• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jom Cuba Resipi Air Milo Pekat Ini, Sebiji Rasa Milo Lori Sekolah!

Oleh
Ismail NA
18 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Rindu nak minum air milo lori, kan?

Jom Cuba Resipi Air Milo Pekat Ini, Sebiji Rasa Milo Lori Sekolah! Sebut sahaja Milo lori, mesti ramai yang terkenang akan kelazatan dan kepekatan air Milo lori yang tidak boleh dilupakan. Misterinya, kenapa air Milo yang kita buat sendiri rasanya tidak sama seperti air Milo lori? Padahal menggunakan serbuk Milo kan? Hmm.

Isi Isi Penting
  • Rindu nak minum air milo lori, kan?
  • Tetapi wanita ini akhirnya berjaya merungkai resepi air Milo lori daripada pembancuh Milo lori sendiri. Yeay!
  • Bahan-bahan :
  • Cara membuat :
  • Selain itu, anda juga boleh mencuba resepi lain yang pernah kami terbitkan di sini :

Tetapi wanita ini akhirnya berjaya merungkai resepi air Milo lori daripada pembancuh Milo lori sendiri. Yeay!

Jom Cuba Resipi Air Milo Pekat Ini, Sebiji Rasa Milo Lori Sekolah!
Jom Cuba Resipi Air Milo Pekat Ini, Sebiji Rasa Milo Lori Sekolah! Kredit : Blues Riders

Berdasarkan hantaran Facebook Zainun Mamat daripada kumpulan Masak Apa Hari Ni..(MAHN), beliau berkongsi kepada umum tentang resepi air Milo seperti mana yang biasa dibuat oleh Milo lori yang selalu datang ke sekolah dahulu.

Menurut Zainun, beliau mendapatkan resepi ini daripada pekerja Milo bancuh ketika menghadiri satu majlis di mana terdapatnya kehadiran lori Milo ikonik itu. Daripada situ, beliau bertanyakan kepada pekerja Milo tersebut bagaimana untuk mendapatkan rasa air Milo seperti yang diidamkan semua orang. Inilah resepi yang diperolehinya daripada pembancuh tersebut.

Katanya, memang sama! Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan :

  • 10 sudu besar serbuk Milo
  • 1/2 liter air panas
  • 1/2 liter air sejuk
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Ais batu

Cara membuat :

1. Kacau Milo, susu cair dan susu pekat dengan air panas sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan air sejuk serta ais batu.

Itu sahaja! Senang sangat!

Mari Cuba Resipi Air Milo Pekat Ini, Sebiji Rasa Milo Lori Sekolah!
Sumber : FB Zainun Mamat
Mari Cuba Resipi Air Milo Pekat Ini, Sebiji Rasa Milo Lori Sekolah!
Sumber : FB Zainun Mamat

Tips untuk mendapatkan bancuhan air Milo yang sedap adalah dengan mencampurkan kesemua bahan terlebih dahulu dalam air yang betul-betul panas. Kemudian, barulah dimasukkan air sejuk. Selain itu, anda juga mestilah menggunakan serbuk bancuhan Milo dengan banyak bagi mendapatkan rasa yang pekat dan enak.

Jika anda mahu membancuhnya dalam sukatan yang lebih besar dan banyak, gandakan sahaja resepi bancuhan Milo ini mengikut kesesuaian. Yang penting, nisbah susu pekat dan susu cair mestilah sama.

Ingatkan ada bahan rahsia, rupanya macam ni saja cara membuatnya. Apa lagi? Jom lah kita mencuba. Kalau anda dah buat nanti, jangan lupa kongsikan hasilnya kepada kami, okay?

Selain itu, anda juga boleh mencuba resepi lain yang pernah kami terbitkan di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Buaya Raksasa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau
Next Article Tahukah Anda Sebuah Jalan Di Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching?

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?