• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jatti Miriek, Vaie Dan 10 Lagi Kaum Lain Kini Diiktiraf Sebagai Peribumi Sarawak Menerusi Pindaan Baharu RUU

Oleh
Ismail NA
16 Februari 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Akhirnya.

Jatti Miriek, Vaie Dan 10 Lagi Kaum Lain Kini Diiktiraf Sebagai Peribumi Sarawak Menerusi Pindaan Baharu RUU. Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) yang melibatkan kemas kini kaum dalam tafsiran peribumi Sarawak telah pun diluluskan secara rasmi semalam menerusi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Akhirnya.
  • Anak perkahwinan campur ini juga dianggap peribumi walaupun salah seorang ibu bapa berstatus peribumi Sarawak
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diberi kuasa untuk tambah senarai kaum di masa akan datang
  • Baca lebih lanjut tentang sejarah kaum Lakiput yang pernah kami terbitkan di sini;
  • Ketahui isu dan kesukaran lazim yang dihadapi oleh kaum yang ‘tertinggal’ dari senarai peribumi ini;

RUU Tafsiran (Pindaan) 2022 tersebut melibatkan pengiktirafan lagi 12 kaum Sarawak seperti Jatti Miriek, Vaie, Lakiput, Bagatan, Bakong, Bemali, Berawan, Dali, Narom, Sa’ban, Tatau, dan Tring.

Jatti Miriek, Vaie Dan 10 Lagi Kaum Lain Kini Diiktiraf Sebagai Peribumi Sarawak Menerusi Pindaan Baharu RUU
Jatti Miriek, Vaie Dan 10 Lagi Kaum Lain Kini Diiktiraf Sebagai Peribumi Sarawak Menerusi Pindaan Baharu RUU

Pindaan RUU tersebut dibentangkan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali yang juga merupakan ADUN Semariang. Menurut beliau, kaum-kaum peribumi ini tidak termasuk dalam senarai Jadual Ordinan Tafsiran, 2005 (Cap. 61). Oleh yang demikian, pihak kerajaan berpendapat bahawa senarai kaum ini perlu dikemas kini menerusi pindaan RUU ini.

RUU tersebut diluluskan dalam bacaan ketiga selepas dibahaskan oleh 12 Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN).

Anak perkahwinan campur ini juga dianggap peribumi walaupun salah seorang ibu bapa berstatus peribumi Sarawak

Selain daripada pengikitirafan kaum-kaum tersebut, pindaan RUU Tafsiran tersebut turut bersetuju untuk menganggap kanak-kanak hasil perkahwinan campur ini juga berstatus peribumi walaupun hanya salah seorang daripada ibu bapa mereka peribumi. Pindaan ini dianggap sangat penting dan bersejarah kerana ia bakal mengubah kehidupan anak-anak perkahwinan campur.

Tambah Sharifah Hasidah lagi, sudah tiba masanya pindaan ini dibuat memandangkan ia boleh menyelesaikan masalah undang-undang yang serius serta memudahkan urusan anak-anak perkahwinan campur terutamanya dalam isu pewarisan, pemindahan tanah dan pelbagai lagi.

Jatti Miriek, Vaie Dan 10 Lagi Kaum Lain Kini Diiktiraf Sebagai Peribumi Sarawak Menerusi Pindaan Baharu RUU
Gadis Berawan yang berkahwin campur dengan bukan anak negeri Sarawak. Sumber : Panther Post, The International School of Kuala Lumpur

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diberi kuasa untuk tambah senarai kaum di masa akan datang

Dalam pindaan yang sama, satu seksyen baru dibuat iaitu Seksyen 63, yang memberi kuasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk meminda Jadual sekiranya penambahan senarai kaum pada masa akan datang. Status peribumi ini tertakluk kepada syarat dan keperluan yang ditetapkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mengelakkan eksploitasi dan penyalahgunaan. Oleh itu, terdapat syarat dan keperluan tambahan yang perlu dipenuhi di samping status warganegara dan anak kandung daripada warga Sarawak oleh anak-anak perkahwinan campur ini bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai peribumi Sarawak.

Sebelum ini, kanak-kanak hasil perkahwinan campur tidak dianggap peribumi kerana undang-undang memerlukan syarat kedua-dua ibu bapa mestilah warga Sarawak.

Takrif peribumi Sarawak ditentukan dengan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Ordinan Tafsiran, 2005 [Cap.  61]. Sharifah Hasidah turut menjelaskan menerusi pindaan Perkara 16A Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri diberi kuasa untuk menentukan kaum yang dianggap sebagai peribumi di negeri tersebut menggunakan undang-undang negeri.

Jatti Miriek, Vaie Dan 10 Lagi Kaum Lain Kini Diiktiraf Sebagai Peribumi Sarawak Menerusi Pindaan Baharu RUU
Sharifah Hasidah menunjukkan dokumen RUU Tafsiran (Pindaan) 2022. Sumber foto: UKAS

Justeru, bagi merealisasikan pengiktirafan kaum asal Sarawak yang tertinggal ini, undang-undang negeri melalui Ordinan Tafsiran, 2005 [Cap. 61] juga mesti dipinda.

Apa-apa pun, individu daripada kaum-kaum ini sudah boleh menarik nafas lega kerana akhirnya diiktiraf sebagai peribumi Sarawak setelah berdekad lamanya.

Baca lebih lanjut tentang sejarah kaum Lakiput yang pernah kami terbitkan di sini;

Ketahui isu dan kesukaran lazim yang dihadapi oleh kaum yang ‘tertinggal’ dari senarai peribumi ini;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wifi Kerajaan Tak Mampu Sokong Temuduga Online, Pemuda Di Pakan Ini Ambil Inisiatif Hadirinya Di Dalam Hutan Wifi Kerajaan Tak Mampu Sokong Temuduga Online, Pemuda Di Pakan Ini Ambil Inisiatif Hadirinya Di Dalam Hutan
Next Article Lukis Pola Kini Semudah ABC, Anak Sarawak Ini Cipta ‘Magic Ruler’ Untuk Mudahkan Kerja Tukang Jahit

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?