• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Oleh
Ismail NA
21 April 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam bagi masyarakat Muslim.

Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online . Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan. Maka, dengan itu, bermula jugalah kutipan zakat fitrah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Muslim yang berkemampuan. Untuk itu, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah menetapkan kadar zakat fitrah untuk Sarawak pada tahun ini pada kadar RM 7.

Isi Isi Penting
  • Zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam bagi masyarakat Muslim.
  • Kaedah 1 : Portal Baitulmal Kamek
  • Kaedah 2 : Perkhidmatan Maybank2u/MAE Maybank/Maybank QRPAY
  • Kaedah 3 : Aplikasi Sarawak Pay
  • Kaedah 4 : DuitNow
  • Kaedah 5: Aplikasi Tulus
  • Kaedah 6 : Amil Yang Bertauliah
  • Lagi di sini:
Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online
Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Bagi penduduk di Sarawak, di sini kami kongsikan cara dan panduan yang telah tersedia untuk anda menunaikan kewajipan zakat tahun ini. Terdapat 6 cara mudah yang boleh anda pilih untuk anda membayar zakat fitrah sebelum berakhirnya waktu membayar zakat fitrah tahun ini.

Kaedah 1 : Portal Baitulmal Kamek

Jika anda memilih kaedah ini, anda perlu log masuk terlebih dahulu ke dalam portal Baitulmal Kamek.

Jika anda belum mempunyai akaun, cipta akaun dan log masuk seperti yang disarankan.

Kemudian, di bahagian kiri papan pemuka, tekan pilihan BAYARAN > ZAKAT FITRAH. Ikuti langkah seterusnya sehingga anda dibawa ke laman pilihan pembayaran seperti yang terpapar pada tangkap layar 4.

Anda juga akan diminta untuk mengisi alamat untuk tujuan penghantaran resit. Tetapi, jika anda rajin untuk mengambilnya sendiri di Bangunan Baitulmal, anda boleh memilih pilihan mengambil sendiri.

Tandakan kotak yang selanjutnya, kemudian anda akan dibawa terus ke halaman pelayar pembankan. Mudah saja!

Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online
Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Melalui 6 Saluran Mudah
Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Kaedah 2 : Perkhidmatan Maybank2u/MAE Maybank/Maybank QRPAY

Setakat ini, Maybank merupakan satu-satunya bank yang membolehkan zakat fitrah Sarawak dibayar menggunakan 3 kaedah pembayaran digital mereka iaitu melalui perbankan internet Maybank2u, dompet digital MAE, dan juga Maybank QRPAY.

Hanya perlu imbas dan ikut arahan selanjutnya. Oh ya! Jangan lupa untuk simpan resit online anda selepas membuat pembayaran. Tak pun, ambil tangkap layar (screenshot) di skrin telefon pintar anda nanti.

Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online
Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online
Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Kaedah 3 : Aplikasi Sarawak Pay

Melalui aplikasi Sarawak Pay, anda juga boleh membayar zakat fitrah melalui 3 cara. Pertama, anda boleh terus ke aplikasi Sarawak Pay dan bayar terus. Kedua, memilih menggunakan aplikasi Sarawak Pay semasa anda membayar zakat menerusi portal Baitulmal Kamek. Ketiga, anda boleh memuat turun aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak dan pilih Sarawak Pay sebagai mod pembayaran.

Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Kaedah 4 : DuitNow

Nak lagi mudah kan, anda boleh bayar menggunakan imbasan kod QR. Buka aplikasi perbankan dalam talian bank pilihan anda, pilih DuitNow QR, dan imbas kod berikut. Ikuti langkah seterusnya dan settle!

Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online
Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Kaedah 5: Aplikasi Tulus

Bagi anda yang belum pernah mendengar nama aplikasi ini, Tulus merupakan aplikasi pembayaran khas untuk 4 jenis muamalah Islam seperti zakat, waqaf, infaq, dan sedekah. Jika sebelum ini anda perlu memuat turun pelbagai aplikasi yang mewakili organisasi Islamik untuk menderma atau memberikan sedekah, tetapi dengan adanya aplikasi ini, anda boleh melakukan keempat-empat muamalah ini untuk pelbagai organisasi dalam satu aplikasi sahaja.

Untuk membayar zakat, pilih butang ‘ZAKAT’, dan pilih ‘Tabung Baitulmal Sarawak’. Ikuti langkah selanjutnya.

Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online
Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Setakat ini, aplikasi Tulus ini telah menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat untuk lebih daripada 10 buah negeri di Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan (termasuk WP Labuan), Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan juga Perlis.

Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan resit rasmi pembayaran zakat fitrah anda, anda perlu menghubungi pihak Baitulmal Sarawak kerana aplikasi ini tidak mengeluarkan sebarang resit rasmi untuk pembayaran zakat fitrah.

Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Kaedah 6 : Amil Yang Bertauliah

Amil merupakan seorang wakil yang dilantik dan ditauliahkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak (Majlis Islam Sarawak) untuk mengutip zakat fitrah di kawasan kediaman ataupun di kawasan kampung. Pastikan anda membayar awal, ya? Jangan sampai tergesa-gesa pula di pagi raya.

Ditetapkan Pada Kadar RM 7, Ini Panduan Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Bagi yang Muslim, jangan lupa tunaikan kewajipan anda. Salah satu daripada Rukun Islam tu!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna Rompakan Bank Ini Hampir Sempurna, Ini Kisah ‘Bank Heist Of The Century’
Next Article 'Tok Baru Free Monkey,' Netizen Terhibur Dengan Gambar Monyet Ini Tersepit Di Bumper Kereta ‘Tok Baru Free Monkey,’ Netizen Terhibur Dengan Gambar Monyet Ini Tersepit Di Bumper Kereta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?