• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Buaya Raksasa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau

Oleh
Husna Hazmi
18 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahukah anda terdapat satu lagi kisah buaya raksaksa yang mengganas di satu kawasan di Sarawak suatu ketika dahulu?

Kenali Buaya Raksasa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau. Semestinya ramai yang tahu tentang Sarawak yang terkenal dengan kisah sang buaya yang dahulunya mengganas di beberapa kawasan di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Tahukah anda terdapat satu lagi kisah buaya raksaksa yang mengganas di satu kawasan di Sarawak suatu ketika dahulu?
  • Sang buaya Bujang Belawai yang dahulunya mengganas di Belawai
  • Aki Nugung telah dibaham
  • Satu operasi telah digerakkan
  • Beratnya yang melebihi 500 pound

Antara kisah sang buaya yang terkenal ialah mengenai buaya Bujang Senang, Bujang Sudin, Bujang Seblak dan juga banyak lagi gelaran sang buaya yang ramai rakyat Malaysia sudah tahu.

Kenali Buaya Raksasa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau
Kenali Buaya Raksaksa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau. Kredit gambar: FB Borneo Oracle

Sang buaya Bujang Belawai yang dahulunya mengganas di Belawai

Namun ramai lagi yang tidak tahu tentang sang buaya Bujang Belawai yang dahulunya mengganas di Belawai Sarawak. Di Belawai, kisah buaya Bujang Belawai ini cukuplah terkenal kerana ianya bersaiz ‘raksaksa’ yang kali terakhirnya mengganas pada tahun 1982.

Pada suatu ketika dahulu di sungai Belawai, terdapat seekor buaya yang mengganas dan ianya dikenali sebagai Bujang Belawai atau turut digelar sebagai ‘Raja Melanau’ oleh penduduk tempatan di sana. Buaya tersebut dipercayai oleh penduduk tempatan sebagai penjaga sungai Belawai.

Kenali Buaya Raksasa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau

Aki Nugung telah dibaham

Kisah Bujang Belawai ini bermula apabila seorang penduduk yang tinggal di Kampung Sebayan yang bernama Aki Nugung telah dibaham olehnya pada tahun 1982. Aki Nugung yang merupakan seorang nelayan telah dijadikan santapan oleh Bujang Belawai setelah dia terjatuh ke dalam sungai akibat perahunya dilibas oleh ekor si ‘Raja Melanau’ itu. Akibat kejadian tersebut, buaya itu diburu kerana dianggap mengancam penduduk kampung.

Kenali Buaya Raksasa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau

Satu operasi telah digerakkan

Oleh hal demikian, si sang buaya pun diburu dan satu operasi telah digerakkan oleh Polis Maritim Sarawak. Kaedah menangkap buaya tersebut menggunakan pawang buaya telah gagal, maka operasi bersepadu secara besar-besaran pun telah digerakkan.

Setelah anggota maritim berjaya menjejak di mana buaya tersebut berada, mereka telah mengatur strategi yang sempurna dan berhati-hati untuk berhadapan dengan buaya raksaksa itu. Pada masa itulah, mereka bertindak menembak buaya yang telah membaham Aki Nugung dan seterusnya buaya tersebut dibom untuk mematikannya.

Kenali Buaya Raksasa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau

Beratnya yang melebihi 500 pound

Berdasarkan pautan akhbar yang dipamerjan di Jong Crocodile Farm Kuching, dipercayai bahawa Bujang Belawai berukuran sepanjang 15 kaki dan beratnya yang melebihi 500 pound atau 226.796 kilogram.

Dari situ sahaja kita boleh tahu betapa besarnya buaya ini dan ianya memang terbukti bahawa Bujang Belawai atau ‘Raja Melanau’ ini turut dikategorikan sebagai ‘raksaksa’ di Sarawak.

Ini pula legenda buaya putih di Sungai Kinabatangan, Sabah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Perbezaan Antara Dayak Laut Dan Dayak Darat Di Sarawak
Next Article Jom Cuba Resipi Air Milo Pekat Ini, Sebiji Rasa Milo Lori Sekolah!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?