• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching

Oleh
Nazihah AN
2 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching

Nikmati burger patty dengan suasana vintaj ala-ala American Diner

Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching. Untuk anda yang sedang mencari tempat atau kafe untuk lepak bersama kawan dengan suasana yang berbeza, di Kuching terdapat kafe untuk anda luangkan masa dengan suasana vintaj ala-ala American Diner, tau!

Isi Isi Penting
  • Nikmati burger patty dengan suasana vintaj ala-ala American Diner
  • Ajak kawan lepak sini memang bestt!
  • Selain burger, anda juga boleh dapatkan buffalo wings di sini.
  • Kalau anda nak tahu, ada satu kafe yang pernah viral di media sosial dan sesuai untuk anda lepak bersama rakan. Menariknya, ia tidak seperti kafe lain yang pernah anda kunjungi. Baca artikel di bawah:

Selain kafe dengan gaya vintaj dan lampu LED, suasananya juga seperti American Diner vibes yang sangat Instagrammable. Curious macam mana rupanya? Anda boleh ke Re:Grub yang terletak di Wayang Street, Kuching. Yang sukakan gaya vintaj ni, mesti tahu dengan kafe ini, bukan?

Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching
Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching. Sumber gambar: FB Re:Grub

Ajak kawan lepak sini memang bestt!

Re:Grub merupakan sebuah kafe yang membawa konsep santapan santai dalam reka bentuknya. Walaupun rekaan bangunannya yang ringkas dan sederhana, tapi ianya warm dan cozy. Di bahagian luar kafe, ia kelihatan agak tersembunyi dan dindingnya dicat berwarna gelap. Manakala bahagian dalaman, direka dengan susunan kemas batu-bata juga memberikan suasana hangat, vintaj dengan lampu malap dan LED di satu sudut.

Kalau lihat dalam gambar, memang macam di negara barat dahh. Sungguh nice!

Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching
Sumber gambar: FB Wong Tong Wei

Selain burger, anda juga boleh dapatkan buffalo wings di sini.

Antara menu yang popular di Re:Grub adalah Noir Smashed Burger, Nashville Chicken Burger, Buffalo Wings, Onion Rings dan banyak lagi! Untuk Chicken Wings, anda boleh memesan dua jenis sos. Jika anda minat pedas, boleh pesan Buffalo Sauce, dan untuk anda kurang gemar dengan pedas boleh pesan Mambo Sauce.

Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching
Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching. Sumber gambar: FB Re:Grub

Harganya? Jangan risau, semuanya harga mampu milik! Setiap harga makanan di sini memang tidak lebih dari RM15. Jadi, bolehla bawak pasangan anda untuk cuba makanan di sini.

Re:Grub

Lokasi: 72 & 74 Wayang Street, 93100 Kuching, Sarawak
Waktu beroperasi: Isnin (TUTUP), Selasa – Ahad (4pm – 10pm)
No telefon: 017-850 8910

Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching
Sumber gambar: FB Re:Grub

Kalau anda nak tahu, ada satu kafe yang pernah viral di media sosial dan sesuai untuk anda lepak bersama rakan. Menariknya, ia tidak seperti kafe lain yang pernah anda kunjungi. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ingin Perkenalkan Budaya Unik Sarawak, Gadis Ini Sediakan 15 Jenis Kek Lapis Untuk Rumah Terbuka Di Bangkok
Next Article Jom Cuba Gabungan Unik Taiyaki Dan Aiskrim Di Kubah Ria Gerai Nombor 40

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?