Beliau telah dilantik sebagai jurulatih perseorangan wanita Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
James Chua Anak Sarawak Pertama Dilantik Jadi Jurulatih Skuad Badminton Malaysia. Dilaporkan bekas pemain antarabangsa Sarawak, James Chua, telah dilantik sebagai jurulatih badminton negara.
Beliau merupakan warga Sarawak pertama dilantik ke jawatan ini dan akan melatih pemain badminton untuk perseorangan wanita BAM.


“Ia adalah tugas yang sangat mencabar bagi saya, tetapi saya bersedia untuk menyahut cabaran ini.” – James Chua
Menurut laporan, pelantikannya telah disahkan oleh pengaras prestasi tinggi BAM, Dr Tim Jones pada Isnin lalu. Katanya mengenai pelantikan tersebut, keputusan untuk melantik James Chua sebagai jurulatih badminton negara dibuat berdasarkan beberapa bidang utama.
Saya suka mempunyai gabungan pengalaman kejurulatihan, dan James mempunyai itu, kerana beliau telah berkhidmat dengan Pusat Latihan Badminton World Federation (BWF) di Jerman pada tahun 2009.”
tambahnya.
Bagi James Chua pula, beliau dikatakan sangat gembira dan berbesar hati ketika dilantik ke jawatan ini oleh BM.
Saya sangat gembira dan berbesar hati kerana dilantik ke jawatan ini oleh BAM dan ia adalah tugas yang sangat mencabar bagi saya. Tetapi saya bersedia untuk menyahut cabaran ini.”
katanya.
Beliau juga berharap beliau dapat membawa pemain perseorangan wanita BAM ke tahap yang lebih tinggi, dan akan memulakan tugasnya pada 18 Julai ini.


Seorang pemain badminton yang mempunyai beberapa pencapaian cemerlang
James Chua merupakan bekas juara Malaysian Open, serta salah seorang juara perseorangan lelaki Sukma yang merangkul kejuaraan di Sukma Selangor pada tahun 1998, dengan seorang lagi Pei Wee Chung dalam Sukma Sarawak pada tahun 1992.
Jurulatih yang berusia 43 tahun itu juga pernah berkhidmat dengan Persatuan Badminton Sarawak sebagai jurulatih dan juga pengurus pasukan.


Beberapa tahun kebelakangan ini, beliau pernah menyertai Program Pembangunan Muda Perbadanan Sukan Sarawak sebagai jurulatih elit dari Oktober 2022 hingga Disember 2021.
Sebelum ini, beliau pernah menjadi jurulatih untuk Private Badminton Academy (Kepong BC) dari tahun 2009 hingga 2013 dan ketua jurulatih Powerful Badminton Club dari tahun 2010 hingga 2012 dan Kelab Badminton Kepong untuk Liga Ungu Malaysia dari tahun 2015 hingga 2016.
James Chua, yang memperoleh pensijilan Sukan Sains Tahap 1 pada tahun lepas, akan menyelia pemain terkenal seperti juara Sukan SEA 2019, S Kisona, Eoon Qi Xuan, Myisha Khairul, Siti Nurushuhaini Azman dan Lee Zhing Yi.
Syabas diucapkan kepada Encik James Chua atas pelantikan ini! Semoga beliau boleh membawa pasukan badminton negara ke arah kejayaan!