• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Jom Cuba Gabungan Unik Taiyaki Dan Aiskrim Di Kubah Ria Gerai Nombor 40

Oleh
Husna Hazmi
2 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Dapatkan taiyaki aiskrim anda sekarang!

Jom Cuba Gabungan Unik Taiyaki Dan Aiskrim Di Kubah Ria Gerai Nombor 40. Taiyaki diperbuat daripada adunan seperti wafel yang dibakar dalam acuan dalam bentuk ikan dan diisi dengan pes kacang merah, seperti dorayaki Jepun (pancake kacang merah Jepun). Taiyaki berbentuk seperti tai (siakap merah), iaitu ikan yang biasa dimakan semasa perayaan di Jepun.

Jom Cuba Gabungan Unik Taiyaki Dan Aiskrim Di Kubah Ria Gerai Nombor 40
Jom Cuba Gabungan Unik Taiyaki Dan Aiskrim Di Kubah Ria Gerai Nombor 40. Kredit gambar: Fifi Batrisya

Taiyaki ais krim ini sebenarnya bermula dari sebuah kedai ais krim di New York City

Menurut Tokyo Treat, Trend Taiyaki ais krim ini sebenarnya bermula dari sebuah kedai ais krim di New York City, di mana mereka telah menaik taraf taiyaki tradisional ini menjadi ais krim traiyaki. Bater taiyaki ini dijadikan sepert kon ais krim, yang memberikan kelainan dibandingkan dengan kon ais krim biasa.

Isi bahagian kon ais krim ini adalah dikekalkan mengikut inti tradisional taiyaki iaitu pes kacang merah manis (anko) atau kastard. Keunikannya adalah bahagian atas ikan taiyaki tersebut terbuka untuk diisi dengan soft ice cream yang terdiri daripada pelbagai pilihan perisa dan topping. Trend ini telah menghasilkan ais krim lazat, unik dan instagrammable!

Kadang-kadang jika anda perasan dalam cerita Jepun atau Korea, terdapat snek berbentuk ikan ini. Berita baiknya ialah kedai ais krim Taiyaki ini telah dibuka di Kuching buat pertama kalinya.

Jom Cuba Gabungan Unik Taiyaki Dan Aiskrim Di Kubah Ria Gerai Nombor 40

Terletak di Kubah Ria Food Court, gerai Nombor 40

Baru sahaja mula beroperasi pada 23 Disember 2021, kedai ais krim taiyaki ini terletak di Kubah Ria Food Court, gerai Nombor 40.  Kini tidak payah lah warga Kuching menelan air liur sahaja apabila melihat taiyaki dalam cerita Jepun atau Korea.

Terdapat pelbagai perisa ais krim yang boleh anda pilih seperti coklat, vanilla, strawberry dan green tea! Apa yang lebih menarik ialah ais krim lemak manis ini juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan topping yang enak untuk melengkapkan pengalaman manis ais krim taiyaki anda.

Jom kita dapatkan ais krim taiyaki sekarang!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching
Next Article Tragedi Gawai, 2 Kanak-Kanak Hilang Di Sungai Rajang Ditemui Mati Lemas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?