• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jambatan Ikonik Bintangor Di Jalan Ajibah Abol Dijangka Siap Tahun 2025

Oleh
Husna Hazmi
13 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Jambatan Bintangor bakal siap tahun depan

Jambatan Ikonik Bintangor Di Jalan Ajibah Abol Dijangka Siap Tahun 2025. Dipetik daripada berita tempatan, Jambatan ikonik Sungai Bintangor yang terletak di Jalan Datuk Ajibah Abol dijangka siap pada akhir tahun 2025.

Menurut Adun Satok Datuk Ibrahim Baki, pembinaan jambatan yang bermula pada Disember 2019 berikut telah tertangguh gara-gara pandemik Covid-19.

Jambatan Ikonik Bintangor Di Jalan Ajibah Abol Dijangka Siap Tahun 2025
Jambatan Ikonik Bintangor Di Jalan Ajibah Abol Dijangka Siap Tahun 2025. Sumber foto: X @datukhensem

Jambatan Ikonik baharu

Jambatan berkenaan merupakan jambatan ikonik yang bakal menjadi satu lagi kemudahan buat keselesaan ramai serta jalan raya di sekitar kawasannya juga akan dinaik taraf dan mempunyai landskap yang lebih baik, ujar beliau.

Oleh demikian, beliau berkata pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Pusat Acara Hikmah Exchange jambatan itu dijangka akan siap pada penghujung tahun depan.

Jambatan Ikonik Bintangor Di Jalan Ajibah Abol Dijangka Siap Tahun 2025
Sumber foto: X @datukhensem

Maklumat dari JKR dan Kontraktor

Perkara ini juga diketahui setelah pertemuan beliau dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor bagi mendapatkan maklumat perkembangan projek tersebut.

Dikatakan juga bahawa pihak JKR dan Kontraktor memberi jaminan di mana projek menaik taraf jalan tersebut akan siap tahun depan.

Sebelum ini, dilaporkan objektif projek itu untuk membina jambatan kabel empat lorong (57 meter) di atas Sungai Bintangor dan melebarkan laluan dua lorong tunggal yang sedia ada (601.8 meter) Jalan Datuk Ajibah Abol dari Masjid Bahagian ke simpang Jalan Haji Mataim.

Lagi berita menarik untuk anda di sini:

Macam Di Eropah, Jambatan Ikonik Bintangor Bernilai RM 50 Juta Dijangka Siap Tahun Depan
Tarikan Terbaharu Di Jambatan Merah Bintangor, Kini Dihiasi Dengan Warna Warni Lampu LED
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Perkara Menarik Tentang Sambutan Hari Raya Di Sarawak 5 Perkara Menarik Tentang Sambutan Hari Raya Di Sarawak
Next Article Tragedi Kepala Air, Mayat Mangsa Hilang Di Air Terjun Kampung Sebat Sematan Akhirnya Ditemui

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?