular Sekumpulan Lelaki Bertopeng Siap bawa Senjata Di Jalan Stakan Undang Kerisauan Netizen. Sumber: FB Sarawak Roads Update

Menurut keterangan dalam video tersebut, kelibat empat lelaki bertopeng itu dilihat meronda di sekitar kawasan Jalan Stakan Perdana, Lorong Stakan Perdana 2E3.

Mereka dilihat dua kali berkeliaran di lokasi yang sama, menambahkan kebimbangan penduduk tempatan tentang tujuan sebenar kehadiran mereka.

Dalam klip tersebut, terlihat mereka memakai pakaian hitam serba lengkap dengan topeng hitam serta membawa senjata, menyebabkan spekulasi bahawa mereka mungkin berniat jahat seperti merompak.

Menerusi satu lagi posting daripada pihak SRU, mereka telah meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu-individu tersebut.

Namun, sehingga berita ini disiarkan, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian ini.

Oleh itu, orang ramai diminta supaya berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Baca lagi artikel menarik:

Kecoh Logo Menyerupai Kalimah Allah Di Tapak Kasut, Ini Kenyataan Rasmi Vern’s
Bungkus Dalam Plastik Hitam, Lelaki Selamba Curi 3 Beg Tangan Di Tawau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Projek Jambatan Batang Lassa Sepanjang 2.43 Kilometer Siap Disember Ini Projek Jambatan Batang Lassa Sepanjang 2.43 Kilometer Siap Disember Ini
Next Article Rumah Dihias Penuh Dengan Lampu Raya Di Kabong Ini Tarik Perhatian Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?