• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

Oleh
Husna Hazmi
15 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Acara ini akan diadakan dengan skala besar!

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Dipetik daripada Utusan Borneo, Sarawak akan menjadi tuan rumah untuk kali ketiga Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan pada 2023 yang akan diadakan dalam skala besar, selari dengan pembukaan muzium baharu iaitu Borneo Cultures Museum.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, sejak pembukaan pertamanya kepada orang awam pada 9 Mac lalu, sehingga 13 Jun, Borneo Cultures Museum sudah menjangkau jumlah 250,000 pelawat.

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Sumber foto : FB Borneo Cultures Museum

Malah, Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur Michael Newbill baru-baru ini melawat Borneo Cultures Museum dan beliau kagum dengan muzium itu, selain menyifatkannya sebagai bertaraf antarabangsa.

“Justeru adalah wajar sekiranya kita mengadakan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan pada tahun 2023 dengan skala besar, apatah lagi apabila kita tahu bahawa setiap muzium di negeri-negeri lain di Malaysia akan menghantar delegasi yang besar untuk acara tersebut,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Jabatan Muzium Sarawak ke Hari Muzium Antarabangsa 2022 di Bangunan Baitulmalmur di Kuching, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Tazudin Mohtar.

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

Boleh memacu pelancongan domestik

Abdul Karim juga turut menambah bahawa, Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di Sarawak pada tahun depan adalah merupakan salah satu acara yang boleh dianggap memacu pelancongan domestik kerana ia akan menarik pelancong berkunjung ke tempat-tempat menarik di Negeri ini.

Delegasi muzium dari seluruh negeri di Malaysia ini datang dengan jumlah 30 ke 40 orang sekali gus menjadikannya satu acara pelancongan yang akan memberi manfaat kepada banyak sektor dalam ekonomi kita termasuk industri perhotelan, makanan dan minuman serta perkhidmatan,” jelas beliau lagi.

Dalam masa yang sama, Abdul Karim juga berkata bahawa Sarawak akan menghantar seramai 31 delegasi daripada Jabatan Muzium Sarawak ke Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kota Bahru, Kelantan bermula 16 hingga 25 Jun ini. 

Beliau menambah, acara itu akan menampilkan pelbagai aktiviti dan setiap negeri turut menghantar perwakilan mereka untuk acara tersebut.

Terdapat banyak aktiviti yang akan diadakan antaranya seminar, penglibatan komuniti, pameran dan sukan-sukan seperti badminton, bola sepak, sepak takraw, memanah, permainan dart (damak) dan karom,” ujar beliau.

Sarawak Bakal Jadi Tuan Rumah Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
Sumber Foto: The Malaysian Reserve

Sarawak sebelum ini pernah menjadi tuan rumah

Sebelum ini, Sarawak pernah menjadi tuan rumah bagi acara tersebut masing-masing pada tahun 2003 dan 2013.

Pada tahun ini, Kelantan akan menjadi tuan rumah bagi Hari Muzium Antarabangsa 2022 Peringkat Kebangsaan dan acara itu akan diadakan secara fizikal buat kali pertama, berbeza dengan tahun lalu yang diadakan secara maya kerana pandemik.

Pada tahun ini, tema antarabangsa adalah ‘The Power of Museums’ yang bertujuan membawa perubahan positif kepada komuniti melalui muzium dengan kuasa mencapai kemampanan, kuasa inovasi dalam pendigitalan dan kebolehcapaian serta kuasa pembinaan komuniti melalui pendidikan.

Chief De Mission Kontinjen Jabatan Muzium Sarawak Rhemy Romeo Jamal menerima penyerahan bendera daripada Abdul Karim pada majlis tersebut.

Baca di sini untuk mengetahui mengenai Borneo Cultures Museum:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mengugut Untuk Membunuh Isteri, Seorang Lelaki Dari Demak Laut Didenda RM1K Mengugut Untuk Membunuh Isteri, Seorang Lelaki Dari Demak Laut Didenda RM1K
Next Article Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?