• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berusia Hampir 40 Tahun, Pasar Sibuga Jaya Di Sandakan Bakal Dinaik Taraf

Oleh
Nazihah AN
24 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Berusia Hampir 40 Tahun, Pasar Sibuga Jaya Di Sandakan Bakal Dinaik Taraf

Kemudahan Usang Sejak 1980-an

Berusia Hampir 40 Tahun, Pasar Sibuga Jaya Di Sandakan Bakal Dinaik Taraf. Pasar Sibuga Jaya yang terletak di Batu 8, Sandakan bakal dinaik taraf secara berfasa oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi meningkatkan kemudahan kepada para peniaga dan pengunjung.

Presiden MPS, Walter Kenson berkata, pasar ini merupakan pasar kedua paling sibuk di Sandakan dan menjadi tumpuan utama komuniti setempat, terutamanya peniaga kecil dan pembeli dari kawasan sekitar.

Pasar Kedua Tersibuk di Sandakan ini bakal dinaik taraf

Beliau memaklumkan bahawa pemeriksaan tapak telah dijalankan susulan aduan daripada peniaga dan pengunjung yang menggunakan pasar tersebut.

“Antara masalah utama yang perlu diberi perhatian segera adalah sistem paip, pembetungan, pendawaian elektrik, lantai, dan meja gerai.

“Tidak dinafikan bahawa isu-isu ini merupakan tanggungjawab MPS. Sejak pembinaan pasar ini pada tahun 1980-an, banyak kemudahan dan infrastruktur belum pernah dinaik taraf,” katanya kepada pihak media selepas melakukan lawatan ke pasar berkenaan pada Jumaat lalu.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Jaffari Waliam yang menyambut baik komitmen MPS untuk menaik taraf pasar tersebut demi keselesaan semua pihak.

Datuk Jaffari menegaskan bahawa Pasar Sibuga Jaya memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang perniagaan, khususnya kepada golongan B40 untuk menjana pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup mereka.

“Pasar ini juga menjadi lokasi utama bagi penduduk tempatan mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.

“Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan infrastruktur terbaik kepada rakyat. Kami akan berusaha memastikan kerja-kerja menaik taraf ini direalisasikan selaras dengan arahan Ketua Menteri agar rakyat hidup dalam keadaan yang selesa,” katanya.

Dengan usaha penambahbaikan ini, Pasar Sibuga Jaya dijangka akan menjadi lebih kondusif serta mesra pengguna – bukan sahaja kepada para peniaga, malah kepada seluruh komuniti Sandakan.

Baca juga cerita menarik di bawah:

Individu Didakwa Pukau Larikan Wang Dan Barang Kemas Bernilai RM30K Di Tawau Kini Diburu Polis
DBKK Naik Taraf Tiga Bulatan Di Kota Kinabalu, Replika Ikan Todak Bakal Diganti Baharu
SUMBER :Daily Express
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Individu Didakwa Pukau Larikan Wang Dan Barang Kemas Bernilai RM30K Di Tawau Kini Diburu Polis
Next Article Tular Pemilik Kedai Pizza Di Kuching Hanya Beri Masa 10 Minit Untuk Pekerja Muslim Solat Jumaat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?