• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jangan Silap Makan Panadol, Ini Jenis-Jenis Panadol Yang Wajib Kita Tahu Kegunaannya

Oleh
ILB - AI
30 Julai 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Jangan Silap Makan Panadol, Ini Jenis-Jenis Panadol Yang Wajib Kita Tahu Kegunaannya. Prihatin berkongsi maklumat tentang pelbagai jenis panadol, seorang pegawai farmasi, Amir Said tampil memberi penerangan melalui Twitter.

Isi Isi Penting
  • 1.Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)
  • 2.Panadol Optizorb (PCM 500mg)
  • 3.Panadol Extra (PCM 500mg, Caffeine 65mg)
  • 4.Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg)
  • 5.Panadol Menstrual (PCM 500mg, Pamabrom 25mg)
  • 6.Panadol Extend (PCM 665mg)

Difahamkan menurut sinarplus, di Amerika Syarikat, panadol (nama brand) atau paracetamol (PCM) dirujuk sebagai paracetamol.

Menurut laman web antarabangsa webmd.com, panadol biasanya digunakan untuk merawat sakit ringan hingga sederhana seperti sakit kepala, senggugut, sakit gigi, sakit pinggang, osteoarthritis, selesema dan pengurangan demam.

Berikut adalah beberapa jenis-jenis panadol di pasaran, serta dos dan fungsi yang disyorkan, seperti yang dikongsi oleh pegawai farmasi berkenaan.

1.Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)

Jangan Silap Makan Panadol, Ini Jenis-Jenis Panadol Yang Wajib Kita Tahu Kegunaannya
Sumber: klfoodie

Fungsi sodium adalah mempercepatkan penyerapan PCM pada usus kecil. Jadi, kita akan dapat merasakan kesannya dengan lebih cepat kerana kandungan sodium tinggi. Namun, panadol jenis itu tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi.

2.Panadol Optizorb (PCM 500mg)

Jangan Silap Makan Panadol, Ini Jenis-Jenis Panadol Yang Wajib Kita Tahu Kegunaannya
Sumber: shopee

PCM jenis itu mengandungi calcium carbonate, alginic acic dan crospovidone. Hasilnya, ubat akan lebih cepat hancur di dalam badan dan PCM lebih mudah dan cepat diserap. Kesannya dapat dirasai seawal 15 minit. PCM jenis itu tidak mempunyai sodium, jadi ia sesuai untuk pesakit darah tinggi.

  • Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.

3.Panadol Extra (PCM 500mg, Caffeine 65mg)

Jangan Silap Makan Panadol, Ini Jenis-Jenis Panadol Yang Wajib Kita Tahu Kegunaannya
Sumber: bigpharmacy

PCM dan kafein digunakan untuk mengurangkan sakit yang teramat sangat. Sesuai untuk masalah sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit gigi dan lain-lain. Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk wanita hamil dan menyusukan anak kerana mempunyai kandungan kafein.

  • Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.

4.Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg)

Sumber: google

Sesuai digunakan oleh pesakit yang sukar untuk menelan ubat jenis tablet. Mudah sahaja, caranya, hanya larutkan ubat dalam satu gelas air. Memandangkan PCM ini mempunyai kandungan sodium yang tinggi, ia tidak sesuai untuk penghidap darah tinggi.

  • Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.

5.Panadol Menstrual (PCM 500mg, Pamabrom 25mg)

Sumber: google

Ia digunakan untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut ketika datang haid. Ini kerana pamabrom mempunyai kesan diuresis yang boleh menyingkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid.

  • Dos: 2 biji setiap 4 hingga 6 jam sehari.

6.Panadol Extend (PCM 665mg)

Sumber: google

PCM ini mempunyai dua lapisan bagi memanjangkan tempoh penyerapan ubat. Kesan ubatnya akan lebih lama iaitu menjangkau lapan jam dan ia sesuai untuk pesakit kronik.

  • Dos: 2 biji setiap 6 hingga 8 jam 3 kali sehari.

Perlu ke nak makan Panadol? Nak makan sebelum atau selepas vaksin?

Trade/brand name: Panadol

Nama ubat: paracetamol, dekat US panggil acetaminophen.

Ini adalah thread dari perspektif farmasi. pic.twitter.com/piJY6EwLAp

— Amir Said (@4mirSaid) May 27, 2021

Untuk peringatan, maksimum dos untuk pcm hanya 4000 miligram atau 4 gram sehari sahaja. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya.

Kemudian, kepada yang anda yang mempunyai penyakit seperti darah tinggi misalnya, jangan tersilap mengambil Panadol. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Baca juga artikel yang berkaitan:

5 Kebaikan Minum Kopi Untuk Kesihatan
Selain Menyegarkan, Ini Adalah Kebaikan Air Kelapa Untuk Kesihatan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terjumpa Foto Lelaki Dalam Botol Dibalut Kain Hitam, Kenalan Tampil Dedah Keadaan 'Tuan Badan' Terjumpa Foto Lelaki Dalam Botol Dibalut Kain Hitam, Kenalan Tampil Dedah Keadaan ‘Tuan Badan’
Next Article Pelbagai Jenis Makanan, Ini Adalah Antara Makanan Halal Dan Non-Halal Di Kuching Food Fest

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?