I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Rompakan Bank Ini Hampir Sempurna, Ini Kisah ‘Bank Heist Of The Century’
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rompakan Bank Ini Hampir Sempurna, Ini Kisah ‘Bank Heist Of The Century’

Oleh Kedung BK 20 Mei 2022
Kongsi
13 Min Bacaan
Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna

Rompakan yang berlaku pada 13 Januari 2006

Rompakan Bank Ini Hampir Sempurna, Ini Kisah ‘Bank Heist Of The Century’. Walaupun rompakan ini dilakukan lebih dari 10 tahun yang lalu, ia terus menjadi salah satu rompakan bank yang paling terkenal dalam sejarah rompakan-rompakan bank. Rompakan ini sangat terkenal sehingga ada filem mengenainya yang baru ditayangkan pada tahun 2020.

Rompakan Bank Ini Hampir Sempurna, Ini Kisah 'Bank Heist Of The Century,'
Filem ‘The Heist of the Century’ berdasarkan kejadian ini.

Rompakan bank bukan jenayah yang selalu berlaku pada zaman ini tetapi yang membuat rompakan bank ini begitu unik adalah bagaimana ia dilakukan. Inilah cara perompak melakukannya dan bagaimana satu kesalahan memberitahu isteri mereka menjadi sebab penangkapan mereka.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Digelar ‘Bank Heist Of The Century,’ Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna

Bank yang dipilih untuk dirompak adalah Banco Rio di Buenos Aires, Argentina

Banco Rio, kini dikenali sebagai Banco Santander Rio, adalah salah satu institusi kewangan terkemuka di Argentina, dengan cawangan di seluruh negara itu. Salah satu cawangannya terletak di kejiranan San Isidro yang mempunyai penduduk kaya.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Kredit: noticias A SIMPLE VISTA

Beberapa tahun sebelum rompakan Banco Rio, pada tahun 1999, beberapa pencuri telah pecah masuk sebuah bank di Ramallo, Argentina. Kakitangan bank serta pengunjung bank turut dijadikan tebusan dan digunakan oleh pencuri-pencuri terbabit untuk merundingkan kebebasan mereka dari polis.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Tangkap layar kejadian rompakan bank di Ramallo pada tahun 1999. Kredit: Dailymotion

Mereka kemudian cuba meninggalkan bank tersebut dengan menggunakan tebusan-tebusan mereka sebagai pelindung namun polis di tempat kejadian mula menembak. Hasil daripada kejadian itu adalah salah seorang perompak dibunuh tetapi juga dua tebusan yang tidak bersalah.

Yang menjadikan kejadian itu lebih mengeruhkan adalah keseluruhan rompakan itu ditayangkan di televisyen secara langsung melalui kamera-kamera berita di tempat kejadian. Penonton menyaksikan dengan terkejut apabila mereka melihat rompakan itu serta pembunuhan tersebut berlaku dalam masa nyata.

Akibatnya, polis dalam rompakan Banco Rio tahun 2006 enggan mengambil tindakan drastik apabila mereka tiba di lokasi rompakan bank yang sedang berlangsung. Ironinya, rompakan bank Ramallo juga menjadi inspirasi untuk rompakan Banco Rio.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Anggota polis dan unit khas di tempat kejadian rompakan Banco Rio. Kredit: GQ

Pintu keluar ditutup, tetapi perompak berjaya melarikan diri

Ketika pihak polis menerima panggilan kecemasan mengenai rompakan itu, mereka tiba di tempat kejadian dan segera menutup kedua-dua pintu keluar bank tersebut. Kedua-dua pintu keluar itu berada di bawah pengawasan polis dan mereka sangat yakin bahawa perompak-perompak bank itu tidak mempunyai tempat lain untuk lari.

Sepanjang masa itu, salah seorang perompak itu berunding dengan polis dan menggelar dirinya sebagai ‘Walter’. Akhirnya, mereka membenarkan pengawal keselamatan bank, seorang lelaki dan wanita muda meninggalkan bank tanpa cedera. Nampaknya semuanya berjalan lancar dan perompak bekerjasama dengan pihak polis.

Perompak-perompak bank itu juga digambarkan sebagai kumpulan yang ceria, pada satu ketika mereka bahkan menyanyikan lagu selamat ulang tahun kepada salah seorang pekerja bank setelah mengetahui hari itu adalah hari lahir dia.

Pada pukul 3:30 PM, ‘Walter’ memanggil polis sekali lagi untuk memberitahu mereka bahawa 23 tebusan yang tinggal lapar dan menuntut pizza. Selepas panggilan itu, polis tidak dapat menghubungi Walter lagi. Selama tiga jam, panggilan polis tidak dijawab dan akhirnya unit khas diarahkan masuk ke dalam bangunan Banco Rio. Tetapi apa yang mereka dapati sangat membingungkan.

Ketika mereka memasuki bank tersebut, mereka menyedari semua perompak telah melarikan diri dan para tebusan terkurung di tiga tingkat yang berasingan, salah satunya bilik bawah tanah. Jadi bagaimana pencuri-pencuri tersebut meninggalkan bangunan tanpa keluar melalui pintu keluar yang diawasi polis?

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Reuters

Rompakan di lobi bank hanyalah gangguan daripada rompakan sebenar yang berlaku di bawah

Ketika polis memasuki ruang bawah tanah untuk membebaskan tebusan yang berada di situ, di situlah mereka menyedari apa yang dimahukan pencuri-pencuri berkenaan. Dari 400 kotak peti besi yang disimpan di sana, 143 telah dibuka. Mengapa pencuri-pencuri terbabit tidak mencuri wang tunai?

Untuk mengetahui kenapa, kebanyakan warga Argentina pada masa itu tidak mempercayai sistem perbankan negara itu. Pada tahun 2001 semasa krisis ekonomi, sistem perbankan telah runtuh dan menghapuskan wang mereka yang menyimpannya dalam akaun bank.

Oleh itu, warga Argentina memutuskan untuk menyimpan barang berharga mereka di dalam peti simpanan yang akan disimpan di ruang bawah tanah bank. Dan oleh kerana San Isidro adalah kawasan kejiranan yang mempunyai penduduk kaya, peti-peti simpanan cawangan Banco Rio ini mengandungi banyak barang berharga seperti kad kredit, barang kemas, wang tunai dan sebagainya.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Contoh peti simpanan dalam bank. Kredit: SmartAsset

Di tempat kejadian, polis menemui sedikit bukti yang merupakan bekas bateri, alat yang dipercayai digunakan untuk membuka peti-peti itu dan beberapa senjata mainan. Yes guys, pencuri-pencuri itu sebenarnya menggunakan senjata mainan untuk melakukan rompakan tersebut!

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Contoh senjata mainan. Kredit: Fox Illinois

Bukti terakhir adalah puisi yang ditulis oleh salah seorang perompak tersebut, yang mengatakan:

“Dalam kawasan kejiranan orang kaya, tanpa senjata atau dendam, ia hanya wang, bukan cinta.”

Jadi ke mana mereka pergi dan bagaimana mereka melakukannya?

Dalang rompakan ialah seorang lelaki bernama Fernando Araujo

Fernando Araujo ialah seorang lelaki biasa tanpa tuduhan jenayah masa lalu. Dia merupakan seorang lelaki yang mempunyai kawan-kawan biasa dan sepertinya menjalani kehidupan yang normal.

Namun, rompakan bank di Ramallo pada tahun 1999 meninggalkan kesan kepadanya kerana dia percaya perompak-perompak bank tersebut hampir berjaya namun gagal ketika cuba melarikan diri. Mengambil inspirasi dari kejadian itu, dia mula merancang rompakan banknya sendiri.

Pada mulanya, dia membincangkan beberapa idea mengenai kemungkinan rompakan bank dengan rakannya, Sebastian Garcia, yang menganggap bahawa Fernando hanya bergurau. Tanpa pengetahuan Sebastian, Fernando betul-betul ingin melakukan rompakan bank dan akan meminta bantuannya kemudian.

Seperti Fernando, Sebastian juga merupakan seorang lelaki biasa yang sudah berkahwin serta mempunyai pekerjaan yang stabil. Selain itu, Sebastian juga mempunyai hobi iaitu memperbaiki mesin kecil untuk pendapatan sampingan dan juga membuat mesinnya sendiri.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Gambar sekadar hiasan.

Bagi Fernando pula, setelah ditinggalkan pasangannya, kejadian tersebut membuatnya menjadi pertapa dan dia memutuskan untuk tinggal di dalam rumah untuk jangka masa yang lama dan menonton dokumentari dan filem jenayah yang melibatkan rompakan bank. Dari sinilah dia belajar bagaimana melakukan rompakan yang sempurna.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Gambar sekadar hiasan.

Akhirnya, pada tahun 2004, Fernando meminta pertolongan dari Sebastian kerana dia memerlukan kemahiran mekanik Sebastian untuk membantunya dalam rancangannya. Pada mulanya tidak senang dengan idea itu kerana dia tahu memecah masuk bank hampir mustahil (sebab Sebastian pernah bekerja di bank sambilan), Sebastian bersetuju ketika dia ingat betapa marahnya dia dengan bank secara umum kerana menghilangkan wang datuk dan ayahnya semasa kegawatan ekonomi.

Setelah Sebastian diberi jaminan bahawa tiada orang akan dicederakan, Sebastian bersetuju dan mula bekerja. Fernando kemudian meminta bantuan dari penjenayah-penjenayah kecil yang lain seperti bekas perompak bank iaitu Doc dan Beto serta seorang pemandu kereta untuk membantu mereka melarikan diri setelah operasi merompak bank diselesaikan.

Pada masa yang sama, seorang pencuri yang telah bersara dan bekerja sebagai usahawan, Luis Mario Vitette Sellanes, telah bersetuju untuk mengeluarkan modal sebanyak USD100,000 untuk operasi tersebut.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Gambar sekadar hiasan.

Bagaimana ia dilakukan?

Rancangannya mudah – rompak bank itu pada waktu siang hari untuk mengelakkan sistem keselamatan bank itu mengesan mereka.

Sebastian menyewa peti simpanan di cawangan Banco Rio yang lain dan mencatat jenama peti itu. Kemudian, dia memesan beberapa peti yang sama untuk mencari cara terbaik untuk membukanya.

Dia mendapati menggunakan jackhammer lebih sesuai dan dapat diguna pada tahap kebisingan yang wajar. Dari sini, dia membina sebuah jackhammer yang dapat diangkut secara berkeping-keping ke bank itu, dipasang di sana dan kemudian dipisahkan.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Contoh jackhammer yang digunakan Sebastian untuk membuka peti. Kredit: Concrete Network

Untuk keluar dari bank, mereka telah menggali bawah tanah yang menghubungkan ke ruang bawah tanah bank Banco Rio cawangan San Isidro. Argentina sebagai negara yang kadang-kadang mengalami hujan lebat, mempunyai banyak longkang besar bawah tanah di persekitaran bandar dan bank itu juga memiliki longkang besar bawah tanah sendiri.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Saluran bawah tanah digali oleh mereka sebelum membuat rompakan untuk melarikan diri. Kredit: ABC News

Seperti yang anda sangka, Fernando dan rakan-rakannya mengambil barang-barang berharga itu dan mengangkutnya ke bawah tanah di mana pencuri lain sedang menunggu di atas rakit mereka, kemudian membawa barang-barang itu ke kereta mereka untuk melarikan diri. Malah, mereka juga sengaja meletakkan sebuah kereta berhampiran bank sebagai umpan bagi mengalih perhatian polis sementara mereka melarikan diri menggunakan kenderaan lain.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Mereka melarikan diri menggunakan kenderaan yang berbeza. Kredit: Safety

Dinding yang dihancurkan oleh salah seorang pencuri untuk membolehkan laluan ke longkang bawah tanah ditutup oleh sebuah kabinet besar manakala mereka memusnahkan bukti DNA dengan menyemburkan peluntur serta membuang rambut yang dikumpulkan dari sebuah kedai gunting rambut di lantai bagi mengelirukan pihak polis.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Rambut-rambut yang dikumpul dari kedai gunting rambut dibuang atas lantai untuk mengeliru polis.

Dalam masa dua jam sahaja, mereka berjaya melakukan apa yang dianggap oleh orang ramai sebagai mustahil. Rancangan yang hampir sempurna dibuat – tetapi dimana kesalahannya yang menyebabkan mereka ditangkap akhirnya?

Isteri kepada salah seorang pencuri itu membongkar segala-galanya kepada pihak polis

Rompakan itu dilaksanakan dengan sempurna sehingga mereka masing-masing berjaya pulang dan menyaksikan rompakan mereka disiarkan secara langsung di TV. Mereka membuatnya seolah-olah rompakan itu mengalami masalah tetapi sebenarnya rompakan tersebut berjalan dengan sempurna di bawah tanah.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Sebastian mengambil semua kad kredit yang dicuri dan menyebarkannya ke seluruh bandar untuk mengelirukan polis. Tindakan ini bukan sahaja mengkaburkan jejak mereka, tetapi juga menimbulkan banyak petunjuk palsu bagi polis kerana orang lain akan mengambil kad kredit tersebut dan cuba menggunakannya, polis harus memburu mereka dan mengenal pasti sekiranya mereka terlibat dalam rompakan Banco Rio.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Freepik

Walaupun rompakan itu berjalan dengan sempurna, orang yang paling berhati-hati juga dapat melakukan kesalahan. Apabila salah seorang perompak itu, Beto, membawa pulang hasil rompakan Banco Rio, dia memberitahu kepada isterinya Alicia bahawa dia dan rakan-rakannya telah merompak bank tersebut.

Sebagai suami isteri, anda pasti menganggap bahawa kedua-dua mereka saling mempercayai satu sama lain tetapi itu tidak berlaku.

Beto mempunyai sejarah curang dengan isterinya, dan apabila beberapa barang berharga di rumah mereka hilang, Beto dan isterinya bertengkar besar. Beberapa minggu kemudian, Beto dan skandalnya ditahan oleh polis setelah Alicia memberitahu polis mengenai rompakan tersebut dan mengenal pasti Beto dan rakan-rakannya yang lain termasuk Fernando dan Sebastian kerana dia telah melihat mereka mengusahakan kereta yang telah digunakan untuk melarikan diri di garaj rumahnya.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Pertengkaran antara Beto dan isterinya menjadi penyebab rahsia mereka akhirnya terbongkar.

Dihukum penjara tetapi kini sudah bebas

Semua perompak yang mengambil bahagian dalam rompakan itu dibicara dan dipenjarakan, namun kebanyakan mereka telah sudah dibebaskan dan mungkin marah kepada Beto kerana membocorkan rahsia kepada isterinya.

Digelar 'Bank Heist Of The Century,' Rompakan Bank Ini Hampir Dilakukan Dengan Sempurna
Sekiranya Beto diam, kemungkinan besar mereka semua tidak akan pernah tertangkap.

Well, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mulai 22 April 2022, Suntikan Dos Penggalak COVID-19 Kedua Akan Dilancarkan Di Sarawak Mulai 22 April 2022, Suntikan Dos Penggalak COVID-19 Kedua Akan Dilancarkan Di Sarawak
Next Article Jangan Tunggu Sampai Pagi Raya! Ini Panduan Mudah Bayar Zakat Fitrah Sarawak Secara Online

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?