Kejadian berlaku di Waterfront, Kuching.
Jatuh Daripada Jambatan Darul Hana, Lelaki Ditemui Lemas Di Sungai Sarawak. Dilaporkan semalam, kita dikejutkan dengan berita di mana seorang lelaki telah ditemui maut setelah terjun dari Jambatan Darul Hana di Waterfront, Kuching.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihak mereka telah mendapat panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 1.35 pagi di mana saksi telah memaklumkan melihat orang terjatuh daripada jambatan tersebut.
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat lemas
Pencarian mangsa segera dilakukan dengan menggunakan kaedah grappling iron dan mangsa ditemui lemas pada jam 5.51 pagi di sebelah tiang di tempat mangsa terjatuh dan tenggelam.
Mayat mangsa disahkan meninggal dunia akibat lemas dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa.
Oleh demikian, sama-samalah kita mengambil pengajaran daripada kes ini. Jika anda mengalami kemurungan atau tekanan, anda boleh menghubungi Befrienders Malaysia di talian 03-76272929. Maklumat lanjut terdapat di laman web www.befrienders.org.my. Anda juga boleh menghubungi 999 atau pihak berkuasa jika anda mendapati seseorang yang ingin membunuh diri.