• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tragedi Gawai, 2 Kanak-Kanak Hilang Di Sungai Rajang Ditemui Mati Lemas

Oleh
Ismail NA
2 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Gawai paling suram buat penduduk Rumah Ekaw, Nanga Semawang, Kapit.

Tragedi Gawai, 2 Kanak-Kanak Hilang Di Sungai Rajang Ditemui Mati Lemas. Pada petang 31 Mei yang lalu, dua orang kanak-kanak hilang dibawa arus semasa sedang mandi bersama keluarga mereka di sungai berdekatan Rumah Ekaw, sebuah penempatan di kawasan pedalaman Kapit.

Kanak-kanak tersebut dipercayai lemas selepas tenggelam lebih 30 minit dibawa arus Sungai Semawang. Lebih mendukacitakan, tragedi tersebut berlaku sehari sebelum perayaan Hari Gawai Dayak, perayaan penting dalam kalendar masyarakat Iban.

Tragedi Gawai, 2 Kanak-Kanak Hilang Di Sungai Rajang Ditemui Mati Lemas
Tragedi Gawai, 2 Kanak-Kanak Hilang Di Sungai Rajang Ditemui Mati Lemas

Sejak dua hari yang lalu, usaha-usaha pencarian giat dilakukan oleh pelbagai pihak termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mencari keberadaan kedua-dua kanak-kanak tersebut.

Tragedi Gawai, 2 Kanak-Kanak Hilang Di Sungai Rajang Ditemui Mati Lemas
Sumber: DayakDaily

Mayat kanak-kanak dijumpai oleh ahli keluarga sendiri

Mangsa ialah kanak-kanak perempuan, Chelsea Charity Darrie Ricky, 10 tahun dan kanak-kanak lelaki, Damien Dashlley Sedan Donny, yang berusia 9 tahun.

Damien telah dijumpai 20 meter dari Rumah Panjang Ekaw dan dijumpai oleh ahli keluarga mangsa sendiri.

Manakala Chelsea dijumpai pada anggaran 20 km dari Rumah Panjang Ekaw iaitu berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Nanga Embuau.

Kedua-duanya ditemui masing-masing pada jam 7.15 pagi dan 7.55 pagi tadi.

Mayat kedua-dua mangsa kini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tragedi Gawai, 2 Kanak-Kanak Hilang Di Sungai Rajang Ditemui Mati Lemas
Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak

Salam takziah diucapkan buat keluarga mendiang Damien dan Chelsea.

Baca juga:

SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jom Cuba Gabungan Unik Taiyaki Dan Aiskrim Di Kubah Ria Gerai Nombor 40
Next Article Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021 Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?