• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kad ATM Ditolak, Lelaki Tawau Ini Jadi ‘Hero’ Bantu Pelancong Asing Dalam Kesusahan

Oleh
Husna Hazmi
28 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

‘This is our brother, superman, saviour‘ – kata pelancong asing ini kepada Hero Tawau kita.

Kad ATM Ditolak, Lelaki Tawau Ini Jadi ‘Hero’ Bantu Pelancong Asing Dalam Kesusahan. Bayangkan jika anda berada di negara orang lain, jauh dari kampung halaman kemudian tiba-tiba anda menghadapi masalah pengeluaran wang di mesin ATM.

Isi Isi Penting
  • ‘This is our brother, superman, saviour‘ – kata pelancong asing ini kepada Hero Tawau kita.
  • Kad bank kena reject berkali-kali
  • This is our brother, superman, saviour’
  • Berasa amat bersyukur terhadap kebaikan rakyat Malaysia

Di saat itu juga, anda tiada wang tunai di dalam dompet dan juga saudara mara pula jauh beribu-ribu batu dan memang tidak dapat membantu dengan segera. Pasti anda akan berasa gelabah dan takut kan? Berikut adalah nasib dua orang pelancong asing yang bercuti di Sabah baru-baru ini.

Kad ATM Ditolak, Lelaki Tawau Ini Jadi 'Hero' Bantu Pelancong Asing Dalam Kesusahan
Kad ATM Ditolak, Lelaki Tawau Ini Jadi ‘Hero’ Bantu Pelancong Asing Dalam Kesusahan

Kad bank kena reject berkali-kali

Berkongsi pengalaman menakutkan itu di Tiktok semalam, video Victoria Sergeeva telah mendapat sebanyak 651.8K tontonan (setakat artikel ini ditulis).

Di dalam video berkenaan, Victoria berkongsi moment of panic dirinya ketika kesemua mesin ATM di Tawau, Sabah menolak kad nya daripada mengeluarkan wang tunai. Dalam masa yang sama, dia juga tidak mempunyai wang untuk perkhidmatan teksi atau bas dan juga untuk membeli makanan.

Dia berkata kesemua kad bank mereka tiba-tiba tidak berfungsi dan setelah menghabiskan 40 minit mencari bank ATM yang akan menerima kad mereka, seorang lelaki dari Tawau ini berkata ‘saya akan bantu kamu’.

Lelaki tersebut kemudiannya membawa 2 orang pelancong asing ini dari satu bank ke satu bank menggunakan kenderaannya sehingga mereka berjaya mengeluarkan wang tunai.

Kad ATM Ditolak, Lelaki Tawau Ini Jadi 'Hero' Bantu Pelancong Asing Dalam Kesusahan

This is our brother, superman, saviour’

Di dalam video tersebut juga salah seorang daripada pelancong tersebut berkata ‘This is our brother, superman, saviour’ kerana lelaki tersebut telah menyelamatkan mereka. Kebaikan Hero Tawau ini juga tidak berhenti di situ sahaja apabila dia juga turut membelikan makan malam buat mereka dan enggan menerima wang walau sedikit pun daripada dua orang pelancong tersebut.

Kemudian, Hero Tawau ini menghantar dua orang pelancong asing ini ke stesen bas Tawau agar mereka boleh singgah ke destinasi yang mereka seterusnya.

Berasa amat bersyukur terhadap kebaikan rakyat Malaysia

Pengakhiran video tersebut juga amat menyentuh hati apabila Victoria Sergeeva meluahkan perasaan bersyukurnya terhadap betapa baiknya orang di Malaysia.

Saya benar benar terkejut dengan betapa rakyat Malaysia mengalu-alukan dan betapa banyak Allah membantu jika apabila kita benar-benar memerlukan. Subhanallah.”

Saling bantu-membantu antara satu sama lain adalah budaya di negara kita yang perlu dikukuhkan lagi di dalam diri setiap rakyat. Marilah kita jadikan Hero Tawau ini sebagai contoh buat kita untuk menjadi insan yang lebih baik dan berguna!

Baca lagi di sini cerita menarik buat anda:

SUMBER :Tiktok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP
Next Article Lagenda Gunung Kinabalu, Dan Bagaimana Ia Mendapat Namanya Lagenda Gunung Kinabalu, Dan Bagaimana Ia Mendapat Namanya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?