• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jambatan Batang Rajang Hubungkan Kuching-Daro Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Mulai 27 Mac 2025

Oleh
Nazihah AN
24 Mac 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Jambatan Batang Rajang Hubungkan Kuching-Daro Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Mulai 27 Mac 2025

Jambatan Batang Rajang Dibuka Sempena Aidilfitri – Perjalanan Kini Lebih Singkat

Jambatan Batang Rajang Hubungkan Kuching-Daro Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Mulai 27 Mac 2025. Jambatan Batang Rajang, juga dikenali sebagai Jambatan Pasi, akan dibuka sementara kepada orang ramai selama dua minggu bermula 27 Mac 2025 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Namun sebelum itu, tarikh asalnya 28 Mac 2025 telah diawalkan ke 27 Mac 2025 masa dan waktu yang sama. Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama menyaksikan simbol kemajuan infrastruktur pesisir Sarawak ini.

Jambatan Batang Rajang Hubungkan Kuching-Daro Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Mulai 27 Mac 2025

Berita baik buat penduduk yang sebelum ini perlu melalui Sibu jika menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo dari Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei atau Saratok

Pembukaan ini memberikan berita baik kepada penduduk pesisir Rajang, Pulau Bruit, Matu, dan Daro, yang sebelum ini perlu melalui Sibu jika menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo dari Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei atau Saratok. Dengan pembukaan sementara ini, perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis hanya akan mengambil masa kira-kira 45 minit, berbanding dua hingga tiga jam jika perlu melalui Sibu. ​

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, menjelaskan bahawa pembukaan sementara ini telah mendapat persetujuan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati kemudahan ini untuk pulang beraya. Beliau menambah bahawa hanya beberapa bahagian jalan masih perlu dinaik taraf, tetapi secara keseluruhannya, projek ini berada dalam keadaan memuaskan. ​

Projek bernilai RM321 juta ini dijangka memberi impak besar kepada penduduk tempatan dan pertumbuhan ekonomi kawasan pesisir Sarawak. Setelah projek siap sepenuhnya nanti, jarak perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis akan berkurang kepada 50 km dengan masa perjalanan hanya kira-kira 45 minit. Ini jauh lebih singkat berbanding laluan semasa yang melibatkan jarak 141 km dan mengambil masa lebih dua jam setengah melalui Sibu. ​

Jambatan Batang Rajang Hubungkan Kuching-Daro Bakal Dibuka Untuk Orang Ramai Mulai 27 Mac 2025

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata projek ini merupakan sebahagian daripada pembangunan jalan pesisir negeri yang bakal mengurangkan jarak perjalanan dengan ketara. Beliau menambah bahawa kerajaan negeri sedang membina 14 jambatan serta satu jejambat dan kemungkinan struktur lain bernilai RM11 bilion yang dibiayai dana negeri. ​

Dengan pembukaan sementara jambatan ini, penduduk setempat dapat menikmati perjalanan yang lebih pantas dan mudah sempena Hari Raya Aidilfitri. Ini juga menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam meningkatkan infrastruktur dan kesalinghubungan di kawasan pesisir Sarawak.​

Baca juga artikel semasa di bawah:

Berusia Hampir 40 Tahun, Pasar Sibuga Jaya Di Sandakan Bakal Dinaik Taraf
MAWILLA 4 TLDM Baharu Bakal Dibina Di Muara Tebas

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Pemilik Kedai Pizza Di Kuching Hanya Beri Masa 10 Minit Untuk Pekerja Muslim Solat Jumaat
Next Article Penduduk Kampung Di Sabah Bina Jambatan Guna Buluh Sebagai Tiang Raih Perhatian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?