• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lukis Pola Kini Semudah ABC, Anak Sarawak Ini Cipta ‘Magic Ruler’ Untuk Mudahkan Kerja Tukang Jahit

Oleh
Husna Hazmi
17 Februari 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Ciptaan Nur ‘Athirah Razali ini juga turut digunakan untuk membantu golongan OKU terutamanya pelajar sekolah pendidikan khas.

Lukis Pola Kini Semudah ABC, Anak Sarawak Ini Cipta ‘Magic Ruler’ Untuk Mudahkan Kerja Tukang Jahit. Dipetik daripada BERNAMA, Magic Ruler atau pembaris pola hasil inovasi anak kelahiran Kuching, Sarawak Nur ‘Athirah Razali ini mampu menyelesaikan masalah tukang jahit untuk melukis pola yang rumit dalam menghasilkan pakaian.

Isi Isi Penting
  • Ciptaan Nur ‘Athirah Razali ini juga turut digunakan untuk membantu golongan OKU terutamanya pelajar sekolah pendidikan khas.
  • Ilham mencipta pembaris pola
  • Mengikuti jurusan fesyen
  • Inovasinya turut digunakan untuk membantu golongan OKU
Lukis Pola Kini Semudah ABC, Anak Sarawak Ini Cipta 'Magic Ruler' Untuk Mudahkan Kerja Tukang Jahit
Lukis Pola Kini Semudah ABC, Anak Sarawak Ini Cipta ‘Magic Ruler’ Untuk Mudahkan Kerja Tukang Jahit. Kredit gambar: @DAthirahmagicruler

Ilham mencipta pembaris pola

Nur ‘Athirah Razali berusia 39 tahun, berkata bahawa beliau mendapat ilham mencipta pembaris pola yang diberi nama ‘D’Athirah Magic Ruler’ pada tahun 2016 setelah melihat anak murid dalam kelas jahitannya mengalami kesukaran untuk melukis pola jahitan.

Setakat ini, beliau telah berjaya menghasilkan 15 jenis pembaris pola yang digunakan bagi tujuan jahitan pakaian wanita, seluar lelaki, pakaian tradisional Melayu dan pakaian kanak-kanak, dengan lebih 1,000 pembaris pola telah dijual pada harga RM 95 hingga RM 160 setiap pembaris.

“Pola merupakan acuan badan seseorang untuk penghasilan pakaian dan ia memerlukan pengiraan berdasarkan beberapa formula untuk menghasilkan sesuatu pakaian yang sesuai dengan bentuk badan.

“Melalui inovasi yang ada pada pembaris ini, tukang jahit mempu menghasilkan pola dengan mudah dan tepat kerana terdapat arahan berabjad, formula sedia ada dan lengkungan berkenaan,” kata beliau.

Lukis Pola Kini Semudah ABC, Anak Sarawak Ini Cipta 'Magic Ruler' Untuk Mudahkan Kerja Tukang Jahit
Kredit gambar: BERNAMA

Mengikuti jurusan fesyen

Nur ‘Athirah Razali yang mengikuti jurusan fesyen dan membuat pakaian di sebuah sekolah teknik di Kuching, sebelum ini mempunyai akedemi jahitannya sendiri di Shah Alam, Selangor yang telah melahirkan lebih dari 200 orang tukang jahit setakat ini.

“Ramai anak murid saya juga kini mempunyai perniagaan sendiri,unik di akedemi saya ialah, penggunaan kaedah inovasi (Magic Ruler) dalam pembelajaran untuk menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti,” tambah beliau lagi.

Hasil daripada ciptaan yang bijak ini, Nur ‘Athirah Razali berjaya merangkul beberapa anugerah antaranya ialah juara pertandingan Yayasan Inovasi Malaysia pada tahun 2016 dan juga pemenang emas Anugerah Harta Intelek Negara (Rekabentuk Perindustrian) pada tahun 2018.

Baru-baru ini pula, beliau telah memenangi satu lagi Anugerah iaitu Pertandingan Inovasi dan Rekacipta (IRC) 2021 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Yayasan Inovasi Malaysia.

Lukis Pola Kini Semudah ABC, Anak Sarawak Ini Cipta 'Magic Ruler' Untuk Mudahkan Kerja Tukang Jahit
Kredit gambar: @DAthirahmagicruler

Inovasinya turut digunakan untuk membantu golongan OKU

Selain itu, Nur Athirah yang juga terlibat dalam program pemerkasaan komuniti berkata bahawa inovasinya turut digunakan untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) terutamanya pelajar sekolah pendidikan khas.

“Lebih 10 sekolah di sekitar ibu negara juga menggunakan ‘Magic Ruler’ sebagai bahan silibus dan ada juga pelajar ‘mild autism’ yang menggunakan pembaris ini di sekolah”, katanya yang meminati bidang jahitan sejak berumur tujuh tahun.

Nur ‘Athirah juga berhasrat untuk melebarkan lagi sayap bagi inovasi ‘Magic Ruler’ nya ke pasaran Singapura, Indonesia dan Brunei setelah ciptaannya itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna di seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama, ibu kepada lima anak ini juga berpegang kepada prinsip agar perniagaannya boleh memberi impak besar kepada komuniti selain memudahkan cara hidup mereka. Maklumat lanjut mengenai pembaris pola itu boleh didapati menerusi laman Facebooknya D’Athirah Magic Ruler HQ.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jatti Miriek, Vaie Dan 10 Lagi Kaum Lain Kini Diiktiraf Sebagai Peribumi Sarawak Menerusi Pindaan Baharu RUU
Next Article Lelaki Ini Bakar Diri Gara-Gara Kecewa Bekas Teman Wanita Jumpa Kekasih Baharu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?