Jambatan tersebut melebarkan Jalan Ajibah Abol ke simpang Jalan Haji Mataim
Jambatan Bintangor Kampung Nombor di Kuching Dilaporkan Sudah Boleh Dilalui. Jambatan yang telah sekian lama menjalani proses pembinaan di Kampung Nombor Kuching kini dilaporkan sudah boleh dilalui oleh kenderaan awam.
Pendedahan ini dibuat menerusi sebuah video orang awam di laman TikTok. Video berdurasi 46 saat itu memaparkan pemandangan dalam kenderaan ketika melalui jalan jambatan berkenaan dari arah Kuching masuk ke Kampung Nombor.

Dalam video yang sama, perjalanan jambatan berkenaan terlihat lebih panjang dan melengkung berbanding jambatan lama yang sebelum ini lurus dan lebih pendek.
Projek jambatan ini sudah bermula sejak sebelum COVID-19
Untuk pengetahuan, pembinaan jambatan yang bermula pada Disember 2019 itu tertangguh kerana pandemik Covid-19.
Objektif projek jambatan berkenaan adalah membina jambatan kabel empat lorong sepanjang 57 meter di atas Sungai Bintangor dan melebarkan laluan dua lorong tunggal yang sedia ada (601.8 meter) Jalan Datuk Ajibah Abol dari Masjid Bahagian ke simpang Jalan Haji Mataim.
Dengan selesainya projek itu nanti dijangka akan membantu meningkatkan aliran trafik dan berfungsi sebagai laluan alternatif. Menurut laporan media, projek tersebut dijadual akan siap sepenuhnya pada April 2025.
Dah boleh senyum lebar dah orang Kampung Nombor lepas ni ya…

